omniture

eBaoTech Ucap Tahniah kepada Pelanggannya VSure.life atas Pelancaran sebagai Syarikat Insurans Digital Gaya Hidup Atas-Permintaan pertama Malaysia

eBaoTech Corporation
2021-09-07 10:00 236

SINGAPURA, 7 September 2021 /PRNewswire/ -- eBaoTech Corporation (eBaoTech), penyedia penyelesaian insurans digital yang terkemuka di dunia berbesar hati untuk berkongsi bahawa pelanggannya, VSure.life (VSure) yang berpangkalan di Malaysia menjadi syarikat insurans digital gaya hidup atas-permintaan yang pertama di negara ini yang diluluskan oleh Pengatur Industri Kewangan Malaysia – Bank Negara Malaysia. eBaoTech amat berbangga dapat menyokong pelancaran perniagaan VSure sebagai rakan kongsi teknologi menerusi penyelesaian PaaSnya, InsureMO®.

Sepanjang beberapa bulan akan datang, VSure akan memperkenalkan beberapa penyelesaian perlindungan atas-permintaan dengan ciri bayar-setiap-penggunaan yang memperlihatkan komitmennya untuk menjadikan perlindungan benar-benar boleh diakses dan menyumbang kepada masa depan yang mana perlindungan boleh menjadi inklusif dan kebiasaan untuk semua.

VSure menerima pakai InsureMO sebagai platform pengupayaan teknologi bagi menyokong perjalanan pengguna polisi hujung ke hujung VSure, bermula daripada pembelian kepada tuntutan, memberikan pengalaman pengguna yang lancar/mudah difahami serta tanpa tekanan yang dapat menampung gaya hidup moden rakyat Malaysia yang unik dan dinamik. Model komersial OpEx (belanja kendalian atau perbelanjaan) dan seni bina berasaskan awan awam/mikroservis memberikan perniagaan yang mantap dengan ketangkasan dan kebolehcapaian kepada VSure.

Pelan perlindungan VSure disediakan secara eksklusif di platform digitalnya, melalui laman sesawangnya (www.vsure.life) dan aplikasi mudah alih VSure (boleh didapati di Apple App Store dan Google Play Store). Memanfaatkan API daripada InsureMO untuk penerbitan dan pentadbiran polisi, hinggalah penyerahan tuntutan dan kemas kini status tuntutan terus kepada pelanggan, VSure menawarkan pelanggannya dengan lebih banyak pelan perlindungan bermula daripada Hayat, Kesihatan & Perubatan, Rumah, Kemalangan Peribadi, Perjalanan, Motor hinggalah Takaful yang disediakan oleh syarikat insurans tempatan lain dan akan berkembang kepada lebih banyak saluran afiniti seperti bank, laman sesawang edagang, OTA dan sebagainya.

"Bagi pihak VSure, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan eBaoTech atas kesemua kerja keras, komitmen dan idea inovatif mereka berhubung pembangunan penyelesaian mudah alih. Pelancaran perniagaan rasmi di Malaysia merupakan pencapaian yang sangat penting dan peristiwa bersejarah untuk VSure. Ini hanyalah permulaan bagi perjalanan kami dan pastinya akan ada lebih banyak peningkatan akan datang tatkala terus meningkatkan tawaran kami untuk gaya hidup moden pengguna yang dinamik, dengan pengenalan lebih banyak produk dan ciri. Kami tidak sabar-sabar menantikan kerjasama yang berterusan dan membuahkan hasil bersama eBaoTech," ulas Jason Ho, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi VSure.life. Salah satu sebab utama VSure memilih InsureMO kerana ia membolehkan VSure mencipta dan memperkenalkan produk insurans dengan lebih pantas dan keupayaannya untuk berintegrasi dengan banyak platform berbeza secara mudah dan cepat.

"Kami sangat gembira untuk menyokong pelancaran perniagaan VSure. eBaoTech mempunyai misi syarikat untuk 'menjadikan insurans mudah'. Kedua-dua syarikat ini berkongsi misi yang sama untuk menyediakan insurans yang inklusif kepada orang ramai pada kesemua peringkat dengan kuasa pendigitalan. Dengan bekerja bersama-sama, kami menjangkakan dapat menawarkan pelan perlindungan yang lebih berkesan kos, lebih banyak variasi/pilihan produk dan pengalaman insurans digital yang lebih lancar kepada rakyat Malaysia," tambah Woody Mo, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas eBaoTech.

Aplikasi mudah alih VSure kini boleh didapati Apple App Store dan Google Play Store
Aplikasi mudah alih VSure kini boleh didapati Apple App Store dan Google Play Store

InsureMO ialah platform perisian tengah insurans untuk syarikat insurans, saluran tradisional, saluran afiniti baharu, Teknologi Insurans (InsurTech) dan syarikat pemula; membolehkan keadaan penggunaan untuk sebarang produk dan saluran. Sebagai platform PaaS, InsureMO merupakan cip yang mendayakan pendigitalan aplikasi insurans, API dan ekosistem yang mudah dan pantas, yang membolehkan syarikat insurans dan saluran untuk menghubungkan produk. Penyedia penyelesaian, Teknologi Insurans dan syarikat teknologi dapat mengintegrasikan perisian insurans digital, sementara pengedar dapat menghubungkan aplikasi insurans– kesemuanya sepantas kilat. Bermula daripada syarikat pemula yang tangkas hinggalah syarikat insurans $7bn serta lebih 300 pelaksanaan global, InsureMO ialah penyelesaian tahap perusahaan yang terbukti. Terokai atau daftar sekarang di InsureMO.com

Latar Belakang VSure.life

VSure.life (VSure) ialah rakan perlindungan gaya hidup pertama Malaysia yang bercita-cita untuk menjadi syarikat insurans Digital utama di Asia Tenggara. Ditubuhkan pada tahun 2018, VSure berbangga meraikan gaya hidup moden pengguna yang semakin berkembang dengan terus memperbaharui perlindungan agar lebih mudah diakses, membayangkan masa depan yang mana perlindungan bersifat inklusif dan menjadi kebiasaan buat semua. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai VSure, kunjungi laman sesawang mereka di www.vsure.life

Latar Belakang eBaoTech

eBaoTechis ialah penyedia teknologi global yang terkemuka untuk industri insurans global. Misi kami bermula pada tahun 2000 adalah dan sentiasa untuk "menjadikan insurans mudah". Melalui kerja keras dan komitmen penuh terhadap kejayaan pelanggan, eBaoTech telah membina kumpulan pelanggan yang kukuh di sekitar 30 negara atau pasaran, meliputi insurans am, hayat dan kesihatan. Di samping itu, tumpuan eBaoTech yang mantap dan berterusan dalam menangani masalah asas teknologi insurans melalui inovasi teknologi mendalam telah menghasilkan perbezaan yang ketara dalam pasaran global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang syarikat di www.eBaoTech.com dan laman pengupayaan PaaS di www.InsureMO.com

Source: eBaoTech Corporation
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance Multimedia/Online/Internet