omniture

Compliance Solutions Strategies Dipilih untuk AIFinTech 100

Compliance Solutions Strategies
2021-09-07 21:00 25

CSS dianugerahkan kerana teknologi transformasi digital dan penyelesaian analisis datanya yang membolehkan pelanggan beralih daripada pematuhan taktikal kepada strategik

NEW YORK, 7 September 2021 /PRNewswire/ -- Compliance Solutions Strategies ("CSS"), sebuah platform Teknologi Peraturan (RegTech) terkemuka dengan penyelesaian dipacu teknologi yang membantu firma perkhidmatan kewangan memenuhi keperluan pematuhan kawal selia mereka, hari ini mengumumkan penyertaannya dalam AIFinTech100. Disusun oleh FinTech Global dengan para pemenang yang dipilih oleh panel pakar dan penganalisis industri, senarai tahunan ini mengiktiraf firma atas penggunaan teknologi mereka yang inovatif dalam menyelesaikan masalah besar industri, menjana penjimatan kos atau meningkatkan kecekapan di seluruh rantaian nilai perkhidmatan kewangan.

Penggunaan AI dan analisis data telah berkembang dengan pesat ketika institusi kewangan bergerak ke arah transformasi digital untuk mengoptimumkan data, teknologi dan operasi, mengurangkan risiko dan mengautomasikan proses intensif yang dijalankan secara manual.

Dengan terpilihnya CSS ke AIFinTech100, ia menyorot tentang inovasi berterusan yang menjadi teras kepada proses pembangunan produknya. Syarikat ini terus memperluas dan menyampaikan penyelesaian teknologi data dan automasi yang terkemuka di pasaran untuk memperkukuh platformnya yang serba lengkap dan inovatif termasuk:  

  • Pengoptimuman penyelesaian pengurusan data pusat yang menggerakkan platform CSS – Buku Kawal Selia Rekod (RBOR).
  • Sistem aliran kerja dan automasi yang canggih untuk penyelesaian Pelaporan Dana globalnya yang bersepadu yang menyokong keluaran dan edaran helaian fakta, prospektus dan dokumen pelabur lain yang penting, contohnya UCITS KIID dan PRIIPs KID di samping sokongan terhadap laporan ESG seperti yang dikehendaki oleh Peraturan Pendedahan Kewangan Lestari EU.
  • Pelancaran penyelesaian pradagangan pertama di pasaran untuk pemantauan had kedudukan yang memanfaatkan teknologi automasi.
  • Teknologi berasaskan AI untuk membangunkan program pengurusan risiko keselamatan siber yang komprehensif dan merangkumi pemantauan web gelap.
  • Pembangunan dan pengukuhan peraturan automatik berterusan yang digerakkan di seluruh platform CSS untuk mendayakan ujian dan analisis data yang menyokong keperluan kawal selia global.

"Kami teruja kerana termasuk dalam kalangan syarikat Teknologi Kewangan paling inovatif di dunia," kata Doug Morgan, Ketua Pegawai Eksekutif CSS. "CSS komited untuk bekerjasama dengan pengurus aset institusi, dana lindung nilai, firma ekuiti swasta dan syarikat insurans untuk membantu membina infrastruktur pengurusan data yang berdaya tahan dan memberikan ketangkasan serta kecekapan untuk mempercepat strategi transformasi digital mereka."

Tentang CSS:

CSS ialah rakan kongsi Teknologi Kawal Selia global yang dipercayai yang menyatukan penyelesaian dipacu teknologi inovatif secara unik untuk menyokong firma perkhidmatan kewangan mengendalikan laluan yang jelas dan strategik melalui ruang kawal selia global yang kompleks dan berpecah-pecah. Penyelesaian dan perkhidmatan kami membantu firma-firma menepati tarikh akhir kawal selia sambil mengoptimumkan data, operasi dan teknologi pematuhan. CSS meliputi rangkaian penuh disiplin pematuhan global yang merangkumi pelaporan dana, pelaporan transaksi, pemantauan pelaburan, pengurusan pematuhan, perkhidmatan pematuhan dan perkhidmatan terurus dengan suatu pendekatan pelengkap dan berpusat terhadap pengurusan strategik data kawal selia yang dipanggil RBOR (Buku Rekod Kawal Selia). Syarikat ini kini memberikan perkhidmatan kepada lebih 600 pelanggan perisian dalam perkhidmatan kewangan vertikal yang terdiri daripada dana lindung nilai, pengurus aset tradisional dan pentadbir dana termasuk institusi sisi belian dan jualan Peringkat 1. CSS mengekalkan jejak global di seluruh Amerika Utara serta Eropah dengan pejabat perhubungan pelanggan di New York, London, Dublin, Paris, Amsterdam, Luxembourg dan Stockholm. Untuk maklumat lanjut tentang CSS, sila layari: www.cssregtech.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/748098/CSS_Logo.jpg?p=medium600

Source: Compliance Solutions Strategies
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards Survey, Polls & Research Data Analytics Financial Technology