omniture

Big Data Exchange (BDx) Mengumumkan Kerjasama Strategik dengan NOVA TECH bagi Memenuhi Permintaan yang Meningkat Terhadap Awan di Seluruh Asia Pasifik

BDx Data Centers
2021-09-08 06:05 40

HONG KONG, 8 September 2021 /PRNewswire/ -- Big Data Exchange (BDx), sebuah kluster pusat data Pan Asia, mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan NOVA TECH bagi menyediakan perkhidmatan awan tersuai dan pilihan lebar jalur tambahan di pusat datanya di China dan Singapura. NOVA TECH memberi tumpuan dalam menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian awan yang berharga untuk membantu para pelanggan mempercepat transformasi digital.

Melalui kerjasama ini, para pelanggan di kemudahan NKG1, CAN1,  dan SIN1 milik BDx kini mempunyai akses terus kepada penyelesaian rangkaian dan kesalinghubungan NOVA TECH yang penting termasuk perkhidmatan Penukaran Label Pelbagai Protokol (MPLS) dan IP LAN (IPL). Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap pengkomputeran awan di rantau ini, perkhidmatan awan NOVA TECH akan memberikan manfaat yang amat banyak kepada syarikat di Asia Pasifik yang ingin memindahkan beban kerja atau membangunkan strategi awan hibrid, awam atau persendirian. 

"NOVA TECH telah meletakkan PoP (Titik Kehadiran) secara strategik di kemudahan NKG1, CAN1 dan SIN1 kami dengan menyediakan persekitaran optimum bagi kesalinghubungan yang membolehkan perusahaan menjangkau khalayak yang lebih luas sambil mempercepat penggunaan awan," kata Bill Gao, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Operasi BDx di Greater China. "Pada masa yang sama, para pelanggan NOVA TECH memperoleh akses kepada persekitaran kolokasi yang canggih di seluruh timur dan selatan China serta Asia Tenggara yang menjadi lokasi peluasan perkhidmatan mereka. Melalui kerjasama ini, kami dapat memberikan perkhidmatan kepada pelanggan institusi kewangan, OTT (Over the Top) dan syarikat multinasional dengan lebih baik untuk memenuhi keperluan mereka yang semakin meningkat di beberapa pasaran digital terkemuka di dunia." 

Kerjasama ini berlaku sejurus setelah pelbagai pengumuman yang dibuat tentang BDx termasuk pelancaran kemudahan NKG1nya yang baru dibina di Nanjing, China. Pada bulan Mei yang lepas, syarikat ini telah meningkatkan kapasiti di kemudahan SIN1nya di Singapura kepada 8MW. Di Guangzhou, China, pusat data CAN1 syarikat ini telah menerima kenaikan standard keupayaan ke Tier III (Peringkat III) baru-baru ini yang mempertingkatkan lagi keupayaan BDx untuk menyokong permintaan pelanggan. Kesemua pengguna kolokasi BDx akan menerima internet 3C serta pilihan saling hubung awan kepada Huawei Cloud, Microsoft Azure, Alibaba Cloud, Tencent Cloud, Baidu Cloud, U Cloud dan AWS.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BDx, sila layari www.bdxworld.com

Tentang BDx
Big Data Exchange (BDx) ialah sebuah kluster pusat data Pan Asia dengan lokasi di seluruh Hong Kong, tanah besar China dan Singapura. Penyelesaian awan hibrid, kesalinghubungan dan kolokasinya yang unik menawarkan keselamatan dan kebolehpercayaan infrastruktur IT misi kritikal yang tiada tandingan kepada para pelanggan tempatan dan globalnya. Sebagai penyedia pembawa-neutral, BDx menyampaikan ekosistem hibrid yang selamat dengan penyelesaian kesalinghubungan yang inovatif kepada perusahaan, OTTS, perkhidmatan kewangan dan banyak lagi. Dengan modulnya yang automatik, BDx membolehkan perusahaan menguruskan rak fizikal dengan kemudahan yang sama seperti bekerja di awan awam dengan tahap penyesuaian yang tiada tandingan. BDx telah ditubuhkan pada tahun 2019 dan mempunyai ibu pejabat di Hong Kong. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.bdxworld.com atau ikuti BDx di Twitter dan LinkedIn.

Hubungan Media:
Jaymie Scotto & Associates (JSA)
pr@jsa.net 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1086297/BDx_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: BDx Data Centers
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Asian-related news Joint ventures