omniture

APPPEXPO: Menyediakan Penyelesaian Baharu kepada Pelanggan

Shanghai Modern International Exhibition Co., Ltd.
2013-06-28 11:12 97

SHANGHAI, 28 Jun 2013 /PRNewswire/ --

APPPEXPO 2013

Diadakan serentak di:

  • Ekspo Teknologi & Peralatan Iklan dan Papan Tanda Antarabangsa Shanghai
  • Minggu Percetakan Antarabangsa Shanghai
  • Ekspo Pencahayaan Antarabangsa Shanghai
  • Pameran Teknologi Pemprosesan Filem Plastik Fungsian Tinggi

10-13 Julai 2013, Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai W1-W5, N1-N5, E1-E6

Percetakan jet dakwat, papan tanda, produk akrilik, mesin turisan, peralatan pameran, skrin paparan HD, pencahayaan LED, pakej, percetakan, percetakan 3D, Filem Plastik Fungsian Tinggi

APPPEXPO 2013, pameran industri Iklan & Papan Tanda tahunan yang terkenal, akan diadakan pada 10-13 Julai 2013 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC). Selepas 20 tahun diusahakan dan dibangunkan dengan teliti, APPPEXPO 2013 mempunyai skala terbesar dan bilangan pempamer teramai dalam sejarahnya.

Peringkat teratas

Sebagai acara Iklan & Papan Tanda yang terkemuka di dunia, APPPEXPO 2013 menarik kehadiran jenama global terkenal seperti HP, EFI-VUTEK, MIMAKI, AGFA, CANON, OCE, EPSON, ROLAND, GMG, FUJIFILM, ESKO, dan banyak lagi. Semuanya akan mempamerkan teknologi terkini mereka dan mempersembahkan produk-produk terbaharu di Dewan W1/W2. Tambahan lagi, Durst Ltd. dari Itali, yang dikenali sebagai "Rolls Royce dalam industri percetakan jet dakwat," akan datang ke China buat kali pertama bagi menunjukkan produk-produk canggih mereka.

Arah aliran baharu

Akrilik (Plexiglas) banyak digunakan dalam kotak cahaya, papan tanda, gerai pameran, dan kawasan-kawasan pengiklanan lain, serta seni halus dan kraf, kemudahan bilik air, kosmetik, penutup panel dan banyak lagi. Tahun ini merupakan kali pertama APPPEXPO menetapkan Dewan N1 sebagai kawasan produk akrilik. Pameran itu termasuklah pelekat dan arca, proses-proses penuh dan perkhidmatan profesional semua dalam satu.

Skrin HD

Berikutan pembangunan teknologi LED, skrin paparan LED menjadi semakin bagus. Skrin LED yang lebih besar dan jelas sedang menunjukkan nilai perniagaan mereka. Permintaan untuk skrin LED juga semakin meningkat. Di dewan pameran LED, iaitu Dewan E3, perusahaan besar yang menerajui industri akan menambat perhatian pengunjung dengan produk pameran berkualiti tinggi dan kesan pameran yang cantik.

Idea-idea baharu

Pembekal peralatan peruncitan komersil profesional, perniagaan terkenal, dan jenama baharu semuanya boleh dijumpai di Dewan E5/E6, termasuklah Sistem Pameran LING TONG, pameran Hawk, Admax, DONG HUA, ACPASS, Show Shop, dan perusahaan lain serta produk mereka, bagi membantu perusahaan merebut nadi pasaran yang berubah dan menyediakan penyelesaian yang terbaik bagi membina kecekapan teras.

Pengalaman sentuhan

Papan tanda digital adalah fleksibel dan menyediakan akses semesta kepada maklumat, dan lebih sesuai untuk keperluan pengiklanan generasi baharu. APPPEXPO 2013 menetapkan Dewan E5 sebagai Zon Papan Tanda Digital. Ia merupakan promosi yang bagus untuk industri papan tanda digital China peringkat awal, yang menawarkan orang ramai pengalaman gabungan yang sempurna untuk "sentuh dan gerak."

Kepelbagaian

Ekspo Pencahayaan Antarabangsa Shanghai di Dewan E1/E2 ialah platform yang sesuai untuk menunjukkan kekuatan dan imej-imej syarikat pencahayaan LED China, yang akan membawakan produk-produk mereka yang pelbagai merangkumi seluruh rantaian industri daripada pencahayaan komersil kepada landskap dan pencahayaan seni bina. Beberapa syarikat yang ada termasuklah Refond, Ledtoplight, Jt-led, Shineon, EFG, Emperland, Tdgitc, dan Hengmankj, dan banyak lagi. Tambahan lagi, Grirem akan melancarkan beberapa serbuk pendarflour LED baharu.

Aktiviti dan Forum

[Forum Teknologi & Aplikasi Pengiklanan] Forum ini akan diadakan di Bilik Persidangan W3-M10 dalam dua bahagian: 'Arah aliran Pengiklanan Luar Bangunan dalam Persekitaran Data Besar' dan 'Zaman Digital Baharu.'

'[Kawasan Demonstrasi untuk Cetakan Dasar Rata UV] Kawasan ini terletak di Dewan Kemasukan 1 di SNIEC, yang akan menarik kehadiran pengunjung untuk berkongsi interaksi sempurna antara teknologi inovasi UV dengan seni rekaan hiasan.

Untuk maklumat lanjut, sila klik www.apppexpo.com

Source: Shanghai Modern International Exhibition Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Machinery Trade show news