omniture

Barang Guna Habis Asli Pantum: Pilihan Cemerlang untuk Pencetakan

Pantum
2021-09-08 13:38 176

ZHUHAI, China, 8 September 2021 /PRNewswire/ -- Pada bulan September, Pantum akan melancarkan promosi pukal pencetak siri Simple & Smart dengan barang guna habis asli PC-211 EV di kedai dalam talian dan luar talian DNS di Rusia. Aktiviti ini, yang akan berjalan hingga penghujung tahun 2021, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna mengenai barang guna habis asli dan membantu pengguna menikmati pengalaman penggunaan dan perkhidmatan yang lebih baik.

Pantum Original Consumable
Pantum Original Consumable

Umumnya, hayat perkhidmatan pencetak laser, yang mana ciri-ciri luar biasanya ialah ketahanan dan kestabilan, boleh mencecah sehingga 5-10 tahun. Sekiranya pengguna ingin memaksimumkan perlindungan terhadap pencetak laser, maka mereka perlu menggunakan barang guna habis asli kerana katrij tidak asli akan merosakkan pencetak.

Pantum, sebagai jenama yang membangunkan, mengeluarkan dan menjual pencetak laser serta katrij toner di seluruh dunia, membolehkan penggunanya memilih barang guna habis asli yang dijamin kualitinya dengan penyesuaian tertinggi kepada pencetak Pantum mereka sendiri.

Kualiti pencetakan barang guna habis asli Pantum adalah sangat baik, menunjukkan kerja pencetakan yang lebih jelas dan halus serta memastikan hasil cetakan terbaik. Hal ini disebabkan oleh penggunaan toner premium, bahan berkualiti tinggi dan teknologi sofistikated bagi menjamin prestasi yang lebih stabil yang tidak akan terjejas oleh pengangkutan, penyimpanan dan penggunaan dalam keadaan suhu atau kelembapan yang berbeza. Dalam masa yang sama, kedapan ketat yang berkesan mengurangkan kebocoran serbuk dan habuk akan dapat mengelakkan kerosakan kepada mesin akibat serbuk sisa, memaksimumkan lanjutan jangka hayat mesin dan menghapuskan kemudaratan serbuk kepada pengguna.

Tambahan pula, penggunaan barang guna habis yang asli akan turut membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan selepas-jualan rasmi yang lebih andal. Ini memberi kemudahan maksimum kepada pengguna dan menurunkan kos penyelenggaraan pencetak.

Dalam banyak jenis barang guna habis asli Pantum yang berbeza, pencetak yang lebih kerap digunakan ialah siri P210 dan siri TL-410. Pencetak yang pertama, siri P210, dengan kapasiti 1,600 halaman, ialah katrij semua-dalam-satu yang mudah untuk diganti. Ia boleh digunakan untuk pencetak siri Simple & Smart dan siri Infinite yang direka bentuk untuk pejabat kecil pejabat rumah (SOHO) dan pengguna rumah. Pencetak kedua, siri TL-410, memiliki reka bentuk dram dan unit berasingan yang lebih mesra alam dan menjimatkan kos. Unit dramnya mempunyai kapasiti 12,000 halaman dan katrij toner mempunyai kapasiti yang lebih pelbagai iaitu 1500/3000/6000 halaman, yang sesuai untuk pencetak siri 4S yang sering digunakan oleh perusahaan dan kerajaan.

Latar Belakang Pantum 

Ditubuhkan pada tahun 2010, Pantum ialah pengeluar pencetak, dengan perniagaannya mencakupi pencetak, bahan pencetakan, penyelesaian dan perkhidmatan pencetakan. Pada tahun 2011, Pantum memulakan pengembangan ke luar negaranya dengan jejak global semasa melibatkan berpuluh-puluh negara. Dengan teknologi berpatennya, Pantum komited untuk memenuhi keperluan pencetakan yang semakin berkembang dengan menawarkan produk yang menjimatkan, mesra pengguna dan cekap tenaga selain penyelesaian pencetakan yang andal. Hari ini, Pantum turut membawa nilai yang lebih besar kepada pelanggannya melalui produknya yang menjimatkan kos dan perkhidmatan premium.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Rusia
E-mel: info@pantum.com

Eropah
En. Jack Hao
Pengurus Kanan Operasi Eropah
Telefon Bimbit: +86 15916279793
Emel: jack.hao@pantum.com

Asia-Pasifik dan Amerika Utara
En. Kyan Liao
Pengurus Jualan Serantau
Telefon Bimbit: +86 13570615281
Emel: kyan.liao@pantum.com

Source: Pantum
Keywords: Computer/Electronics Computer Accessories New products/services