omniture

The Glen Grant® Mengumumkan Pelancaran Edisi Ulang Tahun ke-60 Dennis Malcolm yang Berusia 60 Tahun

The Glen Grant Distillery
2021-09-08 19:00 24

Jenama Speyside ikonik ini memberi penghormatan kepada Pakar Penyuling, Dennis Malcolm dengan pelancaran edisi terhad scotch malt tunggal Berusia 60 Tahun  yang mewah

ROTHES, Scotland, 8 September 2021 /PRNewswire/ -- The Glen Grant Distillery® telah mengumumkan edisi terhad wiski scotch malt tunggal berusia 60 tahun yang eksklusif bagi meraikan sejarah kerjaya Dennis Malcolm selama enam dekad di The Glen Grant, yang dikenali sebagai salah seorang penyuling paling lama berkhidmat di Scotland. Bakal dilancarkan pada bulan Oktober tahun ini, tawaran terhad ini dibotolkan daripada satu-satunya tong bekas syeri Oloroso (#5040) yang telah diisi pada 24 Oktober 1960 - yang tertua setakat ini bagi pembotolan arak dalam sejarah 181 tahun jenama ini, dengan hanya 360 Dekanter minuman itu yang terdapat di seluruh dunia.

The Glen Grant Dennis Malcolm 60th Anniversary Edition Aged 60 Years is priced at € 25,000.00 and will be available in select retailers in global markets beginning in October, 2021 (PRNewsFoto/The Glen Grant Distillery)
The Glen Grant Dennis Malcolm 60th Anniversary Edition Aged 60 Years is priced at € 25,000.00 and will be available in select retailers in global markets beginning in October, 2021 (PRNewsFoto/The Glen Grant Distillery)

Minuman yang amat berharga dan sukar ditemui, Edisi Ulang Tahun ke-60 Dennis Malcolm merupakan minuman keras mewah yang menampilkan keanggunan yang hanya boleh diperoleh dengan masa dan dedikasi. Memanfaatkan sejarah The Glen Grant yang panjang dan kaya serta kepakaran Dennis Malcolm, ekspresi ini menandakan suatu fasa baharu yang menarik untuk The Glen Grant yang menampilkan kerjaya Pakar Penyuling selama enam dekad yang luar biasa di pentas dunia.

Setiap satunya ditandakan dengan nombor yang ditempah khas serta setiap satu daripada 360 dekanter ini telah diperbuat daripada kaca kristal buatan tangan yang direka oleh Studio Glencairn yang terkenal di dunia dan berdasarkan reka bentuk bekas membuat arak yang panjang, tinggi dan unik yang dimiliki kilang ini. Disimpan di dalam kotak peragaan elegan yang diperbuat daripada kayu walnut lestari, dekanter itu sendiri memerlukan lebih 15 jam ketukangan pakar untuk setiap penciptaannya, memiliki perincian rumit yang melambangkan aroma unik The Glen Grant. Setiap kotak peragaan mempunyai tanda tangan Pakar Penyuling tersebut yang diukir di dalamnya dan disertakan Sijil Ketulenan yang ditandatangani sendiri oleh Dennis Malcolm.

Edisi Ulang Tahun ke-60 Dennis Malcolm The Glen Grant yang berusia 60 tahun ini dibotolkan dengan 52.8% ABV (kandungan alkohol) dan disaring secara bukan sejuk untuk mengekalkan perisa dan aroma yang optimum. Dengan warna chestnut yang gelap, aromanya bermula dengan nada buah oren Seville yang bertenaga dan seterusnya memberikan aroma buah-buahan dan kekacang yang kaya; aprikot, pic, raison, kacang pekan dan sedikit asap cerut. Mempunyai rasa yang amat lazat dengan keseimbangan sempurna daripada coklat gelap yang dilapisi sirap hitam tofi, rasanya mempunyai unsur-unsur cecair kek buah yang dilengkapkan dengan perisa berkekalan daripada buah tin, kurma, likuoris dan sedikit aroma asap.

Dilahirkan di kilang penyulingan The Glen Grant pada tahun 1946, hanya sebilangan kecil daripada industri minuman keras di seluruh dunia yang berkongsi tenaga kerja daripada keturunan Dennis Malcolm yang berkemahiran dalam bidang industri wiski. Mengikuti jejak langkah bapa dan datuknya yang lebih awal, beliau memulakan kerjaya pada usia 15 tahun sebagai perantis pembuat tong dan kemudiannya sebagai pengurus yang menyelia sembilan buah kilang penyulingan syarikat yang sedang berkembang. Dalam jawatan terkini beliau sebagai Pakar Penyuling, Dennis telah menjadi sebahagian penting daripada jenama ini dan sejarahnya, mengekalkan ciri khas malt sambil terus berinovasi dan mengembangkan rangkaian ekspresi yang memenangi anugerah, termasuk Arboralis yang baru diperkenalkan dan ekpresi utama yang berusia 10, 12, 15 dan 18 Tahun. Bercakap tentang ulang tahun berliannya, Malcom mengulas, "Saya tidak pernah menganggap ini sebagai suatu pekerjaan, ia merupakan suatu cara hidup. Saya tidak suka hari jadi sebenar saya -ia menjadikan saya setahun lebih tua. Tetapi saya suka pencapaian saya dengan Glen Grant kerana ia berusia setahun lebih lama daripada saya di sini. Saya boleh terus melakukan perkara yang saya ditakdirkan untuk lakukan. "

Kesenian cermat dan perhatian teliti Malcolm dalam menghasilkan wiski scotch malt tunggal The Glen Grant telah menerima pengiktirafan di seluruh dunia termasuk pengiktirafan atas perkhidmatannya daripada Yang Mulia Ratu Elizabeth II pada tahun 2016 dengan menobatkan beliau sebagai 'Officer of the Most Excellent Order of the British Empire' Pegawai Berpangkat Paling Cemerlang untuk Empayar British). Dennis telah dimasukkan ke dalam Balai Kemasyhuran Whisky Magazine pada tahun 2014 dan 2015, beliau menerima anugerah Spirit of Speyside yang pertama atas pencapaiannya dalam industri tersebut. Dennis seterusnya turut menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Whisky Advocate pada tahun 2015 dan dianugerahkan dengan Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam Industri Wiski Scotch di Pertandingan Minuman Keras dan Wain Antarabangsa pada tahun yang sama. 

"Dengan pelancaran Edisi Ulang Tahun ke-60 Dennis Malcolm The Glen Grant® ini, kami meraikan serta memberi penghormatan kepada kerjaya seorang lelaki budiman Scotland yang sejati dan terkenal di seluruh dunia sebagai pakar Wiski Scotch. Dennis bukan sahaja telah mencipta beberapa malt tunggal yang paling banyak menerima anugerah di dunia, malah beliau merupakan seorang juara yang hebat dalam industri ini. Minat beliau yang berterusan terhadap kualiti yang konsisten dalam semua hasil ciptaan beliau dikagumi oleh para connoisseur, pengumpul dan aficionado di peringkat dunia. Malah Dennis turut membotolkan sendiri dekanter ini!" kata Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif Campari Group. "Kami amat berbangga dapat bekerja di samping seorang legenda seperti beliau.  Minuman yang elegan dan luar biasa ini merupakan suatu penghormatan mewah bagi kehidupan yang diabadikan beliau dalam melakukan perkara yang amat diminatinya."

Edisi Ulang Tahun ke-60 Dennis Malcolm The Glen Grant Berusia 60 Tahun ditetapkan pada harga €25,000.00 dan akan tersedia pada peruncit terpilih di pasaran global bermula pada bulan Oktober 2021.

Tentang The Glen Grant
Kisah The Glen Grant bermula pada tahun 1840 di Rothes, Speyside – wilayah utama dalam pengeluaran wiski di Scotland; ditubuhkan oleh John dan James Grant bersaudara. Masih beroperasi di Rothes pada masa kini, The Glen Grant memperoleh pelbagai anugerah industri berprestij dan terkenal di dunia dengan kualitinya yang konsisten meliputi pelbagai varian minumannya yang berusia.  The Glen Grant terkenal dengan rasa enak yang elegan dan menarik yang dihasilkan daripada bekas membuat arak inovatif yang panjang dan tinggi serta penulen revolusioner yang diperkenalkan lebih seabad yang lalu oleh James 'The Major' Grant, anak pengasas James Grant. Masih digunakan hingga hari ini, warisan yang berkekalan ini terus memberikan pembezaan kepada jenama ini.

Pada hari ini, Dennis Malcolm, Pakar Penyuling The Glen Grant yang memenangi pelbagai anugerah, mengarah dan memimpin pembuatan cecair berwarna ambar ini. Dilahirkan dalam persekitaran The Glen Grant Distillery pada tahun 1946, beliau telah bekerja di The Glen Grant selama lebih lima dekad dengan minat yang luar biasa dan pengetahuan yang tiada tandingan tentang industri ini. Pengalaman wiski Scotch Dennis yang tiada tandingan memastikan setiap ekspresi dalam rangkaian The Glen Grant menghasilkan alkimia alkohol, kayu dan masa yang kompleks sebagai yang benar-benar terbaik.

Rangkaian terkini merangkumi; The Glen Grant Major's Reserve, Arboralis, 10 Years Old, 12 Years Old, 15 Years Old, 18 Year Old (pasaran terpilih), botol edisi terhad dan satu rangkaian tawaran eksklusif peruncitan kembara termasuk 12 Years Old Non-chill Filtered dan Cask Haven.  The Glen Grant menjadi sebahagian daripada portfolio Campari Group pada tahun 2006. ABV bagi setiap wisky Scotch malt tunggal The Glen Grant berbeza antara setiap ekspresi dan para pengguna digalakkan untuk sentiasa minum secara bertanggungjawab.

RANGKAIAN THE GLEN GRANT YANG MEMENANGI ANUGERAH 

Glen Grant 12 Year Old  (2021)

  • 89 Mata; Emas - Ascot
  • 93 Mata, Nilai Hebat – USC
  • 91 Mata, Pingat Emas, Luar Biasa* - BTI

Glen Grant 15 Year Old  

  • 94 Mata; Platinum - Ascot (2021) 
  • DUA EMAS – SFWSC (2019, 2021) 
  • 92 Mata – USC (2021)
  • 93 Mata, Pingat Emas, Luar Biasa* - BTI (2021)
  • Pingat Emas: "Single Malt Scotch of the Year" -New York International Spirits Competition (2020)

Glen Grant 18 Year Old  (2021)

  • 100 Mata; Dua Platinum - Ascot Awards
  • DUA EMAS – San Francisco World Spirits Competition
  • 95 Mata, Finalis – USC
  • 93 Mata, Pingat Emas, Luar Biasa* - BTI

Tentang Campari Group
Campari Group merupakan syarikat terkemuka dalam sektor minuman global yang didagangkan di lebih 190 buah negara di seluruh dunia dengan kedudukan utama di Eropah dan Amerika. Campari Group telah ditubuhkan pada tahun 1860 dan kini merupakan syarikat yang keenam terbesar di dunia dalam industri minuman keras premium. Portfolio Campari Group mempunyai lebih 50 jenama yang merangkumi minuman keras (perniagaan utama), wain dan minuman ringan. Jenamanya yang terkenal di peringkat antarabangsa termasuk Aperol®, Appleton Estate®, Campari®, SKYY®, Wild Turkey®  dan Grand Marnier®. Beribu pejabat di Sesto San Giovanni, Italy, Campari Group memiliki 22 buah kilang di seluruh dunia dan mempunyai rangkaian pengedarnya sendiri di 22 buah negara. Campari Group mempunyai kira-kira 4,000 orang pekerja. Saham syarikat induknya iaitu Davide Campari-Milano N.V. (Reuters CPRI.MI - Bloomberg CPR IM) telah disenaraikan di Bursa Saham Itali sejak tahun 2001. Untuk maklumat lanjut: www.camparigroup.com. Harap nikmati jenama kami dengan bertanggungjawab.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1606157/the_glen_grant_hero_box_bottle.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: The Glen Grant Distillery
Keywords: Advertising Beer, Wine & Spirits Beverages Retail Supermarkets New products/services MAT (Mature Audience)