omniture

Creality Ambil Bahagian Dalam Sidang Media Projek Robotik Angkasa

CREALITY
2021-09-09 06:30 278

Wakil-wakil Kanan dari Brazil dan China Sertai Sidang Media Kebajikan Masyarakat 

BRASILIA, Brazil, 9 September 2021 /PRNewswire/ -- Pada 8 September 2021, Creality merasmikan satu kerjasama dengan Projek Robotik Angkasa (Space Robotics Project) yang dibangunkan oleh Brazilian National Fund for Education Development (FNDE), bersama-sama Brasilia's University (UnB), di bawah sokongan institusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MCTI) Brazil, melalui Brazilian Space Agency(AEB). Memandangkan pengumuman rasmi projek ini dibuat dalam bentuk acara secara langsung, benefisiari utama bagi projek ini -- guru dan pelajar dari seluruh negara ini turut serta secara langsung. Kedutaan Cina di Brazil turut menghantar wakil-wakil mereka untuk menyaksikan acara langsung besar-besaran ini untuk membantu kanak-kanak tempatan mengejar impian angkasa mereka melalui teknologi 3D.

Sebuah syarikat yang memfokuskan terhadap kebajikan masyarakat 

Creality, pengeluar pencetak 3D profesional, mengkhusus dalam mengintegrasikan penyelidikan perisian pencetakan 3D, reka bentuk pencetak 3D serta pengedaran & penjualan semula pencetak 3D secara keseluruhan.

Creality Taking Part In The Space Robotics Project Press Conference
Creality Taking Part In The Space Robotics Project Press Conference

Kini, syarikat berkenaan berkembang sebagai jenama yang begitu diiktiraf yang memiliki lebih daripada 1.6 juta pengguna di seluruh dunia, penghantaran tahunan melebihi 1.2 juta unit dan pertumbuhannya tidak pernah berhenti. Dengan lebih 1000 anggota penyelidikan dan pembangunan (R&D) profesional dan lebih 100 paten utama daripada hak harta intelek bebas, Creality masih belum berpuas hati.

Tidak berpuas hati dengan hanya menjadi sebuah perniagaan yang sangat besar, Creality membangun demi impian yang lebih besar, misinya dijelaskan dengan baik mengenai hal ini -- Cipta Realiti, Capai Impian! -- sebagai misi yang sentiasa diingati, menyampaikan semangat daya tarikan yang menyakinkan, lalu memudahkan orang ramai untuk menikmati kemudahan teknologi pencetakan 3D.

Projek Robotik Angkasa yang Menarik Akan Melakukan Perjalanan Lebih 11,000Km, Meliputi 150 Bandar di Brazil

Seluruh projek ini akan berlangsung selama 4 bulan mulai Ogos hingga Disember. Sebanyak 250 buah sekolah di 150 bandar di seluruh negara akan menerima pencetak 3D yang ditaja oleh Creality manakala lebih daripada 25 buah sekolah akan dikunjungi oleh unit TECNOMOB, sebuah trak yang ditransformasikan menjadi makmal bergerak. Dalam perjalanan ini, setiap sekolah yang mengambil bahagian menerima pemegang lesen untuk memanfaatkan platform pendidikan, untuk dimuat turun dalam telefon bimbit, komputer atau tablet pelajar. Dengan alat yang interaktif sepenuhnya ini, pelajar dapat mempelajari cara untuk memasang robot mereka sendiri, pada skrin peranti, juga mempelajari mengenai Misi Artemis NASA yang bertindak sebagai latar belakang untuk APLIKASI pengajaran robotik.

Creality Taking Part In The Space Robotics Project Press Conference
Creality Taking Part In The Space Robotics Project Press Conference

Lebih Daripada Projek Tunggal: Creality Mengalu-alukan Kerjasama Kebajikan Masyarakat Selanjutnya

Ekoran kekurangan mesin dan pendidikan, teknologi 3D masih lagi menjadi bidang yang asing di kebanyakan negara, walaupun ia berjaya disenaraikan sebagai teknologi kritikal yang dapat mengubah seluruh dunia. Inilah sebenarnya apa yang dikejar oleh Creality apabila melakukan aktiviti kemaslahatan awam. Sepanjang 7 tahun yang lalu, Creality sangat yakin untuk mempopularkan teknologi pencetakan 3D untuk golongan muda di seluruh dunia, membantu pelajar yang kurang bernasib baik dengan apa jua cara yang mereka mampu, mencetak anggota badan prostetik untuk kanak-kanak yang mempunyai kelainan anggota badan di Afrika dan membuka peluang reka bentuk untuk pereka muda. Sebagai sebuah perusaaan inovasi teknologi, Creality telah menyebarkan teknologi pencetakan 3D dengan semangat daya tarikan yang menyakinkan agar setiap isi rumah dapat menikmati kemudahan yang dibawa oleh sains dan teknologi.

Setakat ini, pencetak 3D Creality telahpun memiliki reputasi yang baik dalam kalangan penggunanya, jenama ini juga agak digemari oleh kebanyakan peminat pencetakan 3D. Walau bagaimanapun, prinsip untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan tidak pernah berhenti. Projek Robotik Angkasa di Brazil hanyalah satu permulaan. Pada masa akan datang, Creality ingin bekerjasama dengan sebarang organisasi dari mana-mana negara untuk menyampaikan semangat kebajikan masyarakat serta mempopularkan teknologi 3D demi mewujudkan dunia yang lebih baik.

 

Source: CREALITY
Keywords: Aerospace/Defense Computer Hardware Computer/Electronics Corporate Social Responsibility