omniture

Gan & Lee Pharmaceuticals akan membentangkan data terkini di Mesyuarat Tahunan Persatuan Eropah untuk Kajian Diabetes ke-57

Gan & Lee Pharmaceuticals Co., Ltd.
2021-09-09 15:00 25

BEIJING dan BRIDGEWATER, New Jersey, 9 September 2021 /PRNewswire/ -- Gan & Lee Pharmaceuticals Co., Ltd. (selepas ini disebut sebagai Gan & Lee, kod saham: 603087.SH), berbesar hati untuk membentangkan data positif daripada lima abstrak terkini yang akan ditampilkan sebagai perbincangan lisan pendek pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Eropah untuk Kajian Diabetes (EASD) ke-57. Mesyuarat tersebut akan dianjurkan secara maya dari 27 September – 1 Oktober 2021.

Data baharu berikut akan dibentangkan pada 30 September 2021, 11:45 – 13:15 CEST:

  • Analog GLP-1 novel, GZR18: penilaian praklinikal bagi model diabetes jenis 2
  • Kajian pengesahan Fasa 3 yang membandingkan keberkesanan dan keselamatan insulin aspart bioserupa dan rujukan yang dicadangkan dan digabungkan dengan metformin pada pesakit yang menghidap diabetes

Sebagai tambahan, hasil terkini daripada ujian klinikal ulangan Fasa 1 kami juga akan dibentangkan pada 30 September 2021, 11:45 – 13:15 CEST:

  • Insulin aspart bioserupa (GL-ASP) yang dicadangkan menunjukkan biokesetaraan farmakokinetik (PK) dan farmakodinamik (PD) terhadap insulin aspart berlesen AS dan diluluskan EU
  • Insulin lispro bioserupa (GL-LIS) yang dicadangkan menunjukkan biokesetaraan farmakokinetik (PK) dan farmakodinamik (PD) terhadap insulin lispro berlesen AS dan diluluskan EU 
  • Insulin glargine bioserupa (GL-LIS) yang dicadangkan menunjukkan biokesetaraan farmakokinetik (PK) dan farmakodinamik (PD) terhadap insulin glargine berlesen AS dan diluluskan EU

Data yang akan dibentangkan semasa Mesyuarat Tahunan EASD ini merupakan pencapaian penting bagi program pembangunan klinikal di Gan & Lee. Malah abstrak yang disebut di atas menunjukkan dedikasi Gan & Lee dalam menyediakan penyelesaian kepada pesakit yang menghidap diabetes. "Kami gembira dengan kesemua lima abstrak yang diterbitkan oleh EASD kerana kami terus mencari penyelesaian saintifik untuk penjagaan diabetes", kata Michelle Mazuranic, Ketua Hal Ehwal Perubatan Global. Nombor pembentangan untuk GZR18, GL-ASP (Fasa 3 di China), GL-ASP (Fasa 1), GL-LIS dan GL-GLA ialah masing-masing 463, 513, 510, 514 dan 511.

Tentang Gan & Lee

Gan & Lee Pharmaceuticals telah berjaya membangunkan insulin manusia biosintesis domestik yang pertama di China. Pada masa ini, kami mempunyai lima analog insulin rekombinan yang dikomersialkan di China termasuk suntikan glargine bertindak lama (Basalin®), suntikan lispro bertindak pantas (Prandilin), suntikan aspart bertindak pantas (Rapilin®), suntikan campuran lispro protamina zink (25R) (Prandilin25), suntikan aspart 30 (Rapilin®30) dan satu suntikan insulin manusia yang diluluskan di China - suntikan campuran insulin manusia protamina (30R) (Similin®30). Kami mempunyai dua peranti perubatan yang diluluskan di China iaitu pen suntikan insulin yang boleh guna semula (GanleePen) dan jarum pen pakai buang (GanleeFine®).

Pada masa hadapan, Gan & Lee berusaha untuk mencapai liputan yang komprehensif dalam bidang diagnosis dan rawatan diabetes. Melangkah ke hadapan bagi mencapai matlamat kami untuk menjadi syarikat farmaseutikal bertaraf dunia, kami juga akan mengambil bahagian yang aktif dalam membangunkan entiti bahan kimia baharu dan berusaha untuk menghasilkan rawatan bagi penyakit kardiovaskular, penyakit metabolik, kanser dan lain-lain terapi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di investorrelations@ganlee.us.

Rujukan: 

  1. Leona Plum- Mörschel, et. al. Proposed biosimilar insulin aspart (GL-ASP) shows pharmacokinetic (PK) and pharmacodynamic (PD) bioequivalence to US-licenced and EU-authorised insulin aspart. Diabetes. 22 Jun 2021.
  2. Eric Zijlstra, et. al. Proposed biosimilar insulin lispro (GL-LIS) shows pharmacokinetic (PK) and pharmacodynamic (PD) bioequivalence to US-licenced and EU-authorised insulin lispro. Diabetes. 22 Jun 2021.
  3. Tim Heise, et. al. Proposed biosimilar insulin glargine (GL-GLA) shows pharmacokinetic (PK) and pharmacodynamic (PD) bioequivalence to US-licenced and EU-authorised insulin glargine. Diabetes. 22 Jun 2021.

Gina Antonucci, #: 888-288-5395, investorrelations@ganlee.us  

Source: Gan & Lee Pharmaceuticals Co., Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:603087
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries