omniture

Kenyataan Lembaga Penyeliaan untuk Stork Technical Services B.V. ("Stork" atau "Syarikat")

Stork Technical Services
2013-06-29 01:47 127

UTRECHT, Kepulauan Netherlands, 29 Jun 2013 /PRNewswire/ --

"Komposisi baharu untuk Lembaga Pengurusan Stork Technical Services"

Lembaga Penyeliaan berniat melantik En.Arnold Steenbakker sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuatkuasa 1 Julai 2013, tertakluk kepada nasihat Majlis Kerja Pusat. Pada masa yang sama, Doug Meikle dan David Workman akan meletak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Syarikat itu. Hasilnya, Lembaga Pengurusan baharu itu akan terdiri daripada dua orang, iaitu En. Arnold Steenbakker dan En. Pim Oomens, masing-masing sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan.

En. Steenbakker (1957) telah membina pengalaman antarabangsa menyeluruh dalam Industri Minyak & Gas selama 22 tahun sewaktu beliau berkhidmat dengan Fluor Corporation dengan menjawat beberapa jawatan pengurusan kanan dan tugasan antarabangsa. Semasa tiga tahun terakhir beliau di Fluor, beliau bertanggungjawab mengembangkan operasi dan perniagaan penyelenggaraannya ke seluruh dunia. Selepas itu, beliau menyertai Fugro (2005), di mana beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi untuk dua daripada divisyen mereka sebelum menjawat kedudukan Pengerusi Lembaga Pengurusan sehingga bulan November 2012.

Pengalaman beliau memberi En. Steenbakker pengetahuan yang mendalam mengenai industri kami, pengalaman pengurusan projek amali, pemahaman yang jelas mengenai keperluan pelanggan kami, digabungkan dengan pandangan strategik jangka panjang mengenai potensi kemajuan Stork. Lantaran itu, En. Steenbakker berada dalam kedudukan ideal bersama En. Oomens dan pihak pengurusan kanan Stork untuk memacu Syarikat ke hadapan, membina perniagaan kami di peringkat antarabangsa dan dalam masa yang sama masih mengekalkan kedudukan yang kukuh dan menguntungkan di Eropah.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Meikle atas usaha beliau sejak tahun 2009 sehingga sekarang untuk menggabungkan operasi Syarikat itu dan melaksanakan satu-satunya konsep Stork, dengan tumpuan jelas ke arah menjadi penyedia global untuk perkhidmatan penyelenggaraan dan integriti kepada Industri Proses Minyak & Gas. Sifat profesionalisme, kehadiran antarabangsa, tumpuan pelanggan dan rekod keselamatan Syarikat semuanya berkembang di bawah kepimpinan beliau.

En. Workman, sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif RBG, juga memainkan peranan penting dalam usaha ini dan dalam memastikan penyepaduan lancar RBG ke dalam Stork selepas pemerolehannya pada bulan Mei 2011. Ini telah memperluas operasi antarabangsa Syarikat itu dengan signifikan. Kami berterima kasih kepada beliau atas sumbangan ini.

En. Henk Rottinghuis menyatakan: "Stork telah membina kedudukan pasaran yang kukuh, dan para Pemegang Saham kami ingin melihatnya diperluas lagi. Lembaga Pengurusan baharu ini bakal mengukuhkan lagi jejak antarabangsa kami. Pusing ganti benua Eropah kami adalah sebanyak 45% daripada jumlah hasil kami sekarang dan akan menurun lagi kerana pertumbuhan hasil yang pantas di luar Eropah."

Kami mengucapkan semoga berjaya kepada En. Steenbakker, En. Oomens, pihak pengurusan dan kakitangan Stork dalam usaha mereka untuk terus mengekalkan kedudukan Stork sebagai peneraju global industri dalam menyediakan perkhidmatan integriti aset berasaskan pengetahuan. Kami yakin kami dapat menawarkan kepada pelanggan kami sebuah hubungan yang berdasarkan program kualiti dan keselamatan kami, membina hubungan jangka panjang yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Kepercayaan mereka merupakan tanggungjawab kami.

Henk Rottinghuis
Pengerusi Lembaga Penyeliaan

Sumber: Stork Technical Services

Source: Stork Technical Services
Keywords: Oil/Energy Utilities Personnel announcements