omniture

Chiara Ferragni Menjadi Duta Global Baharu Hublot dan Tampil Dalam Kempen Global

Hublot SA
2021-09-10 16:39 24

Dipengaruhi pergabungan - Dengan Chiara, segalanya mungkin

 

NYON, Switzerland, 10 September 2021 /PRNewswire/ -- Chiara Ferragni telah menyertai keluarga Hublot dalam sebuah syarikat yang menampilkan pelbagai personaliti legenda seperti Pelé, pemain tenis No.1 dunia, Novak Djokovic, juara trek dan padang Dina Asher-Smith dan Usain Bolt serta jurumasak tiga bintang Michelin, Clare Smyth. Beliau menceriakan segala sentuhan dan ciptaannya, seorang juara semula jadi dan menyebarkan aura kepada segala yang digemari dan dipilihnya.

Chiara Ferragni becomes a new Hublot Global Ambassador.
Chiara Ferragni becomes a new Hublot Global Ambassador.

Hari ini, beliau telah memilih Hublot. Jadi, mengapa Chiara Ferragni dan Hublot?

"Segala yang saya lakukan adalah untuk dikongsi. Benda yang saya suka, orang yang saya minati, perkara yang saya alami, kehidupan harian saya, anak-anak saya, pekerjaan saya: saya lakukannya dengan sepenuh hati untuk memberi inspirasi kepada orang lain agar mereka mempercayai diri dan impian mereka. Saya menemui matlamat hidup saya pada tahun 2009. Saya berjaya menggabungkan minat dengan bakat saya untuk bertindak balas terhadap satu keperluan dan kini, ia telah menjadi perniagaan saya. Dengan mengungkap tentang siapa diri saya dan apa yang saya alami, saya turut mengharapkan agar ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita masa kini supaya mereka tidak memilih sama ada untuk menjadi seorang isteri, ibu atau usahawan. Kesemua peranan ini melengkapkan diri saya, sama seperti ia melengkapi antara satu sama lain. Kecantikan mendorong semua perkara yang saya lakukan. Bukan sahaja kecantikan dalaman, namun juga semua yang saya lihat di sekeliling saya. Ini dizahirkan melalui kolaborasi, kata-kata, kerja amal dan kehidupan harian saya. Mengapa Hublot? Kerana Hublot tidak seperti mana-mana jenama jam tangan yang lain, ia mengikut jalannya yang tersendiri dengan keazaman: Ia mempunyai impian untuk berinovasi sambil menghormati tradisi; mencari keindahan dalaman dan luaran dengan mempamerkan prestasi yang mengatasi atlet atau kejayaan ahli keluarganya, meraikan hujah di sebalik prestasi dan kejayaan ini, dalam kata lain, ia mempunyai keupayaan untuk menjadi yang pertama, berbeza dan unik. Mesej dan nilai Hublot menunjukkannya kepada saya dan itulah sebabnya saya memilih untuk menyertai keluarga ini hari ini. Suatu gabungan antara minat dengan iltizam telah membentuk diri saya hari ini, juga dalam kesemua peranan saya dan mendorong semangat usahanita yang saya miliki. Gabungan yang sama ini juga telah menjadikan Hublot sebuah syarikat yang berjaya pada hari ini."
– Chiara Ferragni
Duta Jenama Hublot

"Siapa yang tidak mengenali Chiara Ferragni? Hala tujunya yang luar biasa tidak hanya disebabkan tuah, wanita yang berwawasan dan penuh keazaman ini ialah seorang personaliti yang mempelajari kaedah untuk berkembang dan maju seiring usianya. Dengan menggambarkan dan berkongsi tentang diri dan kegemarannya, beliau telah merealisasikan impiannya dengan memberi inspirasi kepada golongan lelaki dan wanita segenerasi dengannya untuk mempercayai bahawa segalanya boleh dicapai. Sebagai seorang yang asli dan spontan, beliau telah mengubah perwatakannya yang ceria, positif dan pemurah menjadi tanda dagangan dirinya. Sebagai seorang perintis yang berwawasan, beliau mampu bergerak seiring masa dengan mendominasi platform digital dan mengubah minatnya menjadi sebuah perniagaan yang sebenar. Minat telah menjadi kerjaya beliau dan bakat semula jadi berubah menjadi kejayaan yang seolah-olah boleh dicapai oleh semua orang. Perjalanan beliau yang memberi inspirasi ini membuktikan bahawa segalanya boleh dicapai; semuanya tentang impian yang direalisasikan dalam dunia nyata. Siapa yang tidak mahu hidup seperti Chiara Ferragni dengan merealisasikan impian mereka? Di Hublot, kami gemar memberi inspirasi kepada lelaki dan wanita yang mempercayai impian mereka dan bekerja keras untuk memenuhi impian ini dengan mencorakkan personaliti mereka yang unik, bersedia untuk membawakan kelainan, tidak takut akan kata-kata orang dan juga mereka yang melalui perjalanan hidup dengan semangat dan jati diri. Inilah sebabnya Chiara amat bertepatan dengan keluarga kami."
Ricardo Guadalupe
Ketua Pegawai Eksekutif HUBLOT

Pastinya, Chiara Ferragni tidak lagi perlu diperkenalkan?

Ya, jika sekadar untuk menyerlahkan sifat semula jadi wanita ini yang digelar sebagai pempengaruh, satu istilah yang terlalu kecil maknanya untuk merangkumi keseluruhan bakat beliau. Sebagai seorang peniaga wanita, usahawan, pempengaruh, isteri dan ibu kepada dua orang anak, beliau menerangkan tentang sikap "boleh dilakukan" yang menjadi inspirasi kepada semua orang. Dua belas tahun selepas pelancaran theblondesalad.com, Chiara Ferragni telah mencapai kejayaannya. Semasa beliau bermula, Instagram belum lagi wujud dan penulisan blog masih di peringkat awal. Chiara mengambil masa hanya beberapa bulan untuk mengubah hobinya menjadi sebuah perniagaan yang menarik perhatian media dan dunia fesyen serta meletakkan namanya setaraf jenama mewah terkemuka. 

Pertama, Unik, Berbeza. Sama seperti Hublot! Beliau mencipta kerjayanya sendiri, mengikut naluri beliau dan menegaskan pilihannya untuk berkongsi dan berbicara tentang kehidupan beliau. Setelah menerima penghargaan daripada Forbes beberapa kali, laluan kerjaya beliau turut mengilhamkan satu kajian berprestij oleh Universiti Harvard bagi menyelami kejayaannya.

Seiring usianya, Chiara mengukir nama di seluruh dunia. Beliau amat percayakan impiannya. Mungkin beliau seorang yang suka berkhayal, namun beliau berpijak di bumi nyata. Chiara Ferragni memperoleh kekuatan daripada keluarganya yang stabil, ibu bapa dan dua orang adik-beradiknya; beliau terus membina kekuatan ini melalui keluarganya sendiri yang dibina bersama Fedez. 

Oleh itu, adakah ini bakat semula jadi, ikutan naluri atau takdir? Bagaimana jika ia gabungan serba sedikit daripada ketiga-tiga perkara ini? Walau apa pun, yang pastinya beliau mencapai kejayaan dalam penulisannya, menegaskan keunikan dan kelainannya sambil mengekalkan perasaan inklusif sebagai "seorang yang mudah didekati…"

Beliau merupakan seorang usahawan yang menghayati revolusi digital dan kedatangan media sosial. Chiara ialah seorang pelopor dengan menjadi yang pertama secara konsisten. Dengan blog fesyen beliau yang dilancarkan sejak 12 tahun yang lalu, secara serta-merta beliau dianggap sebagai penulis blog paling berpengaruh dan paling terkenal di dunia. Beliau mencipta jenama kasutnya sendiri, kemudian pakaian pada tahun 2015— Jenama Chiara Ferragni, —beliau juga merupakan yang pertama disenaraikan sebagai pempengaruh paling hebat di dunia. Tiada kekurangan pada puji-pujian yang menggambarkan kerjayanya dan beliau tidak takut untuk menggunakannya. Kehidupan sebenar beliau dan dunia digitalnya dipenuhi dengan perkongsian, kegembiraan, nilai dan optimisme. Beliau unik, itu sudah pasti! Beliau berbangga dengan keunikannya, selepas namanya diubah menjadi jenama, tanda dagangan, gaya dan inspirasi. Beliau turut menggunakan platform dan kebolehlihatannya untuk membantu aktiviti amal yang dekat di hatinya. Jadi, apa yang sebenarnya membezakan diri beliau ialah kebolehannya mengubah semangat, rutin harian dan kehidupannya menjadi kisah kejayaan sebenar. Beliau juga berbeza daripada generasi wanita yang hidup sezaman dengannya dan berjaya menggabungkan pelbagai peranan, tanpa meletakkan sebarang had pada bahagian yang berbeza dalam kehidupan mereka. Dengan komuniti Instagram yang terdiri daripada 24.7 juta pengikut, beliau berkongsi kehidupan seharian beliau sebagai seorang isteri, ibu dan usahawan secara terbuka dan jujur. Chiara ialah seorang tokoh yang memberi inspirasi.

Chiara dan Hublot, bagaimana ia bermula

Anda mungkin masih ingat gambar-gambar Chiara Ferragni memakai Big Bang Millennial Pink. Sebuah jam tangan uniseks dengan mesej inklusif yang dihasilkan sebagai edisi terhad sebanyak 200 unit dalam rona yang dipilih oleh Lapo Elkann dan direka dengan kerjasama Garage Italia. Sejak projek ini dilancarkan, Chiara dan Hublot menyedari bahawa terdapat banyak persamaan dalam dunia mereka berdua. 

Jadi, bersiap sedia, kerana apa yang sedang disediakan oleh Chiara dan Hublot bakal menampilkan hasil yang mengagumkan, sekali lagi... Pertama, Unik, Berbeza!

Untuk mengikuti perkembangan terkini, sila ikuti: @Hublot #Hublot

HUBLOT

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1980, HUBLOT ditakrifkan melalui inovasinya yang bermula daripada kombinasi antara emas dan getah yang sangat tulen. "Seni Pelakuran" ini berasal daripada imaginasi Pengerusinya yang berwawasan iaitu Jean-Claude Biver dan telah dipacu lebih jauh oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ricardo Guadalupe sejak tahun 2012.

Pelancaran Big Bang yang ikonik dan memenangi pelbagai anugerah pada tahun 2005 membuka peluang kepada koleksi utama baharu (Classic Fusion, Spirit of Big Bang) dengan tahap kerumitan yang bermula daripada mudah hingga kepada yang paling canggih sekali gus menetapkan DNA pembuatan jam tangan Switzerland yang luar biasa ini dan memastikan pertumbuhannya yang mengagumkan.

Dengan semangat untuk memelihara kepakaran tradisionalnya yang canggih dan dengan berpandukan falsafah "Menjadi yang Pertama, Berbeza dan Unik," pembuat jam tangan Switzerland ini mendahului kemajuan secara konsisten melalui inovasi dalam bahan-bahannya (Magic Gold tahan goresan, seramik dalam warna-warna terang, nilam) dan ciptaan pergerakan Pembuatan (Unico, Meca-10, Tourbillon).

HUBLOT komited sepenuhnya untuk mewujudkan jenama Haute Horlogerie dengan masa depan yang berwawasan: masa depan yang digabungkan dengan peristiwa dan jenama utama pada zaman ini (FIFA World Cup™, UEFA Champions League™, UEFA EURO™) dan duta terbaik pada era masa kini (Kylian Mbappé, Usain Bolt, Pelé, Novak Djokovic).

Terokai dunia HUBLOT di rangkaian butik kami yang terletak di bandar-bandar utama di seluruh dunia: Geneva, Paris, London, New York, Hong Kong, Dubai, Tokyo, Singapura, Zurich dan di HUBLOT.com .

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1611905/hublot_chiara_ferragni.jpg?p=medium600
Logo -
https://mma.prnasia.com/media2/1176881/Hublot_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

Source: Hublot SA
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Licensing/marketing agreements New products/services