Agenda 2021 memberi tumpuan kepada ketangkasan perniagaan di seluruh perusahaan dan mempercepat transformasi digital dalam era perubahan radikal
BOULDER, Colorado, 10 September 2021 /PRNewswire/ -- Scaled Agile, Inc., penyedia SAFe®, rangka kerja ketangkasan perniagaan yang terkemuka di dunia, telah mengumumkan barisan penuh ucap utama dan penceramah untuk Global SAFe Summit 2021 Dalam Talian. Acara selama dua hari ini mewakili perhimpunan para profesional dan pemimpin inovasi industri SAFe yang terbesar di dunia yang memberi tumpuan kepada pemecutan transformasi digital dan persaingan dalam pasaran yang sedang berkembang pesat.
Lebih 1,500 peserta daripada syarikat-syarikat terkemuka di dunia telah mendaftar untuk acara yang akan berlangsung pada 27 September – 1 Oktober ini mengikut tiga zon masa: A.S., Eropah dan Asia. Lebih 50 orang penceramah akan menyampaikan ucap utama, ceramah teknikal dan kisah pelanggan daripada Porsche, CVS Health, Deutsche Telekom, Kaiser Permanente, TV Globo, ZKH, Northrop Grumman dan U.S. Air Force.
Sorotan acara merangkumi:
— The Trust Edge™: How Top Leaders and Organizations Drive Business Results through Trust - Penulis Terbaik, David Horsager berkongsi hasil kerjanya terhadap kepercayaan, kepentingannya kepada pasukan dan perniagaan yang Tangkas dan cara ia digunakan untuk peningkatan yang hebat kepada mana-mana perusahaan SAFe.
— Membentuk Masa Depan Digital di Porsche - Eksekutif Porsche, Mattias Ulbrich dan Dr. Oliver Seifert berkongsi tentang kaedah dunia kejuruteraan kenderaan dan IT yang berasingan disatukan untuk memperbaharui kereta sukan pada masa hadapan.
— CVS Health #One StepCloser- Cara CVS Health menangani pembaharuan penting dengan tindak balas COVID mereka yang bersejarah dan sentiasa berkembang.
— Memperbesar Saiz SAFe - Perjalanan Tangkas MetLife - Felo SAFe, Cheryl Crupi memberikan pendekatan ringkas untuk menggunakan SAFe dalam liputan besar sesebuah organisasi.
— Mengemudi Masa Depan dengan Aliran Nilai Ketangkasan Perniagaan- pengasas SAFe, Dean Leffingwell mendedahkan pendekatan unik SAFe yang membantu perniagaan mempercepat perjalanan transformasi mereka.
Pendaftaran dibuka di global.safesummit.com.
Tentang Scaled Agile, Inc.:
Scaled Agile, Inc., ialah penyedia SAFe®, rangka kerja untuk ketangkasan perniagaan yang terkemuka di dunia. Melalui pembelajaran dan pensijilan, sebuah rangkaian rakan kongsi global dan komuniti yang semakin berkembang dengan lebih 800,000 profesional terlatih, Scaled Agile membantu perusahaan membina ketangkasan ke dalam budaya mereka supaya mereka dapat mengenal pasti dan memberikan nilai pelanggan, memanfaatkan peluang baharu dan meningkatkan hasil perniagaan dengan cepat. Ketahui lebih lanjut di scaledagile.com.
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1611820/summitpromo.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1611723/2021_global_summit_social_reg_open_dates.jpg?p=medium600