omniture

Cirque du Soleil dan Kumpulan Harta Pusaka Michael Jackson mempersembahkan MICHAEL JACKSON ONE

Cirque du Soleil
2013-07-01 19:23 168

-- Cerita dan arahan Jamie King

-- PERSEMBAHAN PERDANA SEDUNIA EKSKLUSIF DI MANDALAY BAY LAS VEGAS, 29 JUN

LAS VEGAS, 1 Julai 2013 /PRNewswire/ --  Cirque du Soleil dan Kumpulan Harta Pusaka Michael Jackson mempersembahkan pertunjukan perdana sedunia pada malam ini untuk Michael Jackson ONE di Las Vegas, sebuah ciptaan baharu yang bakal dipersembahkan secara eksklusif di Resort dan Kasino Mandalay Bay. Diarahkan oleh Jamie King, persembahan yang serba baharu ini ialah projek kreatif kedua yang diusahakan bersama Cirque du Soleil dan Kumpulan Harta Pusaka Michael Jackson selepas Michael Jackson THE IMMORTAL World Tour yang mendapat sambutan hebat dan kini sedang dipersembahkan di Asia dalam rangka perjalanannya ke seluruh dunia.

Untuk menonton aset multimedia yang berkaitan dengan siaran ini, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/62202-michael-jackson-one-world-premiere-mandalay-bay-las-vegas-cirque-du-soleil 

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130630/MM38633)

Selebriti yang menyertai acara karpet merah pada malam itu dan jamuan selepas acara di Mandalay Beach  termasuk Guy Laliberte, Katherine Jackson, Prince Jackson, Blanket Jackson, Jackie Jackson, Marlon Jackson, Tito Jackson, Justin Bieber, Neil Patrick Harris, Spike Lee, David Arquette, Allison Janney (The West Wing), Dule Hill (The West Wing), Berry Gordy (pengasas Motown Records), Ryan Kwanten (True Blood), Alfre Woodard, Roberto Cavalli (pereka fesyen), Pharrell Williams (pemuzik/usahawan pemenang Anugerah GRAMMY), Dot Jones (Glee), Rex Lee (Entourage), Ian Ziering (Beverly Hills 90210), Jon Secada (penyanyi), Dj Ashba (Guns N' Roses, SIXX AM), Tom Higgenson (Plain White), Richard MacDonald (sculptor), Robert Griffin (NFL Washington Redskins), Jennette McCurdy, Jamie King (Pencipta dan Pengarah Cerita ONE), Welby Altidor (Pengarah Rekaan), Kevin Antunes (Pengarah Muzik), Jonathan Deans (Pereka Bunyi), Zaldy Goco (Pereka Kostum), Nathalie Gagne (Pereka Solekan), Ivan "Flipz" Velez (Koreografer), Rich dan Tone Talauega (Koreografer) dan penghibur tempatan termasuk Carrot Top, Jeff Beacher, Jabbawockeez, Clint Holmes, Human Nature dan Justin Mortelliti, Mark Shunock dan Carrie St. Louis dari Rock of Ages.

Pasukan Kreatif: Jamie King (Pencipta dan Pengarah Cerita ONE), Welby Altidor (Pengarah Rekaan), Kevin Antunes (Pengarah Muzik), Jonathan Deans (Pereka Bunyi), Zaldy Goco (Pereka Kostum), Nathalie Gagne (Pereka Solekan), Ivan "Flipz" Velez (Koreografer), Rich dan Tone Talauega (Koreografer).

Persembahan

Michael Jackson ONE ialah sebuah gabungan padu, segar dan bertenaga aksi akrobatik, tarian dan visual yang membawa penonton melalui pengembaraan penuh penghayatan menerusi muzik dan semangat Michael Jackson.

Dipacu oleh muzik Michael yang hebat dan pelbagai lapisan – dinikmati dalam cara yang penuh unik dengan persekitaran bunyi keliling canggih yang mengasyikkan – ONE membawa penonton menerusi visual dan muzik yang bakal membuat mereka terpaku, di tengah sebuah dunia yang agung, nakal, ajaib dan mengharukan.

Dalam Michael Jackson ONE, kesenian dan semangat Michael diluahkan melalui tenaga padu 63 orang penari dan pelakon, diperhebatkan lagi dengan persembahan udara, akrobatik panduan dan koreografi mantap yang menggunakan idiom  urban/hip-hop sebagai batu loncatan eksplorasi.

ONE ialah penghormatan tulus ikhlas terhadap karya, semangat inovatif dan warisan Michael JacksonRaja Pop, genius, penuh wawasan, yang Terunggul.

Nama

Michael Jackson percaya semua orang adalah sama rata dan setaraf, tidak mengira bangsa atau budaya. Mesej beliau penuh perpaduan, keharmonian dan harapan untuk dunia yang lebih baik. Nama Michael Jackson ONE membangkitkan perasaan dan penuh enigma, ia juga memberikan satu paradoks: Michael ialah seorang artis pelbagai penampilan yang berusaha menggabungkan berbagai-bagai gaya muzikal dan bentuk seni yang berbeza. Ia sebuah tajuk yang sepadan bagi sebuah pengembaraan yang menyepadukan semua ke dalam dunia Raja Pop, genius, penuh wawasan, yang Terunggul.

Bersama Jamie King – yang memulakan kerjaya beliau sebagai penari dalam Jelajah Dunia Dangerous Michael Jackson dan juga mengarahkan persembahan jelajah arena Michael Jackson THE IMMORTAL World Tour oleh Cirque du Soleil Michael Jackson ONE akan menggabungkan minda-minda kreatif dalam Kumpulan Harta Pusaka Michael Jackson, John Branca dan John McClain, serta bakat-bakat hebat para pereka cipta berikut:

Guy Laliberte – Pemandu Kreatif
Jean-Francois Bouchard – Ketua Pegawai Kandungan Kreatif
Jamie King – Penulis dan Pengarah
Welby Altidor – Pengarah Rekaan
Carla Kama – Pengarah Bersama
Kevin Antunes – Pengarah Muzik
Francois Seguin – Pereka Set dan Prop
Zaldy Goco – Pereka Kostum
Michel Lemieux dan Victor Pilon – Pencipta babak Man in the Mirror
Travis Payne – Koreografer
Rich dan Tone Talauega – Koreografer
Parris Goebel – Koreografer
Sidi Larbi Cherkaoui – Koreografer
Ivan << Flipz >> Velez – Koreografer
Olivier Simola – Koreografer
Rob Bollinger – Pereka Persembahan Akrobatik
Germain Guillemot – Pereka Persembahan Akrobatik
Ben Potvin – Koreografer Akrobatik
Andrea Ziegler – Koreografer Akrobatik
Raymond St-Jean –  Pereka Projeksi
Jimmy Lakatos – Pereka Projeksi
David Finn – Pereka Pencahayaan
Jonathan Deans – Pereka Bunyi
Pierre Masse – Pereka Peralatan Akrobatik dan Pemasangan
Nathalie Gagne – Pereka Solekan
Brian Drader – Dramaturgi
Manon Beaudoin – Pemandu Watak
Henry Fong – Pelukis Ilustrasi
Dago Gonzalez – Pereka Kandungan Imej

BIOGRAFI PARA PENCIPTA DAN GAMBAR-GAMBAR PERSEMBAHAN:

Biografi para pencipta dan imej-imej boleh didapati dalam ruang akhbar kami:

http://www.cirquedusoleil.com/en/press/kits/shows/michael-jackson-one.aspx

JADUAL PERSEMBAHAN:

  • Bermula 1 Julai, persembahan diadakan setiap Sabtu hingga Rabu pada pukul 7:00 dan 10:00 malam.
  • Bermula 3 September, persembahan diadakan setiap Sabtu hingga Rabu pada pukul 7:00 dan 9:30 malam.
  • Tiada persembahan pada hari Khamis dan Jumaat.

UNTUK MENEMPAH TIKET:

  • Hubungi 877.632.7400 atau 800-745-3000
  • Layari www.cirquedusoleil.com/mjone atau www.mandalaybay.com  
  • Lawati Michael Jackson ONE box office , tempat tiket Mandalay Bay Events Center atau mana-mana tempat tiket  MGM Resorts International.

HARGA TIKET:

  • $69, $99, $130, $140, $155, ditambah dengan tempat duduk Golden Circle yang TERHAD. Harga tidak termasuk cukai atau yuran. 
  • Bermula 7 September, tiket persembahan hari Sabtu berharga $69, $99, $130, $160, ditambah dengan tempat duduk Golden Circle yang TERHAD. Harga tidak termasuk cukai atau yuran. 
  • Tiket-tiket boleh didapati 120 hari sebelum tarikh persembahan.

Tekan butang Like pada laman Michael Jackson ONE di Facebook atau hantarkan Tweet kepada kami di: @Cirque #MJOne.

Cirque du Soleil

Michael Jackson ONE ialah produksi ke-8 Cirque du Soleil di Las Vegas sejak Mystere pada tahun 1993. Kumpulan itu telah membawa keajaiban dan keseronokan kepada lebih 100 juta penonton di lebih 300 bandar di enam benua. Cirque du Soleil mempunyai 5,000 orang kakitangan, termasuk lebih 1,000 penghibur dari hampir 50 buah negara berbeza.

Untuk maklumat lanjut tentang Cirque du Soleil, lawati www.cirquedusoleil.com

Untuk mengetahui lagi mengenai Yayasan ONE DROP, lawati www.onedrop.org.

Source: Cirque du Soleil
Keywords: Entertainment Music Broadcast feed announcements New products/services