PLEASANTON, California, 10 September 2021 /PRNewswire/ -- DiaCarta Inc., sebuah syarikat diagnostik molekul tepat dan pembangun ujian onkologi baharu menggunakan cecair biopsi yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Ujian Pengesanan Varian SARS-CoV-2 QuantiVirus™ baharunya telah menerima tanda CE/IVD dan oleh itu, ia kini boleh diperdagangkan di negara-negara EU dan di seluruh dunia. Ujian berasaskan qPCR multipleks baharu ini menyaring virus SARS-CoV-2 serta mengenal pasti dan membezakan kesemua varian mutasi baharu COVID 19 secara serentak, termasuk varian Alpha (UK), Beta (Afrika Selatan), Gamma (Brazil), Delta (India), Delta Plus (India), Epsilon (California) dan Kappa (India).
"Ujian ini boleh dijalankan pada alat kitaran qPCR yang mudah didapati dan dengan itu, tidak perlu untuk melakukan Penjujukan Generasi Seterusnya yang mahal dan memakan masa," kata Ramanathan Vairavan, Naib Presiden Kanan DiaCarta.
Varian delta yang dinamakan oleh WHO sebagai "Varian Membimbangkan" telah menular dengan pantas ke lebih 98 buah negara dan menyebabkan >93% daripada kes COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini di AS yang mempunyai lebih 97% daripada penduduknya yang telah divaksin [1].Kajian terkini menunjukkan bahawa populasi yang dijangkiti varian Delta boleh membawa beban virus sebanyak 1,000 kali lebih banyak berbanding virus asal dan kekal berjangkit untuk tempoh yang lebih lama (18 hari berbanding 13 hari)[2]. Kematian yang disebabkan varian Delta di India telah meningkat daripada 15% kepada 83% antara 1 April hingga 15 Mei 2021[3]. Disebabkan kebolehjangkitannya yang tinggi, populasi yang telah divaksin sepenuhnya mengalami jangkitan baharu. Asia Tenggara telah merekodkan 38,522 kematian disebabkan varian Delta COVID-19 dalam dua minggu pertama bulan Ogos 2021 iaitu hampir dua kali ganda jumlah kematian di Amerika Utara [4].
"Ujian COVID-19 yang paling mudah didapati secara komersial tidak dapat mengenal pasti varian Delta kerana ia mempunyai penanda biologi tersendiri. Bagi menyelesaikan cabaran ini, DiaCarta telah mencipta Ujian Pengesanan Varian SARS-CoV-2 yang memberikan keputusan yang tepat dan pantas," kata Vairavan.
Rujukan
Tentang DiaCarta Inc.
DiaCarta ialah sebuah syarikat diagnostik molekul yang telah membangunkan teknologi inovatif dengan mengubah penjagaan pesakit melalui penyediaan diagnostik secara tepat dan berkesan menggunakan biopsi cecair. Dengan menggunakan teknologi XNA miliknya, ia telah membangunkan ujian pengesanan awal Kanser Kolorektum yang amat sensitif. Ujian revolusioner RadTox™ miliknya turut memperibadikan terapi radiasi, mengurangkan kejadian mudarat dan mempertingkatkan penjagaan pesakit. Syarikat yang berpangkalan di Pleasanton, California ini memperoleh pensijilan ISO, mematuhi GMP dan menawarkan perkhidmatan makmal yang ditauliahkan oleh CLIA kepada para pelanggannya. www.diacarta.com
Sila hubungi
Ram Vairavan, Ph.D.
Naib Presiden Kanan
rvairavan@diacarta.com
+1760-402-6335/+918220318211
Olipriya Das, Ph.D.,
Russo Partners
olipriya.das@russopartnersllc.com
646-942-5588