omniture

Para Pemenang Breakthrough Prizes 2022 Bagi Sains Hayat, Fizik Asas Dan Matematik Diumumkan

The Breakthrough Prize
2021-09-11 22:20 265

Hadiah Bernilai $15.75 Juta Dianugerahkan untuk Penemuan Vaksin Covid-19, Rawatan Penyakit Neurologi, Jam Kuantum Tepat Buat Julung Kali dan Penemuan Utama Lain

Breakthrough Prize bagi Sains Hayat Dianugerahkan kepada Shankar Balasubramanian, David Klenerman dan Pascal Mayer ; Katalin Karikó dan Drew Weissman; serta Jeffery W. Kelly

Breakthrough Prize bagi Matematik Dianugerahkan kepada Takuro Mochizuki

Breakthrough Prize bagi Fizik Asas Dianugerahkan kepada Hidetoshi Katori dan Jun Ye

Enam New Horizons Prize Dianugerahkan untuk Pencapaian Peringkat Awal Kerjaya dalam Bidang Fizik dan Matematik

Tiga Maryam Mirzakhani New Frontiers Prize Dianugerahkan kepada Pakar Matematik Wanita untuk Pencapaian Peringkat Awal Kerjaya

Majlis Anugerah yang Memberi Penghormatan Kepada Penerima Anugerah dan Ditayangkan di Saluran Televisyen Secara Langsung Ini Ditangguhkan Hingga Tahun 2022 Akibat Pandemik

SAN FRANCISCO,, 11 September 2021 /PRNewswire/ -- Breakthrough Prize Foundation dan para penaja pengasasnya – Sergey Brin, Priscilla Chan dan Mark Zuckerberg, Yuri dan Julia Milner serta Anne Wojcicki – hari ini mengumumkan para pemenang Breakthrough Prizes tahunan yang ke-10 yang menganugerahkan sejumlah $15.75 juta kepada sekumpulan penerima anugerah dan para saintis peringkat awal kerjaya yang amat dihormati.

Breakthrough Prize mengiktiraf penemuan inovatif dalam bidang Fizik Asas, Sains Hayat dan Matematik.  Hadiah sains yang tertinggi di dunia dengan setiap satu daripada lima Breakthrough Prizes utama bernilai $3 juta. Majlis anugerah ini yang memberi penghormatan kepada penerima anugerah disambut secara tradisinya dengan tayangan secara langsung di saluran televisyen, tetapi program pada tahun ini ditangguhkan hingga tahun 2022 akibat pandemik ini.

Tindak balas saintifik dan perubatan terhadap Covid-19 merupakan yang julung kali dan dua daripada hadiah pada tahun ini adalah untuk penemuan cemerlang yang memainkan peranan penting dalam tindak balas tersebut. Vaksin inovatif yang dibangunkan oleh Pfizer/BioNTech dan Moderna yang telah terbukti berkesan terhadap virus ini merupakan hasil usaha Katalin Karikó dan Drew Weissman selama beberapa dekad. Dengan keyakinan terhadap potensi terapi mRNA walaupun terdapat keraguan yang meluas, mereka mencipta sebuah teknologi yang bukan sahaja penting dalam memerangi koronavirus pada masa kini tetapi memberikan janji yang besar terhadap vaksin dan rawatan masa depan untuk pelbagai penyakit termasuk HIV, kanser, autoimun dan penyakit genetik.

Sementara itu, pengenalpastian dan pencirian virus yang hampir serta merta, pembangunan vaksin yang pantas dan pemantauan masa nyata varian genetik baharu tidak mungkin dicapai tanpa teknologi penjujukangenerasi seterusnya yang dicipta oleh Shankar Balasubramanian, DavidKlenerman dan Pascal Mayer. Sebelum penciptaan mereka, penjujukan semula genom manusia sepenuhnya boleh memakan masa berbulan-bulan dan menelan belanja berjuta-juta dolar; ia kini boleh dilakukan dalam masa sehari dengan kos sekitar $600. Ini menghasilkan revolusi dalam bidang biologi yang membolehkan pendedahan kepelbagaian genetik yang tidak disyaki mempunyai implikasi utama daripada sel dan biologi mikrobiome kepada ekologi, forensik dan perubatan peribadi.

Walaupun Covid merupakan suatu krisis, namun perjuangan melawan penyakit neurodegeneratif merupakan kecemasan yang sentiasa berlaku. Jeffery W. Kelly telah melakukan perubahan dalam kehidupan pesakit yang menghidap penyakit amiloid yang menjejaskan sistem saraf dan jantung. Beliau menunjukkan mekanisme protein dan transthyretin mengurai dan berkumpul menjadi kluster yang membunuh sel, tisu dan seterusnya, pesakit. Beliau kemudiannya menghasilkan pendekatan molekul untuk menstabilkan protein tersebut dan setelah beliau mensintesiskan seribu molekul calon, salah satu molekul yang direka tersebut mempunyai struktur yang tepat untuk mencapai penstabilan ini. Beliau kemudian membantu membangunkannya menjadi ubat yang berkesan yang dinamakan tafamidis, yang melambatkan perkembangan penyakit ini secara signifikan. Dalam proses ini, beliau memberikan bukti bahawa tanggapan tentang pengagregatan protein menyebabkan neurodegenerasi yang mempunyai kaitan dengan penyakit neurodegeneratif lain termasuk penyakit Alzheimer.

Sejak permulaan sains, penambahbaikan dalam pengukuran tepat telah membawa kepada penemuan. Hidetoshi Katori dan Jun Ye yang bekerja secara bebas telah meningkatkan ketepatan pengukuran masa sebanyak 3 order magnitud. Teknik mereka – bersaiz atas meja  –  melalui penggunaan laser untuk memerangkap, menyejukkan dan memeriksa atom, menghasilkan jam kuantum yang amat tepat hingga ia akan kehilangan masa kurang daripada satu saat sekiranya dikendalikan selama 15 bilion tahun. Jam kekisi optik ini mempunyai penggunaan teknologi yang berpotensi daripada pengkomputeran kuantum yang menggunakan kesan teori relativiti Einstein terhadap seismologi; dan dalam penyelidikan asas, ia boleh digunakan untuk memeriksa teori seperti relativiti serta untuk mencari gelombang graviti dan fizik baharu seperti jirim gelap.

Ketika para eksperimentalis menyelidiki dunia fizikal dengan ketepatan yang semakin meningkat, pakar matematik pula meneroka sempadan ruang abstrak yang melangkaui pemikiran. Takuro Mochizuki berusaha tentang antara muka geometri algebra – dengan penyelesaian kepada sistem persamaan muncul sebagai objek geometri – dan geometri kebezaan – dengan permukaan licin dibuka dalam pelbagai dimensi yang kompleks. Mochizuki mengatasi cabaran teknikal dan konseptual yang amat besar bagi memperluas batasan pengetahuan yang mendalam ke dalam hala tuju baharu, memperluas pemahaman objek yang dikenali sebagai modul D holonomik yang merangkumi kepelbagaian kesingularan – titik di mana persamaan dalam kajian tidak lagi wajar. Dalam proses ini, beliau telah memberikan asas yang lengkap untuk bidang ini dengan menyelesaikan semua konjektur asas yang telah lama wujud.

Selain daripada hadiah utama tersebut, enam New Horizons Prize yang setiap satunya bernilai $100,000 telah diagihkan di antara 13 orang saintis dan pakar matematik peringkat awal kerjaya yang telah memberikan impak yang besar dalam bidang mereka. Selain itu, tiga Maryam Mirzakhani New Frontiers Prizes telah dianugerahkan kepada pakar matematik wanita peringkat awal kerjaya.

Dengan merangkumi anugerah New Horizons dan New Frontiers bagi pencapaian peringkat awal kerjaya ini, sejumlah $15.75 juta dianugerahkan pada tahun ini, menjadikan jumlah yang dianugerahkan kepada para saintis dan pakar matematik perintis sepanjang dekad kewujudan Anugerah ini bernilai $276.5 juta.

Petikan lengkap boleh didapati di bawah.

Breakthrough Prizes 2022 bagi Sains Hayat

Jeffery W. Kelly
Scripps Research Institute

Atas penjelasan tentang asas molekul penyakit transthyretin kardium dan neurodegeneratif serta membangunkan tafamidis iaitu ubat yang melambatkan perkembangan penyakit ini.

________________

Katalin Karikó
BioNTech dan University of Pennsylvania

Drew Weissman
University of Pennsylvania

Atas penciptaan teknologi RNA terubah suai yang membolehkan pembangunan vaksin COVID-19 yang berkesan dengan pantas.

________________

Shankar Balasubramanian
University of Cambridge

David Klenerman
University of Cambridge

Pascal Mayer
Alphanosos

Atas pembangunan kaedah yang kukuh dengan harga berpatutan untuk menentukan jujukan DNA pada skala besar yang telah mengubah amalan sains dan perubatan.

________________

Breakthrough Prize 2022 bagi Fizik Asas

Hidetoshi Katori
University of Tokyo dan RIKEN

Jun Ye
National Institute of Standards and Technology dan University of Colorado

Atas sumbangan yang cemerlang terhadap penciptaan dan pembangunan jam kekisi optik yang membolehkan ujian ketepatan bagi undang-undang asas alam semula jadi.

________________

Breakthrough Prize 2022 bagi Matematik

Takuro Mochizuki
Kyoto University

Atas usaha hebat yang membawa kepada penemuan dalam pemahaman kita tentang teori bundle dengan hubungan sama rata terhadap pelbagai algebra, termasuk kes kesingularan yang tidak sekata.

________________

New Horizons Prize 2022 bagi Fizik

Suchitra Sebastian
University of Cambridge

Atas ukuran elektronik dan magnetik dengan ketepatan tinggi yang telah mengubah pemahaman kita secara lebih mendalam tentang pengalir lampau bersuhu tinggi dan penebat tidak konvensional.

________________

Alessandra Corsi
Texas Tech University

Gregg Hallinan
California Institute of Technology

Mansi Manoj Kasliwal
California Institute of Technology

Raffaella Margutti 
University of California, Berkeley

Atas kepemimpinan dalam meletakkan asas pemerhatian elektromagnetik sumber gelombang graviti serta kepemimpinan dalam memperoleh maklumat yang kaya daripada perlanggaran dua bintang neutron yang pertama kali diperhatikan.

________________

Dominic Else
Harvard University

Vedika Khemani
Stanford University

Haruki Watanabe
The University of Tokyo

Norman Y. Yao
University of California, Berkeley

Atas usaha mempelopori teori bagi menghasilkan jirim kuantum dalam fasa tidak seimbang yang pertama, termasuk kristal masa.

________________

New Horizons Prize 2022 bagi Matematik

Aaron Brown
Northwestern University

Sebastian Hurtado Salazar
University of Chicago

Atas sumbangan pembuktian kepada konjektur Zimmer.

________________

Jack Thorne
University of Cambridge

Atas sumbangan transformasi kepada pelbagai bidang teori nombor algebra dan khususnya untuk pembuktian tentang automorphy semua kuasa simetri dalam bentuk baharu modular holomorfi, yang dilakukan secara kerjasama dengan James Newton.

________________

Jacob Tsimerman
University of Toronto

Atas usaha cemerlang dalam teori nombor analisaan dan geometri aritmetik, termasuk penemuan bagi konjektur André-Oort dan Griffiths.

________________

Maryam Mirzakhani New Frontiers Prize 2022

Sarah Peluse
Institute for Advanced Study dan Princeton University (PhD Stanford University 2019)

Atas sumbangan terhadap teori kombinatorik aritmetik dan nombor analisaan, terutamanya terhadap corak polinomial dalam set tumpat.

________________

Hong Wang
University of California, Los Angeles (PhD MIT 2019)

Atas kemajuan terhadap konjektur halangan, konjektur perataan tempatan dan masalah yang berkaitan.

________________

Yilin Wang
MIT (PhD ETH Zürich 2019)

Atas usaha inovatif dan penting terhadap keluk satah tenaga Loewner.

________________

Tentang Breakthrough Prize
Untuk tahun kesepuluh, Breakthrough Prize yang terkenal sebagai "Oscar Sains," mengiktiraf para saintis terkemuka di dunia. Setiap hadiah bernilai $3 juta dan dihadiahkan dalam bidang Sains Hayat, Fizik Asas (sekali setiap tahun) dan Matematik (sekali setiap tahun). Selain itu, sebanyak tiga New Horizons Prize dalam bidang Fizik, tiga New Horizons Prizes dalam bidang Matematik dan tiga Maryam Mirzakhani New Frontiers Prize dianugerahkan kepada para penyelidik peringkat awal kerjaya pada setiap tahun. Para penerima anugerah menghadiri majlis anugerah gala yang dirancang untuk meraikan pencapaian mereka dan memberi inspirasi kepada generasi saintis yang seterusnya. Sebagai sebahagian daripada acara majlis, mereka juga terlibat dalam program ceramah dan perbincangan.

Breakthrough Prizes ini diasaskan oleh Sergey Brin, Priscilla Chan dan Mark Zuckerberg, Yuri dan Julia Milner serta Anne Wojcicki. Anugerah ini telah ditaja oleh yayasan peribadi yang ditubuhkan oleh Sergey Brin, Priscilla Chan dan Mark Zuckerberg, Ma Huateng, Jack Ma, Yuri dan Julia Milner serta Anne Wojcicki. Jawatankuasa Pemilihan terdiri daripada para penerima anugerah Breakthrough Prize terdahulu dalam bidang masing-masing yang akan memilih pemenangnya. Maklumat tentang Breakthrough Prize ini terdapat di breakthroughprize.org.

 

 

Source: The Breakthrough Prize
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)