omniture

Belkin International Dianugerahkan Sustainability Leadership Award dalam Anugerah Kelestarian 2021

Belkin International
2021-09-14 01:33 68

Diiktiraf atas Usahanya Menetapkan dan Mencapai Matlamat Kelestarian Korporat

LOS ANGELES, 14 September 2021 /PRNewswire/ -- International Business Group mengiktiraf Belkin International sebagai peneraju kelestarian dalam program Anugerah Kelestarian 2021. Anugerah kelestarian ini mengiktiraf individu, pasukan dan organisasi yang telah menjadikan kelestarian sebagai teras kepada amalan perniagaan atau misi keseluruhan mereka. 

Belkin International Awarded Sustainability Leadership Award
Belkin International Awarded Sustainability Leadership Award

Pada tahun lalu, Belkin telah mencapai 100% keneutralan karbon di gudangnya di Indiana, USA, 25% keneutralan karbon dalam pelepasan skop 2 untuk operasi globalnya, pengurangan plastik dalam produk kabel sebanyak 90%, produk pad pengecas tanpa wayar sebanyak 48% dan produk kaki pengecas tanpa wayar sebanyak 81%. Selaras dengan komitmen korporatnya untuk menjadi 100% neutral karbon menjelang tahun 2025, Belkin telah merancang inisiatif yang jelas untuk perubahan iklim, pembungkusan dan e-sisa bagi mencapai masa depan yang lebih bersih dan lebih lestari untuk semua.

"Kelestarian menjadi teras utama kepada nilai-nilai Belkin dan kami komited memainkan peranan kami memandangkan impak besar yang dibawakan oleh perniagaan kami terhadap planet ini dari segi perbelanjaan dan pemuliharaan," kata Steve Malony, Ketua Pegawai Eksekutif, Belkin International. "Walau bagaimana sukar sekalipun untuk menerapkan konsep kelestarian ke dalam setiap aspek perniagaan dalam industri kami, kami bertekad untuk meningkatkan piawaian kami. Kami berbesar hati kerana diberi pengiktirafan oleh Business Intelligence Group atas usaha kami pada tahun ini dan kami kekal fokus untuk mencapai matlamat ini serta menetapkan penanda aras baharu tahun demi tahun."

"Kami berbangga dapat menyampaikan anugerah ini dan mengiktiraf Belkin atas usaha kelestarian mereka," kata Maria Jimenez, Ketua Pegawai Pencalonan, Business Intelligence Group. "Barisan hakim kami jelas bahawa visi dan strategi syarikat ini akan terus menjana hasil ke arah dunia yang lebih bersih dan lebih lestari. Tahniah!"

Tentang Belkin
Belkin ialah peneraju pasaran aksesori yang memberikan penyelesaian kuasa, perlindungan, produktiviti, kesalinghubungan, audio dan kediaman pintar untuk pelbagai persekitaran elektronik pengguna dan perusahaan. Direka bentuk di Selatan California dan dijual di lebih 50 buah negara di seluruh dunia, Belkin mencipta produk yang memperkasakan orang ramai melalui teknologi sama ada di rumah, di tempat kerja atau dalam persekitaran baharu. Pada tahun 2018, Belkin International bergabung dengan Foxconn Interconnect Technology untuk meningkatkan pengaruh globalnya dan terus diinspirasikan oleh manusia dan planet yang didiami ini.

© 2021 Belkin International, Inc. dan/atau ahli gabungannya. Hak cipta terpelihara.
Semua nama produk, logo dan jenama adalah hakmilik pemilik masing-masing.

Tentang Business Intelligence Group
Business Intelligence Group telah diasaskan dengan misi untuk mengiktiraf bakat sebenar dan prestasi yang unggul dalam dunia perniagaan. Tidak seperti program anugerah industri yang lain, eksekutif perniagaan—mereka yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan—mengadili program ini. Sistem pemarkahan proprietari dan unik organisasi ini mengukur prestasi dalam pelbagai domain perniagaan secara teliti dan kemudian memberi ganjaran kepada syarikat-syarikat yang memperoleh pencapaian mengatasi rakan-rakan mereka.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1613387/sustainability_leadership_award.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/804342/FIT_Belkin_Family_Logo.jpg?p=medium600

Source: Belkin International
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Awards