omniture

Maklumat Dalaman Produk Baharu Mouser Electronics: Lebih Daripada 2,370 Alat Ganti Baharu Ditambah pada Julai 2021

Pengedar Global Terajui Pengenalan Produk Baharu
Mouser Electronics
2021-09-14 09:27 143

SHANGHAI, 14 September 2021 /PRNewswire/ -- Sebagai pengedar berdaftar, Mouser Electronics, Inc. memberi tumpuan terhadap pengenalan produk dan teknologi baharu yang pantas, memberi kelebihan kepada pelanggan dan membantu mempercepatkan masa untuk dibawa ke pasaran. Lebih 1,100 jenama pengeluar semikonduktor dan komponen elektronik bergantung pada Mouser untuk membantu mereka memperkenalkan produk mereka dalam pasaran global. Pelanggan Mouser boleh mengharapkan 100% produk asli yang diperakui yang boleh disusur galurkan sepenuhnya daripada setiap pengeluar.

Mouser Electronics New Product Insider: More Than 2,370 New Parts Added in July 2021
Mouser Electronics New Product Insider: More Than 2,370 New Parts Added in July 2021

Bulan lalu, Mouser melancarkan lebih daripada 2,370 produk yang sedia untuk dihantar.

Beberapa produk yang diperkenalkan oleh Mouser pada bulan lalu termasuk:

  • Analog Devices LTC7811 Pengawal Buck/Buck/Boost Output Gandaan Tiga
    Analog Devices LTC7811 ialah pengawal kawal atur pensuisan DC/DC output gandaan tiga (buck/buck/boost) berprestasi tinggi yang memacu semua tahap MOSFET kuasa saluran-N.
  • Platform Bio-Penderiaan Crowd Supply WallySci E3K
    Platform bio-penderiaan Crowd Supply WallySci E3K menyediakan kerangka yang berpatutan, sumber terbuka sepenuhnya dan tanpa wayar untuk pemahaman intuitif bio-isyarat yang berasal daripada jantung, otot dan otak manusia.
  • Phoenix Contact Axioline Smart Elements
    Phoenix Contact Axioline Smart Elements, lanjutan daripada sistem input/output (I/O) Axioline F menyediakan modul digital, analog dan fungsi yang kompak untuk aplikasi automasi.
  • Kapasitor KEMET Electronics C0G dengan Teknologi KONNEKT™
    Kapasitor KEMET Electronics C0G membawakan teknologi pempakejan berketumpatan tinggi KONNEKT KEMET dan menawarkan kapasitans sehingga 940 nF dengan julat voltan 50 V hingga 3000 V.

Untuk melihat lebih lanjut mengenai sorotan utama Maklumat Dalaman Produk Baharu, sila ke https://www.mouser.com/newproductinsider.

Sebagai pengedar berdaftar global, Mouser menawarkan pilihan paling luas di dunia yang merangkumi semikonduktor dan komponen elektronik terbaharu — dalam stok dan sedia untuk dihantar. Pelanggan Mouser boleh mengharapkan 100% produk asli yang diperakui yang boleh disusur galurkan sepenuhnya daripada setiap rakan pengeluarnya. Bagi membantu mempercepatkan reka bentuk pelanggan, laman sesawang Mouser mengehoskan pustaka sumber teknikal yang luas termasuk Pusat Sumber Teknikal (Technical Resource Center) berserta lembaran data produk, reka bentuk rujukan khusus-pembekal, nota aplikasi, maklumat reka bentuk teknikal, alat kejuruteraan dan maklumat berguna yang lain.

Jurutera boleh mengikuti perkembangan mengenai berita produk, teknologi dan aplikasi yang menarik pada hari ini melalui e-surat berita percuma Mouser. Berita emel dan langganan rujukan Mouser boleh disesuaikan mengikut keperluan projek pelanggan yang unik dan berubah-ubah. Tiada pengedar lain yang memberi sebegini banyak penyesuaian dan kawalan terhadap maklumat yang diterima oleh mereka. Ketahui lebih lanjut mengenai teknologi baru muncul, trend produk dan banyak lagi dengan mendaftar hari ini di https://sub.info.mouser.com/subscriber.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/.

Source: Mouser Electronics
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics