omniture

Keputusan Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg ke-17

St Petersburg Economic Forum
2013-07-02 15:30 172

ST PETERSBURG, Russia, Jun 2, 2013 /PRNewswire/ -- Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF) telah diadakan dari 20 hingga 22 Jun 2013 - tema tahun ini ialah "Membakar Semangat Membina Ekonomi Global Baharu".

2013 merupakan tahun SPIEF mencatat rekod bilangan hadirin - 7190 orang hadir, dari 87 negara, dengan 1245 orang daripadanya adalah wakil media. Komuniti perniagaan Rusia dan antarabangsa telah diwakili dengan baiknya - SPIEF 2013 dihadiri 176 perbadanan asing utama dan 436 perniagaan Rusia berskala besar. Daripada jumlah tersebut, 67 pemimpin perniagaan asing dan 24 pemimpin perbadanan Rusia berada dalam penyenaraian Forbes atau Fortune. Tambahan pula, 327 perwakilan rasmi delegasi asing turut menghadiri SPIEF 2013.

Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/61934-st-petersburg-international-economic-forum-results

Prosiding Forum tersebut dihadiri Canselor Persekutuan Jerman, Puan Angela Merkel dan Perdana Menteri Netherlands, Encik Mark Rutte.

Satu lagi statistik yang mencatat rekod berkenaan SPIEF 2013 merupakan jumlah perjanjian yang ditandatangani - 102 persetujuan yang keseluruhannya mempunyai nilai kewangan sebanyak 9.6 trilion roubles (USD 291 bilion), yang dianggarkan 30 kali ganda berbanding jumlah wang forum tahun lalu.

Seratus lima acara berbeza dijalankan semasa Forum itu berlangsung - termasuk sesi panel, perbincangan terbuka, perbincangan meja bulat, sarapan industri, forum, dan taklimat. Keseluruhannya, seramai 449 penceramah mengambil bahagian dalam acara-acara tersebut.

Memandangkan Rusia memegang jawatan presiden bergilir bagi G20 pada tahun ini, persidangan kemuncak Business 20 (B20) yang istimewa telah diadakan pada 20 Jun di SPIEF 2013. Peserta persidangan kemuncak B20 ini mengutarakan usul-usul yang kukuh di St. Petersburg – bertujuan merangsang ekonomi global, mencipta pekerjaan dan memperbaiki sistem monetari dan kewangan dunia. Dari 18 hingga 20 Jun, SPIEF menjadi tuan rumah persidangan kemuncak pemuda Y20 dan pada 22 Jun 2013 satu Forum Perniagaan Rusia-ASEAN telah diadakan.

Maklumat lebih terperinci mengenai program yang dijalankan di Forum itu dan mengenai pesertanya boleh didapati di laman web rasmi acara tersebut: http://www.forumspb.com

Source: St Petersburg Economic Forum
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news