omniture

Parallel Wireless Memperluas Pusat Penyelidikan dan Pembangunan RAN Terbuka di Seluruh Dunia

Parallel Wireless
2021-09-14 19:00 32

Memperluas jejak kami di seluruh dunia dan melantik bakat terbaik dalam rangkaian mudah alih 

NASHUA, New Hampshire, 14 September 2021 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless, Inc., syarikat perisian RAN Terbuka yang berpangkalan di A.S. dan memberikan penyelesaian RAN Terbuka natif awan bagi Semua G (5G 4G 3G 2G) yang terkemuka di dunia ini sedang memperluas jejaknya di seluruh dunia melalui Pusat Penyelidikan dan Pembangunan RAN Terbuka di A.S., U.K., Israel dan India.

Vendor Rangkaian Akses Radio (RAN) legasi perlu membangunkan kedua-dua perkakasan dan perisian RAN. Pendekatan ini mengehadkan jumlah inovasi dan kepantasan pembangunan yang menyebabkan kos penggunaan yang tinggi kepada para pengendali mudah alih. Ia juga sukar untuk syarikat-syarikat baharu menyertai industri ini. Pergerakan RAN Terbuka ini membolehkan syarikat baharu membangunkan produk inovatif dengan memanfaatkan antara muka terbuka antara komponen yang seterusnya menghasilkan rangkaian mudah alih yang menjimatkan kos, tangkas dan boleh diskala.

Parallel Wireless telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menjadi peneraju yang terbukti dalam rangkaian tanpa wayar RAN Terbuka dengan penggunaan RAN terbuka yang paling banyak di seluruh dunia. Sejak dua tahun yang lalu, pasukan global syarikat ini telah menggandakan saiznya dalam bidang Kejuruteraan, IT, Jaminan Kualiti serta Pengurusan Program dan Projek.

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Parallel Wireless terus berkembang di seluruh dunia untuk mempercepat keupayaan pembangunan dan ujian RAN Terbuka memandangkan Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) menaik taraf rangkaian mereka kepada 5G dan seterusnya. Sorotan bagi setiap lokasi adalah seperti berikut:  

A.S.  

  • Ibu pejabat korporatnya terletak di Nashua, New Hampshire iaitu berhampiran dengan Boston, Massachusetts yang terkenal di seluruh dunia sebagai hab inovasi teknologi utama.
  • Mempunyai kemudahan ujian RAN Terbuka yang terbaik serta menyatukan pembekal perkakasan dan juga perisian dalam satu ekosistem yang luas bagi memastikan rangkaian mudah alih yang saling kendali dan canggih.
  • Rancangan pengembangan sedang dijalankan dalam bidang Jaminan Kualiti dan Kejuruteraan Sistem untuk memperkukuh serta terus mengembangkan portfolio terbaik dan terkini kami dalam rangkaian RAN Terbuka, patuh O-RAN dan Semua G - 2G, 3G, 4G dan 5G yang membawa pembaharuan kepada industri tanpa wayar.

U.K .

  • Mempunyai pejabat dan makmal RAN Terbuka yang canggih di tengah-tengah Bristol.
  • Pasukan yang berkembang pesat dengan kepakaran yang mendalam dalam seni bina, reka bentuk, pelaksanaan dan integrasi produk infrastruktur tanpa wayar serta pengkhususan yang jarang ditemui dalam aplikasi dan platform pengiraan tersedia secara komersial (COTS) yang berprestasi tinggi.
  • Parallel Wireless baru-baru ini telah dianugerahkan dengan geran Innovate U.K. dan sedang menyertai pertandingan teknologi tambahan yang menyampaikan inovasi O-RAN 5G kepada rangkaian komunikasi.

Israel

  • Mempunyai keupayaan ujian dan makmal 5G yang canggih di Atir Yeda, Kfar Saba, Israel.
  • Pasukan ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan kini sedang mengambil pekerja bagi ujian dan pembangunan perisian natif awan, kejuruteraan 4G dan 5G.
  • Parallel Wireless baru-baru ini menyertai konsortium Israeli 5G WIN Technology di Israel yang memberi tumpuan kepada kemajuan penting berdasarkan teknologi telekomunikasi Kecerdasan Buatan 5G.
  • Menerajui pembangunan automasi terkemuka dalam rangkaian RAN Terbuka dengan menggunakan kaedah seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) bagi menyediakan pengurusan dan operasi pintar rangkaian tanpa wayar.

IndiaPune  dan Bangalore

  • Parallel Wireless melabur dalam pusat R&D RAN Terbuka canggih yang dibuka pada tahun 2013 dan terus berkembang serta terdapat dua pusat R&D RAN Terbuka di Pune dan Bangalore pada masa ini.
  • Pusat Penyelidikan dan Pembangunan ini sedang berkembang di India untuk membangunkan dan menguji Pengawal Pintar RAN (RIC) natif awan, DU 4G dan 5G serta perisian CU dan radio patuh O-RAN Alliance 2x2 dan 4x4.
  • Ahli pasukan di makmal Pune dan Bangalore mempunyai kepakaran yang mendalam dalam mereka bentuk dan membangunkan perkakasan serta perisian RAN Terbuka awan natif yang terbaik - Unit Terpusat (CU), Unit Teragih (DU) dan Pengawal Pintar RAN (RICS).
  • Rancangan pertumbuhan yang besar sedang dijalankan dalam bidang Penyelidikan & Pembangunan, Kejuruteraan Sistem dan Sokongan Pelanggan.

Penyelesaian Parallel Wireless membolehkan penggunaan generasi seterusnya seperti e-pembelajaran, kesihatan digital, e-perbankan, Internet Benda (IoT), pemanduan autonomi, robotik dan banyak lagi. Sila lihat laman web peluang kerjaya kami dan sertai kami ketika kami membawa pembaharuan kepada masa depan rangkaian jalur lebar tanpa wayar.

Keith Johnson, Presiden Parallel Wireless berkata, "Dengan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan RAN Terbuka yang canggih di seluruh dunia, kami membawa pembaharuan kepada masa depan rangkaian tanpa wayar mudah alih dengan membolehkan pelanggan Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) menawarkan ketersambungan jalur lebar Semua G yang menjimatkan kos dan mudah diskala. Sertai Parallel Wireless dan bawa masa depan komunikasi mudah alih."

Tentang Parallel Wireless

Di Parallel Wireless, kami percaya bahawa perisian berkuasa untuk memanfaatkan peluang-peluang hebat di dunia. Kami mengubah cara rangkaian tanpa wayar dibangunkan dan dikendalikan. Kami sedang memperbaharui cara perkakasan, perisian dan awan bekerjasama untuk mengubah penggunaan yang ekonomi kepada para pengguna. Platform perisian pematuhan O-RAN ALL G (2G 3G 4G 5G) kami membentuk seni bina RAN terbuka, selamat dan pintar untuk menyampaikan ketersambungan tanpa wayar, supaya semua orang boleh berhubung pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan dengan cara yang mereka pilih. Kami bekerjasama dengan syarikat MNO global terkemuka dan telah diiktiraf dengan lebih 80 anugerah industri. Teras kekuatan kami ialah pasukan Pembangun yang menghargai inovasi, kerjasama, keterbukaan dan kejayaan pelanggan. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.parallelwireless.com. Berhubung dengan Parallel Wireless di LinkedIn dan Twitter.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1004727/PW_FullColor_CMYK_Logo.jpg?p=medium600  

 

 

Source: Parallel Wireless
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications Corporate Expansion