omniture

Enfinity Global dan CarVal Investors Menandatangani Kemudahan Bernilai $300 Juta

Enfinity Global; CarVal Investors
2021-09-14 23:52 73

NEW YORK dan MIAMI, 14 September 2021 /PRNewswire/ -- CarVal Investors, sebuah pengurus pelaburan alternatif global yang mapan dan Enfinity Global Inc., sebuah Platform Perkhidmatan dan Tenaga Boleh Diperbaharui telah menandatangani satu kemudahan pinjaman bernilai $300 juta untuk membiayai pembangunan projek tenaga boleh diperbaharui tiga Gigawatt milik Enfinity.

Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) menganggarkan bahawa pelaburan bernilai $131 trilion akan diperlukan untuk mencapai pelepasan CO2 Sifar Bersih menjelang tahun 2050. Ini boleh mengurangkan kenaikan suhu global sehingga 1.5ºC.

Carlos Domenech, Ketua Pegawai Eksekutif Enfinity Global menyatakan: "Kami amat berbesar hati untuk menjadikan CarVal sebagai rakan kongsi dalam perjalanan kami. Kami telah bersama-sama merangka sebuah kemudahan bernilai $300 juta yang menyelaraskan garis panduan pelaburan lestari dengan keupayaan pelaksanaan yang diperlukan untuk menjadi peneraju ekonomi karbon sifar bersih."

"Kami gembira dapat menyokong pertumbuhan Enfinity Global dan memanfaatkan gabungan kepakaran kami," kata Jonathan Hunt, Pengarah Urusan CarVal Investors. 

Tentang Enfinity Global 

Enfinity Global Inc. bersama-sama dengan anak syarikatnya merupakan sebuah platform penyelesaian tenaga boleh diperbaharui global yang memberi tumpuan kepada pembangunan, pembiayaan, pembinaan, pengendalian dan pemilikan aset tenaga boleh diperbaharui. Dengan pejabatnya di seluruh AS, Eropah dan Asia, syarikat tersebut membangunkan penyelesaian tenaga untuk membantu mencapai jejak sifar karbon dan membolehkan peralihan yang lestari kepada ekonomi bebas karbon di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Enfinity Global, sila layari: www.enfinity.global.

Tentang CarVal Investors 

CarVal Investors merupakan sebuah pengurusan pelaburan alternatif global terkenal yang memberi tumpuan kepada aset berintensif kredit dan ketidakcekapan pasaran. Sejak tahun 1987, pasukan CarVal telah melalui kitaran pasaran kredit yang sentiasa berubah, melabur secara oportunis sebanyak $128 bilion ke dalam 5,525 transaksi di 82 buah negara. Hari ini, CarVal Investors mempunyai kira-kira $10 bilion aset di bawah pengurusan dalam sekuriti korporat, portfolio pinjaman, kredit berstruktur dan aset keras. www.carvalinvestors.com.

 

Source: Enfinity Global; CarVal Investors
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility New products/services