omniture

FxPro Memperkenalkan Perkhidmatan VPS Bertaraf Dunia

FxPro
2013-07-02 23:28 234

LONDON, 2 Julai 2013 /PRNewswire/ -- FxPro Group Ltd (FxPro), sebuah broker pertukaran asing Model Agensi 100%, dengan bangganya mengumumkan pengenalan penyelesaian Pelayan Peribadi Maya (VPS) dengan kependaman rendah yang bakal memastikan kejadian peluang perdagangan yang terlepas takkan berlaku lagi.

FxPro ialah penyokong menerajui industri perdagangan adil dan telus melalui Model Agensi pelaksanaan arahan berpusat klien mereka. Tidak seperti broker lain yang bergantung kepada kerugian klien bagi sebahagian besar keuntungan mereka, Model Agensi FxPro memberi insentif kepada syarikat untuk membantu klien mereka mendapat keuntungan.

"Pengenalan VPS FxPro memang tepat pada masanya untuk ia berlaku serentak dengan pelancaran FxPro Quant Strategy Builder dan FxPro EA Library baru-baru ini. Penggunaan VPS kami oleh pedagang membolehkan mereka mengoptimumkan prestasi EA mereka dan mempertingkat lagi hasil perdagangan mereka." Charalambos Psimolophitis, Ketua Pegawai Eksekutif FxPro

FxPro telah bekerjasama dengan BeeksFX, penyedia VPS yang meneraju di dunia, untuk membawa penyelesaian VPS terbaik seumpamanya kepada cTrader FxPro dan klien MT4 FxPro. Perkhidmatan yang menerajui industri ini beroperasi selama 24/7 dan memastikan bahawa Penasihat Pakar (EA) bekerja seperti sepatutnya, pada masa yang sepatutnya.

Fakta VPS FxPro

  • Aktif dalam talian selama 24/7
  • Operasi tanpa gangguan (tiada but semula/tidak terjejas akibat pemotongan bekalan kuasa)
  • Kependaman dikurangkan 1-5ms (masa yang diambil untuk satu arahan dihalakan kepada pelayan bagi pelaksanaan)
  • Pelaksanaan perdagangan lebih pantas
  • Sesuai untuk pedagang yang menggunakan strategi berautomasi

Model Agensi itu kini membolehkan FxPro berbangga dengan tahap-tahap kependaman paling rendah dan pengenalan VPS akan menghasilkan pelaksanaan perdagangan yang lebih pantas. Keadaan perdagangan biasa memungkinkan seorang pedagang tukaran asing di China mengalami tahap kependaman sebanyak 300-400ms; VPS boleh mengurangkan angka itu menjadi sekecil 1-5ms sahaja.

Mengenai FxPro

FxPro Group Limited ialah peneraju industri yang pernah memenangi anugerah dalam pasaran tukaran asing yang semakin berkembang pesat. Berkhidmat untuk klien seluruh dunia dengan kemudahan perdagangan canggih dan tahap sokongan pelanggan mengagumkan 24 jam sehari, 5 hari seminggu, mereka ingin menjadi pilihan pertama untuk para klien dengan melabur dalam pekerja, inovasi dan teknologi mereka dan dengan menjadi penyedia meneraju untuk penyelesaian FX. http://www.fxpro.com

FxPro UK Limited diberi kuasa dan dikawalselia di United Kingdom oleh Pihak Berkuasa Tatakelakuan Kewangan (FCA), nombor pendaftaran 509956. FxPro Financial Services Limited diberi kuasa dan dikawalselia oleh lesen CySEC (078/07). 

Amaran Risiko

Modal anda mungkin berisiko.
Hubungan Media

Perhubungan Media
FxPro
+44(0)20-7776-9720
pr@fxpro.com

SUMBER  FxPro

Source: FxPro
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services