omniture

Memperkenalkan Aplikasi Nobu

Nobu Hospitality
2021-09-15 21:49 83

NEW YORK, 15 September, 2021 /PRNewswire/ -- Nobu Hospitality, jenama gaya hidup mewah global yang diasaskan oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran aplikasi mudah alih interaktif baharu dengan kerjasama Alliants, yang tersedia untuk dimuat turun pada iOS dan Android. Dengan dunia Nobu di hujung jari para tetamu, mereka boleh meneroka dan menempah  restoran dan hotel dalam portfolio global syarikat yang semakin meluas, mengakses manfaat eksklusif dan menikmati perjalanan tetamu yang lancar dan bebas sentuhan.

Get the Nobu App
Get the Nobu App

Dengan permintaan terhadap pengalaman tetamu tanpa sentuhan, aplikasi Nobu yang baharu ini menawarkan pengalaman bersepadu sepenuhnya kepada para tetamu - dengan mengekalkan ciri perkhidmatan terbaik jenama yang terkenal di dunia ini. Ciri-ciri aplikasi ini termasuk daftar masuk dan daftar keluar mudah alih, kunci bilik maya, jadual perjalanan sepintas lalu dan keupayaan untuk bersembang dalam pelbagai bahasa pada pelbagai platform termasuk WeChat, SMS dan WhatsApp. Para tetamu juga boleh menghubungi ahli pasukan hotel secara langsung hanya dengan menyentuh butang untuk sebarang permintaan dalam masa 24 jam sehari, iaitu memesan perkhidmatan makan di dalam bilik, permintaan khas dan untuk mendapatkan akses kepada manfaat eksklusif Nobu, daripada tempahan makan di restoran hingga pengalaman tempatan yang disesuaikan.

Aplikasi ini turut menampilkan bahagian 'Nobu Recommends' yang menyediakan ulasan perkhidmatan rencam mudah alih hotel bagi setiap destinasi dan syor tentang tempahan restoran tempatan.  Platform 'Meet the Team' memperkenalkan para tetamu kepada pasukan kepemimpinan bagi setiap hartanah pilihan mereka, manakala 'How We Roll' menyorot tentang kerjasama eksklusif jenama ini. Para pengguna akan turut menikmati kemudahan akses pertama ke majlis peribadi dan acara di Hotel dan Restoran Nobu di seluruh dunia.

Trevor Horwell, Ketua Pegawai Eksekutif Nobu Hospitality mengulas, 'Aplikasi Nobu ini menawarkan pengalaman tetamu yang benar-benar mesra pengguna, bebas sentuhan dan bersepadu sepenuhnya – suatu konsep yang menjadi semakin penting dalam landskap perjalanan yang sentiasa berubah. Kami teruja untuk menawarkan platform digital kepada para tetamu kami agar mereka dapat berinteraksi dengan Nobu menggunakan kaedah baharu dan menarik ini.'

Tristan Gadsby, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama Alliants menyatakan, 'Alliants gembira dapat bekerjasama dengan Nobu untuk menyampaikan pengalaman digital kepada pelanggan mereka setaraf dengan kedudukannya sebagai salah satu jenama yang menawarkan pengalaman terbaik di dunia. Keupayaan untuk berhubung dan berkomunikasi dengan pelanggan terbukti penting dalam membina kesetiaan dan meningkatkan pendapatan. Perkara asas ini semakin penting untuk diberi tumpuan dan kami berharap dapat bekerjasama dengan Nobu ketika mereka terus meningkatkan kejayaan yang sedia ada.'

Fungsi penuh aplikasi ini kini ditawarkan di Hotel Nobu, London Portman Square, Palo Alto dan Warsaw dan akan tersedia di Chicago serta Pantai Miami dan lokasi-lokasi lain tidak lama lagi.

Video

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1625335/Nobu_Hotels_QR_Code.jpg?p=medium600

 

 

Source: Nobu Hospitality
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Retail Telecommunications Travel New products/services