BEIJING, 3 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Bosan dengan wasap dan PM2.5? Inginkan nikmat keselesaan, udara segar dan tasik jernih? Penerbangan tanpa henti Beijing - Geneva yang dimulakan pada 7 Mei oleh Air China menjadikan Geneva, bandar kedua paling sesuai didiami di dunia, lebih mudah diakses oleh Asia Timur.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )
Ibu Negara Semua Bangsa
Sebagai "Ibu Negara Semua Bangsa", Geneva ialah tempat dunia bertumpu. Liga Negara-negara, pelopor Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, ditubuhkan di sini. Kini, Geneva menempatkan lebih 200 organisasi antarabangsa peneraju, termasuk, antaranya, ibu pejabat Eropah Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, Persatuan Buruh Antarabangsa, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dan Liga Wanita Antarabangsa untuk Keamanan dan Kebebasan. Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu sahaja sudah menjadikan Geneva sebagai tempat pertemuan sebanyak 8,000 kali setahun dan hampir semua isu-isu penting dunia dibincangkan di sini. Bandar itu juga menempatkan ibu pejabat benua Eropah bagi syarikat-syarikat multinasional utama seperti Procter & Gamble, Serono, dan Firmenich. Geneva merupakan pusat penggemar makanan sedunia dengan 1,100 restoran; yang juga merupakan salah sebuah tempat makan paling mengujakan di dunia, dengan restoran terbuka dan kafe bertebaran di seluruh bandar yang membolehkan orang tempatan serta pelancong berbual dan menikmati sinaran suria sambil menghirup kopi atau segelas wain yang lazat.
Pengembaraan Mudah
Sebelum Air China memulakan penerbangan Beijing-Geneva, Geneva tidak pernah dihubungkan melalui penerbangan tanpa henti dengan Beijing, malahan dengan seluruh Asia Timur. Oleh itu, pengembara China yang menuju ke Geneva perlu mengambil penerbangan sambungan di tempat lain. Kini, dengan adanya haluan Beijing-Geneva Air China, para penumpang tidak lagi perlu bersusah payah dengan penerbangan sambungan dan dapat menjimatkan masa keseluruhan perjalanan mereka. Ia juga menawarkan pilihan penerbangan tambahan bagi para penumpang dari dan ke Tokyo, Seoul, Hong Kong, Bangkok dan Manila.
Perkhidmatan penerbangan tanpa henti Beijing-Geneva ini menambahkan jumlah destinasi Eropah yang disediakan oleh Air China kepada 12 buah. Ia satu penambahan yang berbaloi kepada rangkaian luas destinasi syarikat penerbangan itu yang menyediakan perkhidmatan ke Frankfurt, Munich, Dusseldorf, dan destinasi Eropah yang lain.
Haluan Beijing-Geneva Air China:
Penerbangan tanpa henti Beijing-Geneva, CA861/862, ditawarkan empat kali seminggu. Penerbangan keluar bertolak dari Beijing pada pukul 13:30 waktu Beijing dan tiba di Geneva pada pukul 18:25 waktu tempatan; penerbangan pulang pula bertolak dari Geneva pada pukul 20:25 waktu tempatan dan tiba di Beijing pada pukul 12:55 hari berikutnya.