DUBAI, UAE, 4 Julai 2013 /PRNewswire/ --
Dubai Multi Commodities Centre ('DMCC'), Pihak Berkuasa Kerajaan yang dikhususkan untuk membangunkan Dubai sebagai gerbang global dagangan komoditi, hari ini mengumumkan rancangannya membina menara komersil tertinggi di dunia sebagai sebahagian daripada pelan peluasan yang direka khas untuk syarikat multinasional besar.
(photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130702/626110 )
Ahmed Bin Sulayem, Pengerusi Eksekutif DMCC, berkata:
"Apabila kami umumkan rancangan untuk membina Menara Almas pada tahun 2002, menara komersil tertinggi Timur Tengah dan ibu pejabat DMCC, keseluruhan ruang pejabat setinggi 63 tingkat habis dijual kepada pengguna akhir DMCC, kebanyakannya dalam perniagaan batu berlian, dalam masa beberapa jam sahaja.
Menara komersil tertinggi di dunia dan Taman Perniagaan DMCC merupakan langkah yang tepat bagi memastikan kami terus mengalu-alukan syarikat-syarikat ke zon bebas ini kerana permintaan yang meningkat – terutamanya perbadanan yang besar dan syarikat multinasional serantau – dalam masa yang terdekat. Inisiatif ini direka bagi mengukuhkan lagi kedudukan Dubai sebagai hab global perdagangan dan perusahaan komoditi.
Sepanjang empat tahun lalu DMCC telah menarik kehadiran lebih 4,000 syarikat baharu ke Zon Bebas – 90% daripadanya baru sahaja menjejak kaki ke Dubai. Pada tahun 2013 kami telah memecut pertumbuhan ini, dengan purata 200 syarikat baharu menyertai DMCC setiap bulan. Permintaan yang meningkat ini bukan sahaja menyerlahkan lagi keyakinan terhadap DMCC dan Dubai, tetapi juga menekankan keperluan kepada lebih banyak ruang komersil."
Taman Perniagaan DMCC dan menara komersil tertinggi di dunia kini berada dalam fasa rekaan konsep. Kedua-dua binaan ini akan memenuhi keperluan perbadanan-perbadanan besar dan multinasional yang memerlukan ruang lantai yang luas untuk dibeli atau disewa. Taman Perniagaan itu akan terdiri daripada ruang komersil dan runcit premium seluas 107,000 meter persegi.
Islam Zughayer, Pengarah Urusan dan Ketua Berenson MENA, sebuah firma perbankan pelaburan dengan pejabat di New York, Dubai dan Kuwait, berkata:
"Sudah beberapa tahun DMCC tidak mempunyai hutang pihak luar. Pengurusan fiskal yang berhemat dan kepimpinan bertumpu membolehkan DMCC mengekalkan kunci kira-kira seimbang yang mampu menampung projek sebesar ini. Berdasarkan rekod prestasi dan pengalaman DMCC yang banyak dengan menara komersil, kami percaya DMCC berada dalam kedudukan yang sempurna untuk menjayakan projek ini."
Dewasa ini, hampir 7,000 ahli yang terdiri daripada syarikat baharu mahupun syarikat multinasional yang beroperasi dari Zon Bebas DMCC. DMCC telah membuat komitmen awam pada awal tahun 2011 untuk mencapai jumlah 7,200 syarikat ahli menjelang akhir tahun 2013, satu sasaran yang dijangka akan dicapai tidak lama lagi. Komitmen awam ini bertujuan mengesahkan keyakinan DMCC terhadap pertumbuhan Zon Bebas di masa hadapan.
Disamping rekod pertumbuhan dan unjuran yang mengagumkan, DMCC memegang sejarah rekod prestasi kewangan yang kukuh. Pada tahun 2005, DMCC melancarkan Sukuk emas yang mengumpulkan US$ 200 juta bagi membantu membiayai pembinaan menara-menara komersilnya. Pada masa itu, Sukuk itu diberikan pemeringkatan"A" untuk jangka panjang dan "A-1" untuk jangka pendek oleh Perkhidmatan Pemeringkatan Standard & Poor dan mengalami lebihan langganan. Sukuk itu membolehkan pelabur menerima bayaran dalam bentuk jongkong emas sebagai alternatif kepada dolar AS. Meskipun berlakunya permulaan krisis kewangan global, Sukuk dibayar kembali dengan penuh dan tepat pada masanya.
Kini terdapat lebih 65,000 orang yang bekerja dan tinggal dalam projek pembangunan itu, dengan 65 menara penggunaan bercampur jenis komersil dan kediaman serta lebih 180 kedai runcit yang sedang beroperasi. Secara purata, DMCC mengalu-alukan lebih 200 syarikat sebulan ke Zon Bebasnya, lebih 6 syarikat setiap hari – lebih 90% daripadanya baru menjejak kaki ke Dubai.
Lawati http://www.dmcc.ae untuk maklumat lanjut.
Untuk pertanyaan media:
Dubai Multi Commodities Centre
Henriette Svensen
Pengurus PR & Komunikasi Korporat
+971-4-375-2207
henriette.svensen@dmcc.ae
Sumber: Dubai Multi Commodities Centre (DMCC)