omniture

Within3 Memperbaharui Komunikasi Sains Hayat dengan Platform Holistik yang Mengutamakan Industri bagi Menangani Jurang Maklumat

Within3
2021-09-16 18:18 23

Select, Connect dan Discover Within3 mengikuti laluan strategik bagi menghasilkan Platform Pengurusan Maklumat

CLEVELAND dan LONDON, 16 September 2021 /PRNewswire/ -- Platform penglibatan hibrid Within3 terbukti dapat meningkatkan jumlah, kualiti dan nilai maklumat yang dihasilkan oleh inovator, pempengaruh pasaran yang terkemuka, pesakit dan pihak berkepentingan sains hayat yang lain. Itulah sebabnya pasukan pelbagai disiplin dalam syarikat peranti perubatan dan farmaseutikal terbesar menggunakan Within3 untuk menjalankan program penglibatan seperti merancang perjumpaan lembaga penasihat, kongres dan penerbitan. 

 

The Within3 Insights Management Platform
The Within3 Insights Management Platform

 

Ribuan acara penglibatan telah mendedahkan kelemahan di seluruh pasukan sains hayat – data disebarkan di lokasi atau silo yang amat berbeza, tiada input daripada pihak berkepentingan yang sepatutnya - menyebabkan keperluan untuk jawapan yang amat bermaklumat dan pantas tidak tercapai.

Hasilnya ialah jurang maklumat: suatu masalah yang menyebabkan syarikat membuat keputusan berdasarkan data lama atau tidak lengkap yang menyebabkan kerugian berbilion dolar dan usaha selama bertahun-tahun.

Menyelesaikan Jurang Maklumat pada Setiap Peringkat Kitaran Hayat Pembangunan Produk 

Select, Connect dan Discover Within3 menggabungkan maklumat yang diperoleh daripada setiap fasa kitaran hayat produk pada platform untuk mengenal pasti individu yang tepat, melibatkan mereka dan memberikan jawapan. Ia menyelesaikan jurang maklumat pada setiap peringkat kitaran hayat pembangunan produk daripada perancangan, pengambilan dan penglibatan hingga penganalisaan, pelancaran produk dan seterusnya.

Select Within3 mengenal pasti pakar perubatan, pesakit, pihak berkepentingan, peneraju industri utama dan pakar berkaitan yang tepat untuk masalah yang tepat pada masa yang tepat.

Connect Within3 merupakan cara yang lebih baik untuk syarikat farmaseutikal, teknologi perubatan dan sains hayat berbincang dengan individu yang paling penting dalam sektor masing-masing. Ia merupakan sebuah platform komunikasi hibrid yang memberikan kebebasan kepada pihak berkepentingan untuk turut terlibat pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja pada mana-mana peranti yang tersambung. Ia menyediakan persekitaran yang mengutamakan jadual peserta.

Inovator sains hayat yang menggunakan Connect dengan kerap melaporkan manfaat yang besar dari segi penyertaan pempengaruh pasaran yang terkemuka (KOL), maklumat yang boleh dilaksanakan dan mempercepat penerbitan penyerahan kawal selia, tindak balas atau garis panduan.

Discover Within3 menggabungkan maklumat yang diperoleh di seluruh perusahaan dan lapangan ke dalam satu tempat. Pemprosesan bahasa semula jadi yang dikuasakan AI proprietari ini membolehkan syarikat sains hayat memahami konsep utama, trend saintifik dan sentimen yang memberikan jawapan yang mendorong hasil perniagaan yang positif.

"Pada masa ini, proses untuk mendapatkan maklumat sahaja, tambahan lagi untuk maklumat yang tepat mengambil masa selama berbulan-bulan. Dalam tempoh tersebut, pelbagai perkara boleh berlaku yang akan menjejaskan maklumat yang diperoleh dan menjadikannya ketinggalan zaman atau tidak boleh digunakan lagi serta meningkatkan kos dengan setiap lelaran," kata Ketua Pegawai Eksekutif Within3, Lance Hill. "Dengan pelbagai sistem daripada vendor yang berbeza dalam setiap fasa proses, pasukan akan berhadapan dengan hasil yang tidak konsisten dan akhirnya menyebabkan taktik pelaksanaan yang amat terpencil berbanding strategi yang kohesif."

Perusahaan global terutamanya organisasi sains hayat amat memerlukan maklumat daripada pakar yang tepat untuk bekerja dengan berkesan dan cekap dalam pasaran yang dinamik dengan akses secara bersemuka tidak dijamin dan kepantasan ke pasaran adalah penting untuk meraih kejayaan.

Platform Pengurusan Maklumat Within3 menyediakan kesemua keperluan ini.

Ikuti Within3 di LinkedIn dan Twitter.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1626637/Within3_Platform.jpg?p=medium600

Source: Within3
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital New products/services Data Analytics