omniture

China Indah 2013 - Seni "Teraan Lushan" Perdana bagi Acara Amal

Lushan Tourism Development Co., Ltd.
2013-07-04 07:10 107


LUSHAN, China, 4 Julai 2013 /PRNewswire/ -- "Lushan Indah; Lushan Penyayang" – Seni "Teraan Lushan" dan jualan seni amal perdana diadakan baru-baru ini di Lushan. Acara ini direka bagi mempromosikan tempat berpemandangan indah itu melalui lukisan seni tempat peranginan terkenal itu. Acara ini membolehkan pelancong sedunia yang berminat mengenali lebih lanjut kawasan indah itu serta tradisi China yang merupakan sebahagian sejarah lamanya: "Apabila bencana berlaku, pertolongan datang daripada segenap penjuru."

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130703/CN41762)

Dua hari sebelum acara itu, lebih 3,000 pelancong dan pencinta seni sudah berkumpul di Lushan. Pada hari terakhir acara, lebih 600 pencinta seni termasuk para pelajar dari kolej, universiti, sekolah rendah dan menengah di serata China menghadirinya. Para pelajar sekolah menengah dan rendah itu termasuk beberapa kanak-kanak dari rumah anak yatim serta anak-anak buruh dari wilayah Sichuan yang bekerja di bandar Jiujiang. Para pelajar itu dengan penuh minat dan bijaknya mencipta tafsiran sendiri tentang pemandangan menakjubkan kawasan terbabit sebelum menghadiri acara jualan amal bersama para pekerja dari Persatuan Palang Merah bandar Jiujiang. Semua hasil kutipan didermakan kepada penduduk Ya'an, kawasan yang baru sahaja dilanda gempa bumi, bagi menyediakan dana pembinaan semula rumah mereka. Sebilangan besar pelancong turut terlibat dalam acara tersebut.

Li Xianni, seorang pelajar darjah lima dari Sekolah Rendah Binxing Jiujiang, dengan penuh minatnya menyertai acara tersebut selepas mengetahui tentangnya melalui sebuah pengumuman. Datuk nenek Li tinggal di Sichuan sementara ibu bapa Li bekerja di Jiujiang. Li berkata, "Kita sepatutnya menunjukkan kasih sayang terhadap mangsa-mangsa gempa bumi. Saya berharap mereka boleh kekal sihat dan menjalani kehidupan yang baik dengan bantuan yang terbatas ini." Pelancong yang hadir bersaing antara satu sama lain untuk membeli hasil seni dan kemeja T yang dihiasi gambar lukisan tangan para pelajar itu; sesetengah pelancong membeli enam helai setiap seorang. Mereka berkata, "Pemandangan, penduduk dan perasaan tulus ikhlas di Lushan semuanya sangat mengagumkan. Lushan cantik, secantik masyarakatnya yang penyayang."

Hubungi :

Yan Jingwei 
Tel: 150-7928-8180 
Emel: 502748342@qq.com

 

Source: Lushan Tourism Development Co., Ltd.
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Travel Corporate Social Responsibility