omniture

Scoular umum jenama baharu perniagaan serbuk ikannya yang terkemuka: Encompass™

Scoular
2021-09-16 19:33 20

Scoular turut melabur dalam kemudahan serbuk ikan di A.S. dan Myanmar

OMAHA, Nebraska, 16 September 2021 /PRNewswire/ -- Scoular, salah sebuah syarikat pemasaran minyak ikan dan serbuk ikan yang paling pelbagai dan terbesar di dunia, telah melancarkan jenama baharu pada hari Rabu lepas untuk perniagaan serbuk ikannya yang semakin berkembang: Encompass.

"Scoular telah lama menjadi rakan niaga serbuk ikan global terkemuka yang menghubungkan para pembekal dan pelanggan dengan spektrum penuh produk dan perkhidmatan serbuk ikan," kata Steve Dahlblom, Pengurus Produk Makanan Laut Kumpulan Scoular. "Jenama Encompass ini memberikan penyelesaian tersuai, kualiti yang konsisten dan kebolehpercayaan yang dipercayai oleh para pembekal dan pelanggan global kami bahawa Scoular akan menyampaikannya tanpa gangguan."

Scoular menawarkan bekalan protein laut sepanjang tahun yang diperoleh daripada lebih 40 buah negara di seluruh dunia termasuk akses kepada bekalan produk lestari yang luas. Scoular telah terlibat dalam bidang serbuk ikan di peringkat global selama beberapa dekad. Syarikat ini merupakan pengimport serbuk ikan terbesar di Amerika Syarikat dan mempunyai kehadiran yang signifikan di Mexico serta merancang untuk pertumbuhan global yang agresif.

Pertumbuhan dalam industri makanan haiwan kesayangan dan akuakultur telah meningkatkan permintaan untuk serbuk ikan yang memberikan protein boleh cerna serta omega-3 yang berkhasiat daripada pelbagai spesies, kualiti dan negara. Bagi memenuhi permintaan ini, Scoular yang berpangkalan di Omaha sedang mempercepat pertumbuhan perniagaan serbuk ikannya melalui:

  • Pelaburan bersama dua rakan kongsi dalam kemudahan pemprosesan serbuk ikan bernilai $12 juta di Warrenton, Oregon dengan menggunakan kaedah pemprosesan ikan tempatan untuk ditawarkan kepada pengeluar makanan haiwan kesayangan dan akuakultur. Kemudahan ini menjadi pelaburan pengeluaran serbuk ikan yang pertama bagi Scoular di Amerika Syarikat dan dijangka akan dibuka pada musim panas 2022.
  • Pelancaran sebuah kemudahan serbuk ikan di Myanmar pada bulan Oktober 2021. Ia akan menyediakan penghantaran yang berkualiti tinggi, konsisten dan pantas ke pasaran di seluruh Asia. Kemudahan ini merupakan bahagian utama dalam pengembangan Scoular di rantau Asia Pasifik termasuk pengembangan ibu pejabat serantau di Singapura.
  • Pelantikan Chad Gauger baru-baru ini sebagai Pengurus Besar Protein Nilai Pemakanan Tinggi. Gauger mempunyai pengalaman selama 26 tahun termasuk memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Pemakanan Akuakultur Asia Tenggara dan Pengarah Pengurusan Risiko Global untuk Pemakanan Haiwan dengan Cargill.

Untuk maklumat lanjut tentang Encompass, sila klik di sini .

Tentang Scoular

Sebagai sebuah syarikat yang berusia 128 tahun dengan jualan bernilai $6 bilion, Scoular mewujudkan penyelesaian rantaian bekalan yang selamat dan boleh dipercayai kepada pengguna akhir dan pembekal bahan-bahan bijirin, bahan makanan haiwan serta bahan-bahan makanan. Daripada lebih 100 buah pejabat dan kemudahannya di Amerika Utara dan Asia, para pekerja Scoular yang berjumlah lebih 1,000 orang menerajui perjalanan dalam bidang pembelian, penjualan, penyimpanan, pengendalian serta pemprosesan bijirin dan bahan-bahan termasuk pengurusan pengangkutan dan logistik untuk para pelanggan di seluruh dunia. 

Sila Hubungi:                  
Melissa Matczak, Pengurus Kanan, Komunikasi Korporat 
Telefon: 402-344-1325  ·  E-mel: mmatczak@scoular.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1626688/Encompass_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Scoular
Keywords: Agriculture Food/Beverages Transportation Corporate Expansion