omniture

AWE2022 Umum Bakal Diadakan di Shanghai, China Mac Depan

Appliance and Electronics World Expo
2021-09-16 22:33 272

BEIJING, 16 September 2021 /PRNewswire/ -- Pada 2 Ogos 2021, Ekspo Dunia Perkakas & Elektronik 2022 (AWE2022) dilancarkan secara rasmi. Jawatankuasa Penganjur AWE mengumumkan bahawa AWE2022 bakal diadakan mulai 17 hingga 20 Mac 2022 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC). Selepas pelancaran rasmi AWE2022, tugas jemputan dan pameran turut dijalankan dengan cara yang teratur. AWE mengumumkan bahawa berdasarkan kepada pusingan komunikasi pertama antara AWE dan pempamer, kadar tempahan bagi pempamer terdahulu yang mengambil bahagian dalam AWE sebelum ini mencecah lebih daripada 90% dan lebih daripada 70% perusahaan perlu memperluas reruai mereka. Perusahaan dalam bidang-bidang berkaitan iaitu perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna bersemangat untuk mengambil bahagian dalam AWE2022.

Biarpun dengan penangguhan AWE2020 ke tahun 2021 dan juga perubahan tempat ekoran pandemik COVID-19, dunia masih menyaksikan pembukaan besar-besaran dan penutupan sempurna AWE2021. Antara tiga ekspo perkakas rumah dan elektronik pengguna global yang utama, AWE menjadi satu-satunya yang memulakan semula di luar talian selepas pandemik. Kejayaan mengadakan AWE2021 bukan sahaja amat penting demi keyakinan yang lebih tinggi terhadap industri perkakas rumah dan elektronik pengguna, tetapi juga membawa kepada hala tuju pembangunan teknologi dan trend penggunaan industri dalam era pasca-pandemik.

Dengan kawasan pameran berkeluasan 150,000 meter persegi, AWE2021 menghimpunkan lebih daripada 1,000 pempamer jenama dan 350,000 pengunjung. Skala yang belum pernah terjadi sebelum ini menjadikannya ekspo perkakas rumah dan elektronik pengguna yang terbesar di dunia pada tahun 2021. AWE2022 ditetapkan untuk bermula ketika impak AWE2021 masih lagi dapat dirasakan. Dilaporkan bahawa jumlah dewan pameran bagi AWE2022 akan ditambah kepada 14 dengan kawasan paparan berkeluasan lebih daripada 160,000 meter persegi. Ia dijangka akan menggamit lebih daripada 1200 pempamer perusahaan dari dalam dan luar negara serta lebih 400,000 pengunjung.

AWE, dengan visi global dan pengaruh antarabangsa, disokong oleh pasaran perkakas rumah dan produk elektronik pengguna yang sangat besar di China. Ia berperanan sebagai pentas yang terbaik untuk globalisasi perusahaan Cina serta platform yang penting untuk penyetempatan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa. AWE2022 akan terus membuka dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa bagi mencipta nilai yang lebih banyak dan dan lebih tinggi untuk pempamer domestik serta antarabangsa bagi membolehkan penyelesaian rumah pintar membawa manfaat kepada pengguna global.

Source: Appliance and Electronics World Expo
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news