omniture

Design District, Rumah Baharu Kekal Untuk Industri Kreatif Dibuka Di Greenwich Peninsula, London

Greenwich Peninsula
2021-09-16 23:41 1966

Menawarkan Ruang Kerja Inovatif Dan Sewa Berpatutan Bagi Membantu Pertumbuhan Masa Depan Sektor Ekonomi Yang Penting Ini.

LONDON, 16 September 2021 /PRNewswire/ -- Design District, rumah yang dibina khas secara kekal dan pertama di ibu negara UK untuk industri kreatif dibuka pada hari ini. Dibina oleh pembangun penempatan keusahawanan, Knight Dragon, ruang kerja yang luas, inovatif dan amat dinanti-nantikan telah direka untuk memupuk kreativiti dan kerjasama, dengan harga sewa yang berpatutan serta reka bentuk yang bertujuan menyokong sektor kreatif.

Design District on Greenwich Peninsula, London’s first permanent, purpose-built hub for the creative industries, conceived and developed by Knight Dragon, and designed by eight leading architects. Credit: TARAN WILKHU

Menandakan detik penting dalam sejarah sektor kreatif ibu negara ini, ia merupakan kejiranan ketiga di Greenwich Peninsula sebagai landskap baharu yang menyerlah di kota London. Kawasan ini yang terdiri daripada gabungan eklektik 16 buah bangunan berbeza yang direka oleh lapan orang arkitek berwawasan dari seluruh dunia, merupakan sebuah daerah khusus yang bertujuan untuk memelihara dan merangsang inovasi dan perusahaan kreatif yang telah sebati dengan identiti global London selama berabad-abad.

Sebuah ekosistem yang boleh menempatkan 1,800 tenaga kreatif yang merangkumi individu berjaya, syarikat permulaan yang bercita-cita tinggi, perusahaan baharu dan peneraju industri, daerah ini menawarkan sejumlah ruang kerja yang berbeza. Pelbagai perusahaan kreatif, jenama dan individu sudah pun memanggilnya rumah, seperti QUEERCIRCLE, sebuah badan amal LGBTQ+ tidak berkeuntungan, Concept Kicks, sebuah penerbitan dan projek penyelidikan reka bentuk kasut yang diasaskan oleh Daniel Bailey dan Brace Yourself PR, jenama muzik bebas dengan barisan artis yang hebat yang terdiri daripada Manic Street Preachers hingga bakat baharu seperti Bodega.

"Menjadikan seni, budaya dan reka bentuk yang boleh diakses dan inklusif akan sentiasa menjadi fokus kami. Design District merupakan langkah yang menarik dan penting dalam menyokong perniagaan serta individu melalui semua peringkat pertumbuhan yang menyediakan sebuah rumah yang amat diperlukan – pada masa yang penting untuk perkongsian idea, membina hubungan dan inovasi – kesemua perkara ini yang telah terjejas dengan teruk sepanjang 18 bulan yang lalu". Kerri Sibson, Pengarah, Greenwich Peninsula

Design District akan turut menempatkan sebuah destinasi makanan baharu iaitu Canteen yang menawarkan gabungan makanan dan minuman antarabangsa, The Basketball Court, sebuah kawasan atas bumbung untuk bersukan sambil menikmati pemandangan London yang paling ikonik, NOW Gallery, galeri seni di lokasi yang progresif di Peninsula yang telah menganjurkan pelbagai pameran dan kerjasama inovatif selama bertahun-tahun seperti Camille Walala dan Molly Goddard, The Tide, laluan seni awam dan taman tingkat tinggi yang pertama di London yang menampilkan beberapa arca terkenal oleh artis terkemuka di dunia seperti Damien Hirst dan Bureau, kelab ahli baharu di London untuk industri kreatif dan Pejabat 'On/Off' yang pertama di bandar ini bagi memenuhi keperluan dunia baharu rutin kerja yang fleksibel dalam perniagaan.

Dengan kewujudan Design District, ia menjadi gambaran jelas tentang visi Greenwich Peninsula yang kekal bertumpu kepada masa depan dan komited terhadap kreativiti dan inovasi.

NOTA KEPADA EDITOR

TENTANG GREENWICH PENINSULA

Greenwich Peninsula berkembang pesat sebagai landskap moden yang paling menyerlah di ibu negara ini. Ketahui lebih lanjut di sini.

TENTANG DESIGN DISTRICT

Direka dan dibangunkan oleh Knight Dragon, Design District ialah hab kekal pertama yang dibina khas untuk industri kreatif di London. Ketahui lebih lanjut di sini.

TENTANG DESIGN DISTRICT CREATES

Bertepatan dengan acara London Design Festival, pembukaan Design District pada 15 September akan diraikan dengan acara malam pelancaran khas yang disusuli dengan Design District Creates – sebuah program eksklusif yang berlangsung pada 21-23 September dan boleh dihadiri oleh semua orang secara percuma. Ketahui lebih lanjut di sini.

TENTANG KNIGHT DRAGON

Knight Dragon ialah pembangun hartanah dan bandar keusahawanan. Ia membangunkan tempat, membina hartanah dan melabur dalam projek berkaitan yang membawa idea baharu dan menetapkan standard baharu bagi kehidupan bandar. Ketahui lebih lanjut di sini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1626731/Greenwich_Peninsula_1.jpg?p=medium600   
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1626732/Greenwich_Peninsula_2.jpg?p=medium600   
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1626733/Greenwich_Peninsula_3.jpg?p=medium600

Design District on Greenwich Peninsula, London’s first permanent, purpose-built hub for the creative industries, conceived and developed by Knight Dragon, and designed by eight leading architects. Credit: TARAN WILKHU
Design District on Greenwich Peninsula, London’s first permanent, purpose-built hub for the creative industries, conceived and developed by Knight Dragon, and designed by eight leading architects. Credit: TARAN WILKHU

Design District on Greenwich Peninsula, London’s first permanent, purpose-built hub for the creative industries, conceived and developed by Knight Dragon, and designed by eight leading architects. Credit: TARAN WILKHU
Design District on Greenwich Peninsula, London’s first permanent, purpose-built hub for the creative industries, conceived and developed by Knight Dragon, and designed by eight leading architects. Credit: TARAN WILKHU

Source: Greenwich Peninsula
Keywords: Art Commercial Real Estate Entertainment Overseas Real Estate (non-US) Real Estate New products/services