omniture

Loji PV Terapung Terbesar Thailand dengan Penyelesaian PV dan Terapung Sungrow Mula Beroperasi

Sungrow Power Supply Co., Ltd.
2021-09-17 20:35 221

BANGKOK, 17 September 2021 /PRNewswire/ -- Sungrow, pembekal penyelesaian penyongsang terkemuka global untuk tenaga boleh diperbaharui, menyatakan bahawa Syarikat ini membekalkan penyelesaian penyongsang PV mahupun penyelesaian terapung kepada loji PV hidro-terapung yang terbesar di Thailand, bagi mendorong peralihan negara ini kepada ekonomi karbon yang lebih rendah.

Loji PV Terapung 58.5MW dengan Penyelesaian PV dan Terapung Sungrow
Loji PV Terapung 58.5MW dengan Penyelesaian PV dan Terapung Sungrow

Loji tersebut, yang menempati kawasan seluas 121 hektar, terletak di permukaan sebuah empangan di wilayah timur laut Ubon Ratchathani dan disambungkan ke grid pada September 2021. Ia dapat mencecah kapasiti 58.5MW.

Sungrow membekalkan penyelesaian penyongsang PV SG3400HV yang mencecah tahap C5 anti-karat. Hadir bersama kotak gabungan tahap perlindungan IP67, penyelesaian ini terbukti berdaya tahan dalam keadaan takungan yang mencabar. Dioptimumkan untuk loji PV berskala besar, penyelesaian ini memberi hasil yang tinggi dengan kecekapan penyongsang maksimum 99%. Di samping itu, penyelesaian ini memastikan kos pengangkutan serta pemasangan yang rendah lantaran reka bentuk bekasnya yang standard. Ia bergantung pada pemantauan zon bersepadu untuk analisis dan penyelesaian masalah dalam talian.

Di samping itu, Sungrow menyampaikan penyelesaian sistem PV terapung termasuk badan terapung. Produk-produk yang diperakui ini memenuhi standard kualiti air serta keperluan antarabangsa yang tinggi. Sungrow menjamin kesan negatif minimum ke atas flora dan fauna tasik ekoran platform pembinaan kecil boleh alih. Loji PV terapung lain yang dibekalkan oleh Sungrow di Thailand termasuk loji PV terapung 12.5MW di takungan perindustrian di wilayah Rayong dan empat loji PV terapung yang berjumlah 15MW di wilayah Suphanburi. Sebagai pembekal sistem PV terapung yang terkemuka di dunia, Sungrow kekal sebagai peneraju bahagian pasaran No.1 selama tiga tahun berturut-turut.

Sebelum ini, Thailand bergantung pada arang batu untuk tenaga elektrik; namun demikian, negara ini bercita-cita tinggi untuk menghasilkan 35% tenaganya daripada sumber bahan api bukan fosil menjelang tahun 2037, menurut rancangan pembangunan kuasa yang dikemas kini (PDP 2018-2037). Menerusi pasukan tempatan yang komprehensif dan profesional serta kapasiti penyampaian yang mantap biarpun dengan pandemik ini, Sungrow bersedia untuk menawarkan portfolio produk yang canggih untuk memudahkan peralihan tenaga boleh diperbaharui Thailand.

Latar Belakang Sungrow

Sungrow Power Supply Co., Ltd. ("Sungrow") ialah jenama penyongsang yang paling andal di dunia dengan lebih 182 GW dipasang di seluruh dunia setakat Jun 2021. Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Profesor Universiti Cao Renxian, Sungrow merupakan peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan penyongsang solar, bersama pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berdedikasi yang terbesar dalam industri ini dan portfolio produk yang luas yang menawarkan penyelesaian penyongsang PV dan sistem penyimpanan tenaga untuk aplikasi skala utiliti, komersial & industri dan kediaman serta penyelesaian loji PV terapung yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dengan rekod prestasi yang mantap selama 24 tahun dalam bidang PV, produk Sungrow memberi kuasa kepada pemasangan di lebih 150 negara. Ketahui lebih lanjut mengenai Sungrow dengan mengunjungi: www.sungrowpower.com.

Source: Sungrow Power Supply Co., Ltd.
Keywords: Oil/Energy Utilities