Para peserta Sidang Kemuncak SAFe Global 2021 dalam talian akan mengetahui bagaimana salah seorang pembuat kenderaan paling ikonik di dunia mentafsirkan semula kereta sport masa depan dan mengubahnya menjadi model pendahulu digital yang pertama dengan SAFe
BOULDER, Colorado, 17 September 2021 /PRNewswire/ -- Scaled Agile, Inc., penyedia SAFe®, kerangka kerja ketangkasan perniagaan yang terkemuka di dunia, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa dua eksekutif Porsche akan menjadi penceramah ucaptama pelanggan untuk Sidang Kemuncak SAFe Global 2021 dalam talian.
Dalam ucaptama mereka iaitu Merancang Masa Depan Digital di Porsche, Mattias Ulbrich, Ketua Pegawai Maklumat Porsche AG merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Porsche Digital dan Dr. Oliver Seifert, Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan Elektrik/Elektronik Porsche AG, menyertai Ketua Pegawai Pemasaran Scaled Agile, Michael Clarkin untuk perbincangan yang telus tentang perjalanan transformasi digital mereka.
Dengan memberi tumpuan kepada menjadikan kereta sport mereka sebagai elemen utama gaya hidup pembeli melalui pendigitalan, kesalinghubungan dan elektromobiliti, mereka akan membincangkan tentang cara Porsche bergerak dengan pantas untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka yang semakin berkembang, cara mereka memanfaatkan SAFe dan cara dunia kejuruteraan kenderaan dan IT dapat bersatu untuk mentafsirkan semula kereta sport masa depan.
Kisah Porsche kemudian diteruskan lagi dalam program itu dengan Jan Burchhardt, Pengarah Transformasi Digital dan Alena Keck, Pengurus Kanan dan jurulatih 'lean-agile' perusahaan. Burchhardt dan Keck akan membentangkan, Driven by Dreams: The Porsche Lean-Agile Transformation Journey, dengan menerangkan tentang pembinaan Organisasi Produk Digital Porsche, berkongsi faktor kejayaan yang penting dan menjelaskan mengapa program utama transformasi iaitu "Porsche Takt" adalah penting untuk perjalanan mereka.
Acara selama dua hari itu—yang akan diadakan dalam talian pada 27 September hingga 1 Oktober 2021, dalam tiga zon masa—mewakili perhimpunan para profesional SAFe dan pemimpin pakar industri yang terbesar di dunia yang memberi tumpuan kepada pemecutan transformasi digital dan persaingan dalam pasaran yang sedang berkembang pesat.
Pendaftaran merangkumi kedua-dua akses acara secara langsung dan akses atas permintaan selama 60 hari. Butiran dan agenda lengkapnya boleh didapati di global.safesummit.com.
Tentang Scaled Agile, Inc.:
Scaled Agile, Inc., ialah penyedia SAFe®, rangka kerja untuk ketangkasan perniagaan yang terkemuka di dunia. Melalui pembelajaran dan pensijilan, sebuah rangkaian rakan kongsi global dan komuniti yang semakin berkembang dengan lebih 800,000 profesional terlatih, Scaled Agile membantu perusahaan membina ketangkasan ke dalam budaya mereka supaya mereka dapat mengenal pasti dan memberikan nilai pelanggan, memanfaatkan peluang baharu dan meningkatkan hasil perniagaan dengan cepat. Ketahui lebih lanjut di scaledagile.com.
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1627956/SAFe_SUMMIT21_Porsche.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1627874/Scaled_Agile_SAFE_Summit_Online_2021.jpg?p=medium600