SINGAPURA, 20 September 2021 /PRNewswire/ -- Terumo, peneraju global dalam teknologi perubatan, meraikan ulang tahun ke seratusnya di Asia. Dengan permulaan yang kecil sebagai pengeluar termometer dalam tahun 1921, dan syarikat pertama dalam tahun 1963 untuk mencipta picagari pakai buang di Jepun, syarikat ini telah menyediakan penyelesaian perubatan untuk komuniti penjagaan kesihatan dan produk berkualiti untuk pesakit.
Terumo Asia Holdings ditubuhkan sebagai anak syarikat Terumo Corporation dalam tahun 2012. Anak syarikat ini mengawasi 14 entiti Asia di 9 negara.
Ditempa, diuji dan bersedia untuk 100 tahun akan datang
Semasa pandemik, Terumo Asia Holdings memainkan peranan penting dalam menyokong pengembangan inisiatif yang diperlukan oleh sistem perubatan kerajaan dan komuniti penjagaan kesihatan dengan membawakan terapi yang memberi tumpuan kepada COVID-19, mendirikan pusat terapi plasma, membina tapak projek, protokol, menyokong aktiviti penyahjangkitan, dan memulakan dialog antara para doktor di seluruh Asia.
Probis Das, Pengerusi dan Pengarah Urusan, Terumo Asia Holdings berkata: "Pandemik ini merupakan ujian kepada ketahanan organisasi kami yang kami telah kami lalui dengan cemerlang. Kami beruntung memiliki pekerja yang berbakat di seluruh dunia, beserta dengan saluran dan rakan kongsi perniagaan yang hebat, yang bekerja setiap hari untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami dan memajukan usaha kami dalam industri penjagaan kesihatan. Mentaliti Terumo ialah untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami dan mengukuhkan komuniti melalui inovasi produk berkualiti tinggi."
Tatkala negara-negara beralih kepada strategi endemik, Terumo akan memperluaskan impaknya melalui automasi dan penyepaduan digital dengan sistem maklumat hospital dan meningkatkan penyampaian penjagaan kesihatan.
Mencapai momentum ke hadapan melalui keraian kami di Asia
Semasa tahun keseratusnya, Terumo Asia Holdings memberikan semula kepada komuniti di mana Associates berada. Ini termasuk '100 jam CSR', yang menggalakkan Associates menyumbang melalui cara yang mereka minati; dan 'Tanam Sepohon Pokok', yang membantu mengindahkan persekitaran luar, dan meningkatkan ruang hijau.
Dengan tema "Maju Ke Hadapan", Terumo Asia Holdings meraikan ulang tahun ke-100 dengan 9 pengaktifan berbeza dalam tempoh 7 tahun, yang memuncak dengan pencapaian Gelaran REKOD DUNIA GUINNESS.
Dalam percubaan pertama seumpamanya, Terumo Asia Holdings mencapai gelaran tersebut dengan lebih 500 orang di seluruh Asia menyertai dalam 'video dalam talian rantaian orang ramai menghulur dan menggunakan termometer yang terbesar'.
En Das berkata: "Mencapai pencapaian 100 tahun pertama kami adalah memuaskan dan membuktikan bahawa misi kami adalah masih kekal seperti pada permulaan. Gelaran Rekod Dunia Guinness yang dicapai oleh Associates kami dan termometer adalah simbolik kepada penubuhan kami dalam tahun 1921 sambil menunjukkan tanggungjawab sosial sewaktu pandemik ini. Dengan keraian ini, kami mengukuhkan komitmen terhadap misi kami dan tetap tidak gentar dalam menyokong komuniti penjagaan kesihatan."
Petikan tambahan:
Akaike Toshiyuki, Presiden, Terumo Philippines Corporation:
"Ini ialah pencapaian hebat yang dicapai. Nilai teras kami beserta dengan budaya kebersamaan kami akan menyaksikan kami mencapai lebih lagi tatkala kami menyasarkan 100 tahun akan datang!"
Florian Deichmann, Pengarah Besar, Terumo Blood and Cell Technologies Vietnam Co. Ltd:
"Kejayaan Terumo dikaitkan dengan kemampuan kami untuk memenuhi permintaan pelbagai budaya dan negara. Kami teruja tentang masa depan kami, dan apa yang akan kami lakukan dalam 100 tahun akan datang!"
Takumi Uchida, Pengarah Besar, Terumo Vietnam Co. Ltd
"Misi bersama kami untuk menyumbang kepada masyarakat melalui penjagaan kesihatan telah melayani kami dengan baik sebagai satu matlamat. Momentum ke hadapan kami terus berkembang dengan penyediaan idea, inovasi dan kualiti untuk komuniti penjagaan kesihatan."
Latar Belakang Terumo
Terumo ialah peneraju global dalam teknologi perubatan dan sentiasa komited untuk "Menyumbang kepada Masyarakat melalui Penjagaan Kesihatan" selama 100 tahun. Beribu pejabat di Tokyo dan beroperasi di seluruh dunia, Terumo menggaji lebih daripada 25,000 rakan sekutu di seluruh dunia untuk menyediakan penyelesaian perubatan inovatif di lebih daripada 160 negara dan wilayah. Syarikat ini bermula sebagai pengeluar termometer Jepun dan sejak itu telah menyokong penjagaan kesihatan. Kini, portfolio perniagaan meluasnya terdiri daripada penyelesaian intervensi vaskular dan pembedahan kardio, transfusi darah dan teknologi terapi sel, ke produk perubatan yang penting untuk amalan klinikal harian seperti sistem transfusi, penjagaan diabetes, dan rawatan dialisis peritoneal. Terumo akan terus berusaha untuk memberikan nilai kepada pesakit, profesional perubatan, dan masyarakat secara umumnya.