omniture

e.GO Mobile Membuka Kedai Jenama Ikonik di Hamburg, Bandar Kedua Terbesar di Jerman

e.GO Mobile
2021-09-20 14:00 57

Kedai jenama yang baharu ini terletak di pinggir Jungfernstieg - salah satu destinasi beli-belah yang paling terkenal di Hamburg.  

Kedai ini menggabungkan pusat pengalaman pelanggan, jualan, pandu uji dan sokongan pelanggan yang inovatif.

Majlis pelancarannya berbetulan dengan acara Kejuaraan Triathlon terbesar di Dunia di Hamburg.

AACHEN, Jerman, 20 September 2021 /PRNewswire/ -- Berikutan permulaan pengeluaran dan pelancaran jualan seluruh negaranya yang mencapai kejayaan, Next.e.GO Mobile SE, pengeluar Kenderaan Elektrik (EV) bebas di Jerman, mempercepat pembukaan Kedai Jenama ini. Selepas pelancaran sulung kedai jenama pertama ini di Dusseldorf pada awal September, e.GO tiba di Hamburg ketika siri Kejuaraan Triathlon terbesar di Dunia ini sedang berlangsung. Kedai jenama e.GO Hamburg ini terletak di pinggir Jungfernstieg di salah satu jalan beli-belah yang paling eksklusif di bandar ini iaitu Große Bleichen 10. Kawasan ini telah pun popular dalam kalangan komuniti Hamburg, kerana sebelum ini ia menempatkan syarikat kereta elektrik bebas dari Atlantik yang merupakan perintis di dunia. 

 

Opening of an iconic e.GO Brand Store in Hamburg, Germany
Opening of an iconic e.GO Brand Store in Hamburg, Germany

 

Di dalam kedai jenama e.GO ini, para pelawat boleh melihat-lihat sendiri kenderaan secara dekat dan meninjau teknologi pengeluarannya yang canggih, unsur reka bentuk yang unik serta ciri-ciri pintarnya. Para pelanggan juga boleh memandu uji dan terus menempah kenderaan tersebut. Syarikat ini merancang untuk membuka kedai jenama baharunya di bandar-bandar lain di Eropah dengan lokasi seterusnya di Milan, Athens dan Dubai.

Selain memulakan kempen global syarikat iaitu "The Time Is Now", pembukaan kedai jenama ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan e.GO demi memacu transformasi yang amat diperlukan dalam e-mobiliti bandar dengan menawarkan kereta elektrik yang lestari, tahan lama dan mampu milik yang juga unik dari pelbagai aspek.

"Kami gembira dapat membawakan e.GO ke bandar Hamburg yang indah. Sebuah bandar metropolitan yang menerajui transformasi dan komuniti bandar yang mesra dan meriah dengan ucapan selamatnya yang bukan hanya mengalu-alukan kedatangan kapal-kapal yang tiba di pelabuhan malah perubahan ke arah mobiliti bebas pelepasan yang amat diperlukan," kata Ali Vezvaei, Pengerusi Lembaga Pengarah Next.e.GO Mobile SE.

Memacu penerimagunaan dalam persekitaran bandar 

Mampu milik, mudah digunakan dan kitaran hayat yang lestari menjadi perkara utama yang mendorong penerimagunaan mobiliti elektrik dalam persekitaran bandar yang semakin berkembang. e.GO menawarkan semua ini. Kerangka ruang aluminium yang kukuh dan badan luar polimer yang sangat tahan lama memberi kitaran hayat yang lebih panjang serta jumlah kos pemilikan e.GO Life yang lebih rendah. Ciri pertukaran bateri pintar yang pertama seumpamanya untuk kereta elektrik bandar ini memberikan pengalaman yang berbeza dan memudahkan pengguna di samping mempertingkat jejak ekologi e.GO berbanding pelbagai pilihan lain di pasaran. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1627800/eGO_Mobile_Hamburg.jpg?p=medium600

Source: e.GO Mobile
Keywords: Alternative Energies Auto Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories Transportation Utilities Corporate Expansion Corporate Social Responsibility New products/services