omniture

Jalan Menuju LCOE Terbaik (IV)

Trina Solar Co., Ltd
2021-09-21 04:10 178

Kajian I Fraunhofer ISE: LCOE 670W Vertex dikurangkan sebanyak 7.4%, modul mono-muka 210 Trina Solar dengan condong tetap menunjukkan nilai sistem yang cemerlang

CHANGZHOU, China, 21 September 2021  /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Fraunhofer ISE, institusi solar yang terkemuka di dunia telah menyiapkan penilaian CAPEX dan LCOE untuk modul kuasa ultra-tinggi generasi baharu 210mm (G12) daripada Trina Solar dan siri 182mm (M10) daripada pengeluar-pengeluar lain.

Ditubuhkan pada tahun 1981, Fraunhofer ISE ialah institut penyelidikan solar yang terbesar di Eropah. Berpangkalan di Freiburg, Jerman, ia merupakan entiti konstituen Fraunhofer-Gesellschaft, organisasi penyelidikan gunaan yang terkemuka di dunia.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa modul-modul 210mm (G12) dan 182mm (M10) generasi baharu menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding modul 166mms (M6) konvensional baik dari segi CAPEX mahupun LCOE, G12 menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding M10 dan M10 menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding M6. CAPEX Vertex G12 670W adalah 4.2% lebih rendah berbanding modul M10 540W manakala LCOE adalah 4.1% lebih rendah berbanding yang kedua. LCOE Vertex G12 670W adalah 4.5% lebih rendah berbanding modul M10 585W dan mencecah sehingga 7.4% lebih rendah berbanding modul M6 455W.

Keputusan: 

1. Modul Vertex G12 mempunyai CAPEX dan LCOE yang terbaik. Berbanding dengan modul M10, modul-modul G12 600W dan 670W menunjukkan prestasi yang sangat baik, mengurangkan CAPEX sehingga 1.5-2 €cWp dan LCOE sehingga 3-4.5%. Berbanding dengan modul M6, LCOE dapat dikurangkan sebanyak 6.5%-7.4%

Rajah I: Keputusan pengiraan CAPEX
Rajah I: Keputusan pengiraan CAPEX

 

Rajah II: Keputusan pengiraan LCOE
Rajah II: Keputusan pengiraan LCOE

2. Lantaran penjimatan pada sistem lekapan condong tetap, modul-modul G12 600W dan 670W memiliki penjimatan sekitar 0.5~1€c/Wp atau 11% berbanding dengan siri M10.

3. Hasil daripada reka bentuk inovatif kuasa voltan rendah dan rentetan tinggi, modul-modul 210mm 550W, 600W dan 670W memiliki penjimatan kos sistem elektrik iaitu sehingga kira-kira 14.1~21.4% berbanding dengan siri M6.

4. Kos pengangkutan yang lebih rendah menyumbang kepada prestasi unggul modul-modul G12 600W dan 670W. Dalam bekas 40-kaki yang sama, kuasa modul-modul G12 600W dan 670W yang boleh dimuatkan dapat ditingkatkan kira-kira sebanyak 12%.

Rajah III: Perbandingan item daripada keputusan kajian CAPEX
Rajah III: Perbandingan item daripada keputusan kajian CAPEX

Dalam era pariti grid, siri modul Vertex 210mm yang canggih memiliki kelebihan yang terkemuka bagi Penyamarataan Kos Tenaga (LCOE).

Tapak penilaian: Jerman

Kaedah pemasangan: Condong-tetap (landskap)

Penyongsang: penyongsang rentetan

Kuasa Modul [W] 

455

540

550

590

605

665

Jenis Sel

M6 

M10 

G12 

M10 

G12 

G12 

Saiz Modul [mm]

2102 x 1040

2256 x 1133

2384 x 1096

2411 x 1134

2172 x 1303

2384 x 1303








Penyongsang

SUN2000-215KTL-H0 / SUN2000-215KTL-H3

Modul/Rentetan

28

28

37

26

34

31

Rentetan/Penyongsang

19

16

12

16

12

12

Kuasa rentetan [kW]

12.74

15.12

20.35

15.34

20.57

20.62








Nisbah DC/AC

1.14

1.13

1.15

1.14

1.15

1.15

Pic [m]

6.03

6.56

6.35

6.56

7.53

7.53

Condong [°]

20°

Sudut teduhan [°]

35°

GCR

54.8%








Kapasiti DC [kW]

9,924

9,919

10,012

10,063

10,120

10,143

Kapasiti AC [kW]

8,815

Nombor modul

21,812

18,368

18,204

17,056

16,728

15,252

Nombor penyongsang

41









Rajah IV: Parameter penilaian  

Klik untuk muat turun PPT Fraunhofer ISE untuk ujian modul Vertex:

https://pages.trinasolar.com/GLB-PV-tech.html

Tiga pusingan penilaian siri Vertex Trina Solar oleh DNV GL, sebuah organisasi pihak ketiga antarabangsa yang terkemuka.

Jalan Menuju LCOE Terbaik (I)

https://mgr.trinasolar.com/en-glb/resources/newsroom/mathe-way-best-lcoe-i-%E2%80%93-system-value-assessment-trina-600w-vertex-bifacial-dual

Jalan Menuju LCOE Terbaik (II)

https://mgr.trinasolar.com/en-glb/resources/newsroom/mathe-way-best-lcoe-ii

Jalan Menuju LCOE Terbaik (III)

https://mgr.trinasolar.com/en-glb/resources/newsroom/mabos-costs-reduced-63-dnv-gl-report-trina-solar-vertex-210mm-modules%E2%80%99-advantages

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi wakil-wakil jualan tempatan Trina Solar. Atau Emelkan kepada: VertexValue@Trinasolar.com 

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research