ASTANA, Kazakhstan, 5 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Kelab Sukan Profesional Presiden "Astana" diperkenalkan secara rasmi di Astana pada 4 Julai.
Untuk menonton Siaran Berita Multimedia, sila tekan:
http://www.multivu.com/mnr/61939-new-astana-presidential-professional-sports-club
Dibentuk menjelang akhir tahun 2012, Kelab Presiden "Astana" mempertemukan kelab sukan Kazakhstan yang terbaik di bawah jenamanya sendiri -- Pasukan Pelumba Basikal Profesional yang bertaraf dunia "Pro Team Astana", Kelab-kelab Bola Keranjang dan Bola Sepak, Kelab Super Hoki "Barys", pasukan pelumba rali Dakar "Astana Dakar Team", para peninju "Astana Arlans", pasukan-pasukan polo air dan polo kuda, sebuah projek unik pembangunan perlawanan gusti kebangsaan "Kazakhstan Barys". Ilya Ilyin, jaguh dua kali acara angkat berat Olimpik dan Denis Ten, pemenang pingat kejuaraan luncur ais berbunga dunia juga membuat persembahan atas nama Kelab Profesional "Astana".
PPSK "Astana" merupakan persatuan moden yang mempertemukan arah aliran terkini dalam bidang persatuan pengurusan sukan, yang direka khas untuk memperkukuh sokongan awam terhadap sukan dan imej positif Kazakhstan di mata dunia. Terdapat banyak contoh kelab sukan pelbagai fungsi yang berjaya di dunia. Memadailah untuk mengenangkan gergasi sukan seperti Real Madrid, CSKA Moscow dan Barcelona.
Itulah sebabnya acara ini dihadiri pemain bola sepak Portugis legenda bernama Luis Figo, pemain terbaik di dunia menurut FIFA (2001), yang telah bermain untuk kelab-kelab seperti "Barcelona" dan "Real Madrid" dan penjaga gol bola sepak Jerman yang terkemuka daripada "Bayern Munich", Oliver Kahn.
Luis Figo menyatakan keyakinannya bahawa Kelab itu akan menyediakan galakan yang sangat kuat bagi pembangunan sukan di Kazakhstan.
Mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli Kelab Presiden "Astana", Oliver Kahn menasihatkan para atlit: "Berjuang dengan sepenuh jiwa dan raga anda dalam setiap perlawanan, itulah caranya piala-piala dimenangi. Ingatlah bahawa setiap kemenangan anda -- satu keseronokan buat penyokong-penyokong anda."
Seperti ucapan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev: "Projek ini disokong oleh peneraju pakar dunia dalam bidang rundingan sukan dan akan dibangunkan pada masa hadapan melalui kerjasama dengan mereka."
Tambahan pula, Ketua Eksekutif Payne Sports Media Strategies SA, yang juga mantan Pengarah Pemasaran Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Michael Payne, benar-benar menghargai daya usaha ini dan bersetuju menimbangkan kemungkinan kerjasama pembangunannya di arena antarabangsa.
Atlit-atlit Kelab "Astana" juga menerima ucapan tahniah daripada legenda dunia hoki, penyerang pasukan Kelab NHL "Washington Capitals", Alexander Ovechkin. Menurut beliau: "Sokongan kerajaan kepada pembangunan sukan adalah sangat penting. Kestabilan kewangan meningkatkan kekuatan dan ketaksandaran Kelab ini dan akan membantu Kelab Presiden "Astana" memegang panji kemenangan di masa hadapan."
Ketika acara itu berlangsung, Presiden Republik Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev telah dianugerahkan gelaran Presiden Kehormat bagi Kelab "Astana" sebagai perancang Kelab ini.
Lebih 30 jaguh Olimpik Kazakhstan, bintang sukan dunia, pengurus dan penaung kelab-kelab sukan yang terkenal di dunia, pucuk pimpinan negara itu menjadi peserta dan tetamu upacara perkenalan ini.
Hubungi:
Dr. Aidar Makhmetov
Pengurus Besar Kelab Sukan Profesional Presiden "Astana"
T: +7-7172-55-40-99
Emel: a.makhmetov@s-k.kz
Sumber: Kelab Sukan Profesional Presiden Astana