SINGAPURA, 21 September 2021 /PRNewswire/ -- Platform Pengangkutan Digital Asia Selatan yang terkemuka, Ezyhaul, hari ini mengumumkan bahawa bersama-sama Deutsche Post DHL, ia melabur sebanyak US$ 20 juta dalam syarikat pemula teknologi yang berpangkalan di UK, Digihaul.
DigiHaul menghubungkan penghantar dengan pengangkut yang berkelayakan melalui platform pengangkutan digital yang lancar bagi membantu mengatasi beberapa cabaran terbesar dalam industri rantaian bekalan. Telahpun membangunkan salah satu rangkaian pengangkut yang terbesar di UK, DigiHaul menyediakan penghantar dengan akses segera kepada kapasiti di seluruh UK dengan harga pendahuluan dan memberi peluang kepada pengangkut untuk mendapat tugas baharu, lalu membolehkannya berkembang atau mengoptimumkan operasi mereka dengan laluan serta beban balik yang baharu.
"Ini merupakan satu peluang yang hebat buat kami. Kami berasa amat gembira dengan pelaburan serta sokongan padu daripada peneraju industri seperti DHL dan Ezyhaul. Ia merupakan satu pengiktirafan yang jelas bahawa kami berada di laluan yang betul dan mendapat peluang sebenar untuk mentransformasikan dan memodenkan industri pengangkutan UK," kata Martin Willmor, ketua pegawai eksekutif (CEO) Digihaul.
"Kami dirancang untuk menyediakan kesederhanaan dan kemudahan yang diharapkan oleh pengguna daripada perkhidmatan digital. Tiada alasan mengapa pengurusan pengangkutan perlu memakan masa dan rumit."
Pasaran UK sedang menghadapi masalah kekurangan pemandu yang kritikal dan dalam masa yang sama kira-kira 20% trak di jalan raya beroperasi tanpa muatan. DigiHaul bermatlamat untuk menangani cabaran ini di peringkat negara dengan menyediakan platform untuk mengoptimumkan jaringan pengangkutan UK.
DigiHaul menawarkan platform digital yang ringkas, pantas dan telus yang dapat menggantikan proses mengurus pelbagai subkontraktor secara manual serta memakan masa, meminta maklumat mengenai sebut harga, kertas kerja fizikal dan bil. Penghantar dapat menempah muatan melalui DigiHaul hanya dengan beberapa klik, mengurus dokumentasi dan bayaran secara setempat dan mengesan penghantaran dalam seluruh perjalanannya. Sementara itu, penghantar boleh melog masuk ke aplikasi untuk mendapatkan tugas yang mereka mahukan dengan cepat dan membuat invois secara automatik.
Pelaburan daripada Ezyhaul dan DHL ini menunjukkan komitmen oleh kedua-dua perniagaan ini untuk menyediakan pendigitalisan rantaian. Baik Ezyhaul mahupun DHL akan mendapat bahagian dalam DigiHaul dan pelaburan ini akan digunakan untuk menyokong rancangan pertumbuhan yang bercita-cita tinggi melalui pemerolehan pelanggan serta pengangkut.
Raymond Gillon, Ketua Pegawai Eksekutif Ezyhaul, berkata: "Kami amat teruja dengan peluang untuk melabur dalam Digihaul. Pasukan berkenaan menunjukkan keupayaan mereka dalam memperluas penyelesaian dengan pesat di UK, berkembang 20 kali ganda sejak awal tahun ini. Dengan memanfaatkan teknologi dan pengalaman Ezyhaul digabungkan dengan rangkaian dan kepakaran DHL, Digihaul sudah pastinya akan menduduki kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran UK dalam masa terdekat dan akan mendorong perubahan yang positif baik untuk penghantar mahupun pengangkut."
Oscar de Bok, Ketua Pegawai Eksekutif, Rantaian Bekalan DHL, berkata: "DigiHaul ialah contoh yang sangat baik bagi penyelesaian berpandukan data untuk masalah dunia sebenar yang melibatkan operasi tanpa muatan dan kekangan rangkaian untuk penghantar. Pendigitalisan proses ini telah lama tertangguh. Dengan mewujudkan rangkaian negara, industri pengangkutan dapat mula beroperasi dengan lebih cekap."
Ketika ini, DigiHaul mempunyai pangkalan dengan 700 pembawa dan mengurus lebih 2000 penghantaran seminggu, lebih 100,000 penghantaran setahun daripada industri-industri termasuk FMCG, peruncitan dan pembuatan.
Latar Belakang Ezyhaul
Ezyhaul ialah platform pengangkutan jalan digital yang terbesar di Asia Selatan yang memberi tumpuan untuk memudahkan dan mentransformasikan logistik. Ezyhaul memberi akses kapasiti segera kepada penghantar dengan harga yang telus serta menyediakan peluang kepada pengangkut untuk mencari tugas baharu bagi membolehkan mereka berkembang atau mengoptimumkan operasi mereka. Ezyhaul menghapuskan usaha manual serta kerumitan tempahan pengangkutan dengan perkhidmatan dalam talian yang diurus sepenuhnya yang mudah, pantas dan andal. Beribu pejabat di Singapura, ketika ini Ezyhaul beroperasi di India, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand.
Untuk maklumat lanjut:
Raymond Gillon, Ketua Pegawai Eksekutif, Ezyhaul
E: r.gillon@ezyhaul.com
M: +60-10-982-2040