omniture

BeNext, sebuah Platform Pembelajaran Digital Berasaskan Kohort untuk Komuniti HR, kini menawarkan kursus-kursus dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol

BeNext
2021-09-21 13:45 52

Kursus berasaskan kohort (CBC) muncul sebagai kaedah yang amat berkesan untuk pembelajaran digital bagi meningkatkan pengekalan dan penglibatan untuk kesan dan akauntabiliti yang lebih tinggi.

-  BeNext yang meraikan ulang tahun pertamanya sejak dilancarkan, telah menganugerahkan pentauliahan HRCI kepada lebih 4,000 orang pelajar daripada 800 buah organisasi.

18 buah program dikendalikan pada setiap suku tahun yang dibimbing oleh lebih 86 tenaga pengajar pakar daripada 12 buah negara yang berlainan.

-  Semua program berlangsung selama 5 minggu dan kini ditawarkan dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol.

-  Para pelajar adalah daripada syarikat-syarikat global termasuk PepsiCo, Scandinavian Airlines, Diageo, Deutsche Bank, GE, Lego,TataSteel, Maybank, Harley Davidson, OCBC dan NTUC.

-  Kadar penamatan program ini ialah sebanyak 96% dan pelajar ulangan sebanyak 27%

SINGAPURA, 21 September 2021 /PRNewswire/ -- Ketika dunia mengalami salah satu masa yang paling sukar pada abad ini, komuniti Sumber Manusia telah menjadi peneraju bagi menyelesaikan krisis kemanusiaan ini. BeNext telah dilancarkan pada bulan Jun 2020 untuk menangani keperluan pembangunan fungsi HR dan mempercepat transformasinya.

BeNext Certification Landing Page
BeNext Certification Landing Page

BeNext ialah platform pembelajaran digital berasaskan kohort proprietari yang menawarkan program selama lima minggu yang menggabungkan pengalaman secara langsung dan tidak segerak untuk kumpulan rakan sejawatan yang tertutup. BeNext menawarkan pembangunan kemahiran aktif dalam masa nyata dengan pemahaman dan tugasan yang praktikal serta telah mentauliahkan lebih 4,000 orang profesional daripada 32 buah negara.

Bermula pada bulan Julai 2021, platform BeNext akan tersedia dalam bahasa Inggeris dan juga Sepanyol. "Tahun pertama sejak kami dilancarkan telah menjadi pembuka mata yang menakjubkan tentang komuniti, pembangunan dan transformasi yang begitu saling berkait," jelas Prakash Shahi, Ketua Produk BeNext. "Kami kini ingin menawarkan pengalaman BeNext kepada para pemimpin HR di negara-negara yang bertutur dalam bahasa Sepanyol."

Program BeNext melaksanakan pembelajaran dua hala yang memastikan peserta dan tenaga pengajar pakar bertanggungjawab. Tambahan pula, fokus pengalaman ini bukanlah kandungan yang pasif tetapi hasil yang aktif, langsung dan praktikal serta membawa kepada komuniti peserta dalam ikatan kohort dan mewujudkan hubungan yang berkekalan yang menjadikan pengalaman pembelajaran sosial, pelbagai serta menyeronokkan. Inilah yang menyebabkan BeNext berjaya dalam tahun pertama operasinya dan bersedia untuk menguasai bahagian pasaran yang lebih besar dengan menawarkan program pelbagai bahasa.

Kursus BeNext menonjol disebabkan gabungan pengalamannya yang secara langsung dan tidak segerak serta struktur kohort yang dipacu komuniti. Menyentuh tentang reka bentuk program ini, Kristin Strunk, Pengarah Pengalaman Pekerja & Bakat, Harley Davidson (AS) berkata, "Pengalaman BeNext telah membolehkan saya belajar daripada pemimpin pakar global. Platform dan reka bentuk program ini menghasilkan pembelajaran yang mudah dan berharga. Program ini telah menyebabkan saya menilai semula cara saya berfikir tentang kerja dan membantu saya membuat perubahan dalam pasukan saya. Saya amat suka menyertai komuniti dalam talian dan hasil yang kami lakukan sebagai sebahagian daripada program ini. Saya rasa apabila saya menyelesaikan program ini, saya mempunyai sesuatu yang nyata untuk dikongsi dalam organisasi saya dan melaksanakannya."

Struktur program selama 5 minggu yang dipacu oleh komuniti ini menjadikan pelajar benar-benar memberi tumpuan kepada kesan terhadap perniagaan dan hasilnya. "Selepas program BeNext, kami bereksperimen dengan jadual pelaporan baharu untuk pasukan teragih; eksperimen ini telah membantu organisasi kami mengurangkan aduan sebanyak 34%. Kami mempelajari daripada kursus ini untuk memberi tumpuan kepada pola fikir dan nilai sebelum beralih kepada pertukaran proses dan kaedah," kongsi Amit Verma, Ketua Keselamatan bagi Asia Tenggara, Varun Beverages (India).

Dinath Kim, Pasaran Hartanah,  Zillennium (Kemboja) berkongsi dengan menyatakan, "Kursus BeNext telah membantu saya memacu perubahan dalam pasukan saya serta mendorong nilai dan prinsip-prinsip baharu. Program ini secara keseluruhannya telah membantu saya menjadi seorang yang berfikiran terbuka dan lebih berdaya tahan dalam menangani cabaran."

Prakash Shahi daripada BeNext menambah, "Objektif kami ialah supaya platform ini memberi impak kepada semua peserta. Itulah sebabnya memastikan pengalaman yang pelbagai, inklusif dan dipacu komuniti adalah sangat penting. Bagi kami, adalah penting untuk memberikan akses kepada mana-mana profesional yang mencari penyelesaian kepada masalah yang benar-benar penting terhadap mereka dan perniagaan mereka."

Berdasarkan anggaran bahawa 20% daripada penduduk dunia menghidapi beberapa jenis ketidakupayaan, BeNext memperluas usaha keterangkumannya dengan menggabungkan widget kebolehcapaian kepada para peserta yang mempunyai pelbagai keperluan pembelajaran. Mengulas tentang widget kebolehcapaian Platform BeNext, Sana Samad, Eksekutif HR ONGC (India) yang cacat penglihatan berkongsi kenyataan berikut: "Platform ini boleh diakses oleh golongan berkeperluan khas dan ia telah mengambil kira pelbagai ketidakupayaan seperti disleksia, kecacatan penglihatan dan ketidakupayaan fizikal. Individu cacat penglihatan menggunakan perisian membaca atau pembesar skrin, oleh itu penyelesaiannya sesuai dengan kedua-dua perisian."

Pada tahun kedua pertumbuhannya ini, BeNext meneruskan komitmennya untuk memberikan pembelajaran berasaskan komuniti yang memberi kesan kepada pemimpin HR bagi menangani cabaran yang semakin meningkat dalam pengurusan bakat  melalui kursus-kursus baharu. Kursus-kursus ini termasuk 'HR Business Partner: Driving Talent Impact in Hybrid' (Rakan Perniagaan HR: Mendorong Kesan Bakat dalam Hibrid), 'Building a Culture of Empathy for Productivity, Innovation and Resilience' (Membangunkan Budaya Empati untuk Produktiviti, Inovasi dan Daya Ketahanan) dan 'Digital Transformation & Leading Change' (Transformasi Digital & Peneraju Perubahan).

Bermula pada bulan September ini, BeNext akan melancarkan versi kohort semua program dalam bahasa Sepanyol untuk pasaran HR yang bertutur bahasa Sepanyol di peringkat global. Perkembangan terkini ini akan membolehkan BeNext melibatkan lebih ramai pelajar dari seluruh dunia dan menjadikan program ini boleh diakses dan lebih inklusif.

Tentang BeNext 

BeNext ialah platform pembelajaran digital berasaskan kohort proprietari yang menawarkan program selama lima minggu yang menggabungkan pengalaman secara langsung dan tidak segerak untuk kumpulan rakan sejawatan yang tertutup. BeNext menawarkan pembangunan kemahiran yang aktif dalam masa nyata dengan pemahaman dan tugasan yang praktikal serta telah mentauliahkan lebih 4,000 orang daripada 32 buah negara. BeNext dimiliki oleh People Matters Pte. Ltd. iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura.

Untuk maklumat lanjut tentang program dalam bahasa Inggeris, sila layari www.BeNext.club/eng

Untuk maklumat lanjut tentang program dalam bahasa Sepanyol, sila layari www.BeNext.club/esp

Hubungan Media: 

Gabriela Paz

hi@benext.club 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1628593/BeNext_Landing.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1628592/BeNext_Dashboard.jpg?p=medium600

 

BeNext Dashboard with accessibility widget to support differently abled learners
BeNext Dashboard with accessibility widget to support differently abled learners

 

Source: BeNext
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources New products/services