omniture

Sukarelawan LyondellBasell Fokus Kepada Aktiviti Hari Penjagaan Global Terhadap Kelestarian

LyondellBasell Industries
2021-09-21 16:40 57

Projek perkhidmatan komuniti diilhamkan daripada Hari Pembersihan Sedunia 

HOUSTON, 21 September 2021 /PRNewswire/ -- Sukarelawan LyondellBasell (NYSE: LYB) di seluruh dunia mengambil bahagian dalam Hari Penjagaan Global tahunan ke-22 iaitu hari perkhidmatan seluruh syarikat bagi para pekerja dan keluarga mereka, sebagai sebahagian daripada komitmen mereka terhadap kelestarian. Pada 18 September lepas yang juga merupakan Hari Pembersihan Sedunia, sukarelawan LyondellBasell membantu meningkatkan kualiti air dan pengurusan banjir, membersihkan sisa plastik dan sampah, menanam pokok dan berkebun serta mendidik kanak-kanak berusia 6-12 tahun tentang kelestarian.

As part of LyondellBasell's 22nd annual Global Care Day, volunteers in Pune, India cleaned-up plastic waste with the Swachh Pune -Swachh Bharat group around the Mula-Mutha River. The plastic waste accumulated near the river after the monsoon in July.
As part of LyondellBasell's 22nd annual Global Care Day, volunteers in Pune, India cleaned-up plastic waste with the Swachh Pune -Swachh Bharat group around the Mula-Mutha River. The plastic waste accumulated near the river after the monsoon in July.

"Berbakti kepada komuniti tempat kami tinggal dan beroperasi adalah penting bagi kami di LyondellBasell dan inilah sebabnya para sukarelawan kami telah menjadikan Hari Penjagaan Global untuk memberi kesan positif yang signifikan selama dua dekad yang lalu," kata Michael McMurray, Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Kewangan LyondellBasell. "Projek pada tahun ini diilhamkan daripada Hari Pembersihan Dunia dengan fokus terhadap kelestarian; yang melengkapkan matlamat dan inisiatif syarikat kami untuk memajukan penyelesaian lestari, memelihara alam sekitar dan menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik untuk generasi akan datang."

Beberapa projek perkhidmatan komuniti untuk Hari Penjagaan Global LyondellBasell merangkumi:

  • Cincinnati, Ohio
    Membantu meningkatkan kualiti air dan pengurusan banjir dalam saluran utama dan cabang Mill Creek di Greater Cincinnati sebagai sebahagian daripada usaha Pembersihan Mill Creek.
  • Lake Charles, Louisiana
    Bekerjasama dengan City of Lake Charles untuk menanam semula pokok-pokok di sepanjang laluan pejalan kaki yang rosak atau diterbangkan semasa Taufan Laura dan Delta pada tahun 2020.
  • Pune, India
    Membersihkan sisa plastik bersama-sama dengan kumpulan Swachh Pune-Swachh Bharat di sekitar Sungai Mula-Mutha yang terkumpul selepas monsun pada bulan Julai lepas.
  • Suzhou, China
    Menyertai komuniti pembersihan Taman Tasik Yangcheng dan mendidik kanak-kanak yang turut membantu dalam usaha pembersihan tersebut, tentang pengelasan sampah.

Sejak tahun 2018, para pekerja LyondellBasell telah memperuntukkan lebih 43,000 jam dalam usaha memperkayakan komuniti mereka pada Hari Penjagaan Global. Denise de Hek iaitu pekerja LyondellBasell yang bekerja di kemudahan syarikat di Moerdijk , Belanda telah menyertai projek perkhidmatan komuniti untuk Hari Penjagaan Global selama lebih lima tahun dan menyatakan beliau berasa diberi kuasa untuk berbuat baik dalam komuniti beliau kerana syarikat tersebut menjadikan usaha bakti kepada komuniti sebagai suatu keutamaan.

"Saya telah memperuntukkan banyak jam sukarelawan dalam melakukan perbezaan kepada komuniti saya dan ia membuatkan saya berbangga," kata de Hek. "Hakikat bahawa saya boleh mengimbas kembali masa yang telah saya gunakan untuk kerja sukarela dan sebahagian besar daripadanya bersama-sama dengan rakan sekerja, memberi gambaran komitmen syarikat kami untuk mewujudkan komuniti yang kukuh di tempat para pekerja tinggal dan bekerja."

Untuk maklumat lanjut tentang pelaburan komuniti LyondellBasell, sila layari laman web syarikat Advancing Good .

Tentang LyondellBasell
LyondellBasell (NYSE: LYB) ialah salah sebuah syarikat plastik, bahan kimia dan penapisan yang terbesar di dunia. Didorong oleh para pekerjanya di seluruh dunia, LyondellBasell menghasilkan bahan dan produk yang penting untuk kemajuan penyelesaian dalam cabaran moden seperti meningkatkan keselamatan makanan melalui pembungkusan yang ringan dan fleksibel, melindungi kebersihan bekalan air melalui paip yang lebih kukuh dan serba guna, meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan bahan api bagi kebanyakan kereta dan trak di jalan raya serta memastikan peralatan elektronik dan perkakasan berfungsi dengan selamat dan berkesan. LyondellBasell menjual produk di lebih 100 buah negara dan merupakan pengeluar sebatian polipropilena terbesar di dunia serta pemberi lesen terbesar untuk teknologi poliolefin. Pada tahun 2021, LyondellBasell telah tersenarai antara "Syarikat-Syarikat Paling Dikagumi di Dunia" dalam Majalah FORTUNE untuk tahun keempat berturut-turut. Maklumat lanjut tentang LyondellBasell boleh didapati di www.lyondellbasell.com.

LyondellBasell volunteers across the globe took action as part of their commitment to sustainability on Sept. 18 during the company's 22nd annual Global Care Day. LyondellBasell Global Care Day is a company-wide day of service for employees and their families.
LyondellBasell volunteers across the globe took action as part of their commitment to sustainability on Sept. 18 during the company's 22nd annual Global Care Day. LyondellBasell Global Care Day is a company-wide day of service for employees and their families.

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1630090/LYB_Global_Care_Day_2021.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1630091/LYB_Global_Care_Day_3.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/562522/LyondellBasell_Advancing_Possible_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: LyondellBasell Industries
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Corporate Social Responsibility Environmental Issues