omniture

Laporan Nanfang Media: China teruskan rancangan induk untuk rangsang ekonomi Hong Kong, Macau

Nanfang Media Group
2021-09-21 17:46 190

GUANGZHOU, China, 21 September 2021 /PRNewswire/ -- Organisasi-organisasi pentadbiran Zon Kerjasama Mendalam Guangdong-Macau telahpun dirasmikan pada 17 September. Ia merupakan langkah yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk melibatkan Kawasan Pentadbiran Khas (SAR) dalam mentadbir kawasan di tanah besar Cina, menurut laporan Nanfang Media Group.

Hal ini selaras dengan rancangan China untuk membangunkan zon kerjasama Guangdong-Macau di Hengqin dan untuk membangunkan lagi zon kerjasama Shenzhen-Hong Kong di Qianhai yang telah dikeluarkan pada 5 dan 6 September yang bertujuan untuk menyediakan lebih banyak ruang bagi mendorong pembangunan Hong Kong serta Macau.

The Guangdong-Macao In-depth Cooperation Zone in Hengqin and the Qianhai Shenzhen-Hong Kong Modern Service Industry Cooperation Zone (Photo: Nanfang Metropolis Daily)
The Guangdong-Macao In-depth Cooperation Zone in Hengqin and the Qianhai Shenzhen-Hong Kong Modern Service Industry Cooperation Zone (Photo: Nanfang Metropolis Daily)

Sistem baharu untuk melanjutkan pembangunan bersepadu Guangdong-Macau

Hengqin terletak di Bandar Raya Zhuhai di Guangdong, hanya di seberang Macau dan meliputi kawasan seluas 106 kilometer persegi, iaitu tiga kali ganda daripada saiz Macau.

Diwujudkan pada tahun 2009, kawasan tersebut dirancang untuk menawarkan ruang baharu kepada Macau bagi tujuan pembangunan ekonomi. Walau bagaimanapun, sehingga kini pembangunan Hengqin diarahkan terutamanya oleh Zhuhai, walaupun mempunyai misi untuk menawarkan perkhidmatan kepada Macau.

Di bawah rancangan tersebut, jawatankuasa pengurusan yang bersama-sama dipimpin oleh Ketua Eksekutif Macau dan Datuk Bandar Guangdong akan bersama-sama membuat keputusan mengenai perancangan utama, dasar, projek serta pengaturan kakitangan manakala jawatankuasa eksekutif akan mengurus ekonomi zon dan kesejahteraan rakyat.

Bermula pada hari Jumaat, pemilik kenderaan Macau yang ingin memandu ke Hengqin boleh melengkapkan proses permohonan lesen di Macau. Beberapa syarikat telahpun mendapat lesen perniagaan kumpulan pertama dan sekumpulan doktor Hong Kong dan Macau diberikan sijil untuk bekerja di zon berkenaan.

"Model baharu ini akan menggerakkan Macau untuk mengambil bahagian dalam pembangunan Hengqin," kata Wang Fuqiang daripada China Center for International Economic Exchange, "Ia juga akan mewujudkan persekitaran bersepadu yang lebih sesuai untuk perniagaan Macau dan lebih baik untuk penduduk Macau."

Di samping itu, rancangan Hengqin menunjukkan bahawa keutamaan akan diberikan kepada industri kesihatan, kewangan moden, teknologi tinggi, pameran dan perdagangan serta budaya dan sukan. Industri-industri dan perusahaan-perusahaan yang layak di zon tersebut diberikan penurunan kadar cukai sebanyak 15 peratus ke atas cukai pendapatan perniagaan.

"Zon kerjasama ini akan mengekalkan perbezaan Macau dengan membangunkan industri-industri khasnya seperti ubat tradisional Cina (TCM), pelancongan serta konvensyen," kata Guo Wanda, Naib Presiden Eksekutif Institut Pembangunan China, "Ia bermatlamat untuk mempelbagaikan ekonomi Macau yang sehingga kini terlalu bergantung kepada industri perjudian dan terdedah kepada risiko luaran."

Guo Wanda menekankan bahawa universiti-universiti Macau dan makmal-makmal utama negerinya telah menjalankan kajian terhadap bidang-bidang seperti litar bersepadu, bahan baharu dan bioperubatan.

"Walaupun ia tidak semestinya industri-industri yang kompetitif di Macau, ia akan menjadi perangsang untuk penyelidikan teknologi sains serta pembuatan yang berkualiti tinggi melalui kerjasama dengan bandar-bandar Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau yang lain," kata Guo.

Qianhai diperluas untuk menangani masalah ekonomi Hong Kong

Menurut rancangan Qianhai, zon kerjasama Shenzhen-Hong Kong akan diperbesarkan lapan kali ganda kepada 120.56 kilometer persegi daripada keluasan ketika ini iaitu 14.92 kilometer persegi. Ia dianggap sebagai peluang untuk Hong Kong mengatasi beberapa masalah ekonomi yang dikaitkan dengan ruang yang terhad.

Statistik menunjukkan sejumlah 11,500 syarikat yang mendapat pelaburan daripada Hong Kong didaftarkan di Qianhai, sebuah kawasan yang terletak di Shenzhen yang berdekatan dengan Hong Kong dan sebanyak 22.6 bilion USD pelaburan Hong Kong digunakan di Qianhai setakat ini.

"Sejumlah besar penyedia perkhidmatan moden Hong Kong menembusi pasaran Cina melalui Qianhai, namun begitu keperluan mereka masih belum dipenuhi," kata Cong Liang, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, "Perluasan Qianhai bukan sahaja menawarkan lebih banyak ruang, tetapi melibatkan lebih banyak kategori industri untuk membolehkan keunggulan Hong Kong dibangunkan sepenuhnya."

Qin Weizhong, Datuk Bandar Shenzhen menambah bahawa bandar berkenaan akan menjamin satu pertiga daripada tanah perindustriannya yang baru dipindahkan akan memenuhi permintaan daripada perusahaan yang dibiayai oleh Hong Kong.

"Kami dapat melihat bahawa kerajaan pusat mengambil peduli akan pembangunan Hong Kong dan Macau melalui rancangan ini," kata Allan Zeman, Pengerusi LanKwai Fong Group, sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong yang terlibat dalam pelbagai sektor.

"Rancangan ini akan dapat mendorong ekonomi Guangdong, Hong Kong dan Macau serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda. Tibalah masanya untuk meningkatkan hubungan antara Hong Kong, Macau dan bandar-bandar Kawasan Teluk Lebih Besar yang lain," kata beliau.

 

Source: Nanfang Media Group
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service