omniture

CGTN: 24 peserta dalam kempen Media Challengers CGTN berdepan pertandingan peringkat akhir

CGTN
2021-09-22 01:07 170

BEIJING, 22 September 2021 /PRNewswire/ -- 24 calon akhir dalam kempen "The Media Challengers"– satu kempen global yang dianjurkan oleh CGTN – diumumkan secara rasmi pada hari Jumaat. Selepas pusingan pemilihan yang berulang kali dijalankan, 24 orang muda dari seluruh dunia dipilih daripada beribu-ribu pemohon yang cemerlang daripada lebih 130 negara serta wilayah dan mara ke peringkat akhir.

 

24 calon peringkat akhir ini berkumpul di Taman Shougang Beijing dan Dewan Hoki Asi Pusat Latihan Musim Sejuk Kebangsaan pada hari Jumaat untuk bersiap sedia berangkat ke bandar-bandar Xi'an, Wuhan, Shanghai atau Yunnan, untuk meneruskan langkah ke peringkat akhir pertandingan tersebut dengan mengambil bahagian dalam sebuah rancangan televisyen realiti.

Kempen "The Media Challengers" bermula pada 8 April 2021, dengan matlamat untuk menghimpunkan golongan profesional media baharu yang berbakat di seluruh dunia dan memperkenalkan idea baharu dalam komunikasi antarabangsa dalam konteks pergabungan media.

Aktiviti pengumpulan undi "Suka" secara dalam talian turut memperlihatkan sepenuhnya daya tarikan peserta kepada peminat dalam era media baharu ini. 24 finalis ini kesemuanya dipilih berdasarkan kepada mata yang dihitung daripada gabungan antara pemilihan profesional dan undi suka dalam talian. Untuk mara ke peringkat seterusnya, peserta yang disenarai pendek kini akan dicabar melalui "rancangan realiti" yang mana mereka perlu menyelesaikan beberapa cabaran. CGTN akan menyiarkan proses pemilihan tersebut secara rakaman.

Acara tersebut menyediakan platform untuk wartawan muda yang bercita-cita tinggi menunjukkan bakat mereka dan mengejar impian mereka dan dalam masa yang sama membolehkan mereka mewakili suara generasi mereka di dunia. Ia juga merupakan satu peluang untuk golongan profesional media muda menceritakan kisah Cina.

Epidemik global masih lagi belum reda sepenuhnya. Dengan mengambil kira keperluan sebenar yang melibatkan pencegahan dan kawalan wabak, Media Challengers luar negara tidak dapat hadir ke China. Walau bagaimanapun, ini membawa cabaran yang baharu kerana generasi wartawan baharu ini dapat menunjukkan kuasa teknologi sepenuhnya. Dalam era media bersepadu, perkaitan berbilang skrin, kadar globalisasi tidak akan kaku ekoran kekangan masa dan ruang.

Peserta-peserta juga akan menyertai kumpulan bakat global CGTN dan mendapat peluang pekerjaan sepenuh masa atau separuh masa di ibu pejabat CGTN Beijing atau salah satu daripada tiga pusat penerbitan serantau di Washington, London dan Nairobi. Dengan menunjukkan kuasa media, orang muda yang menaruh harapan ini berpeluang untuk membuka lembaran yang baharu bagi dialog antara wartawan muda dari setiap pelosok dunia.

https://news.cgtn.com/news/2021-09-17/24-hopefuls-in-CGTN-Media-Challengers-campaign-face-final-competition-13DjCBkikDK/index.html 

CGTN: 24 peserta dalam kempen Media Challengers CGTN berdepan pertandingan peringkat akhir
CGTN: 24 peserta dalam kempen Media Challengers CGTN berdepan pertandingan peringkat akhir

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Awards Broadcast feed announcements