omniture

Comms Group jalin kerjasama dengan Vodafone Fiji untuk Penyelesaian Microsoft Teams Global

Comms Group
2021-09-22 11:29 173

SYDNEY, 22 September 2021 /PRNewswire/ -- Penyedia Global yang terkemuka bagi Penghalaan Langsung Microsoft Teams, Comms Group mengumumkan kerjasamanya dengan Vodafone Fiji untuk membekalkan Penghalaan Langsungnya menggunakan rangkaian Global Teams.

Biarpun Vodafone mempunyai penyelesaian kerja yang fleksibel dan alat komunikasi seperti penyelesaian Komunikasi Seragam (Cloud PBX) dan penyelesaian Mobiliti Tenaga Kerja Jarak Jauh, mereka memerlukan pilihan lain seperti menambah penyelesaian panggilan Microsoft Teams kepada rangkaian produk semasa.

Cabaran teknikal tercetus daripada hakikat bahawa perkhidmatan Penghalaan Langsung Microsoft Teams tidak disediakan untuk wilayah Fiji. Vodafone perlu bekerjasama dengan rakan kongsi utama yang dapat menyediakan akses penghalaan langsung kepada titik kehadiran Microsoft yang paling hampir.

Dengan perikatan teknologinya bersama Comms Group, Vodafone Fiji memperkenalkan Penyelesaian Vodafone Teams Connect untuk menghubungkan aplikasi Microsoft Teams terus kepada rangkaian telefon awam. Penyelesaian ini dapat menambah keupayaan panggilan HD kepada dan daripada rangkaian telefon awam, terus daripada antara muka Teams.

"Perkara yang hebat mengenai Comms Group ialah keupayaannya untuk meningkatkan dan menurunkan – sebagai penyelesaian dan sebagai rakan kongsi," kata Dinesh Raj, Pengurus Rangkaian Teras di Vodafone Fiji. "Perniagaan teknologi seperti perniagaan kami mengalami banyak perubahan maka kami memerlukan rakan kongsi yang dapat menempuh jatuh bangun bersama kami."

En. Luis Urbaez, Ketua Pegawai Operasi di Comms Group Limited, berkata, "Vodafone Fiji ialah rakan kongsi yang sangat penting untuk Comms Group dan satu lagi bukti yang menunjukkan bahawa tatkala perniagaan beradaptasi dengan kebiasaan baharu, komunikasi perniagaan dan alat kolaborasi menjadi semakin penting."

"Comms Group menawarkan salah satu penyelesaian penghalaan langsung Microsoft Teams yang paling luas yang disediakan di seluruh dunia, membolehkan pembawa dan penyedia perkhidmatan dari Eropah, Amerika Utara dan Asia-Pasifik berupaya untuk menawarkan pelanggan mereka dengan tawaran panggilan Microsoft Teams pelbagai tempat di seluruh Asia-Pasifik termasuk Australia, Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, NZ, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam," kata En. Urbaez. 

LATAR BELAKANG COMMS GROUP LIMITED (ASX:CCG) 

Comms Group (https://commsgroup.global/) menyediakan perkhidmatan komunikasi awan, data dan nilai tambah untuk perniagaan. Internationally Comms Group menggunakan platform telefon awan globalnya dan platform panggilan Penghalaan Langsung Microsoft Teams globalnya yang meliputi lebih 100 negara untuk menyampaikan perkhidmatan kepada pembawa nasional, penyedia perkhidmatan dan pelanggan korporat di pelbagai kawasan dengan pengurusan akaun serta satu bil.

 

Source: Comms Group
Keywords: Computer/Electronics