omniture

UPPAbaby Mempelopori Laluan Baharu dengan Memperkenalkan Kereta Sorong untuk Semua Permukaan, RIDGE

UPPAbaby
2021-09-23 00:11 74

Dilengkapi dengan Ciri-ciri Inovatif bagi Memastikan Keluarga Dapat Bergerak Pada Semua Persekitaran

ROCKLAND, Massachusetts, 22 September 2021 /PRNewswire/ -- Kini tiba ke laluan berhampiran anda pada Musim Luruh 2021, UPPAbaby meliputi lebih banyak permukaan tanah melalui pengenalan kereta sorong untuk semua permukaannya yang pertama iaitu RIDGE. Dibina untuk prestasi, RIDGE boleh bergerak ke lebih banyak tempat, pada sebarang kelajuan. Ciri-cirinya yang pintar dan boleh laras memastikan ibu bapa dan penumpang berasa selesa sepanjang jalan raya ke lorong dan laluan terpencil. Ia kelihatan elegan namun tahan lama dan menawarkan kemudahan serta kebolehcapaian kepada keluarga untuk keluar dan meneroka horizon baharu.

Family strolling with RIDGE
Family strolling with RIDGE

Ingin berlari, berjalan atau hanya menikmati kawasan luar yang hebat? RIDGE dioptimumkan untuk prestasi bagi memastikan keluarga yang aktif terus bergerak. Kanak-kanak akan sukakan keselesaan tempat duduk berpad yang dalam dan selamat serta kanopi tertutup penuh, dengan menikmati sepenuhnya setiap pengembaraan. Sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 6 bulan hingga seberat 25 kg. dengan jumlah kapasiti berat hingga 36 kg., RIDGE menawarkan ciri-ciri inovatif yang merangkumi:

  • Tayar yang tidak akan pancit – Perjalanan yang lancar tanpa memerlukan atau menggunakan pam udara! Tayar tanpa udara dengan roda berukuran 30 dan 40 cm serta bunga yang tebal membolehkan ibu bapa bergerak pada sebarang permukaan tanah.
  • Brek tangan yang responsif – Sistem brek cakera 160 mm dengan prestasi yang boleh dipercayai untuk kuasa henti dan tindak balas yang lebih baik untuk memperlahankan anda apabila berlari, bergerak pada permukaan kasar atau berjalan menuruni bukit.
  • Direka untuk prestasi – Suspensi Responsif Canggih dengan sistem dua peringkat yang dipatenkan memastikan keselesaan si kecil pada sebarang permukaan tanah tanpa mengira berat mereka.
  • Anda tolak. Mereka berehat. – Tempat duduk RIDGE direka untuk keselesaan. Tempat duduk berpad yang dalam dengan sokongan lumbar tambahan memastikan kanak-kanak disokong dengan selamat pada setiap perjalanan.
  • Lipatan satu tangan - Kereta sorong ini dilipat dengan mudah dan pantas dengan menekan dan memusing menggunakan sebelah tangan yang mudah dan boleh berdiri sendiri setelah dilipat.
  • Dibuat untuk teduhan – RIDGE mempunyai kanopi UPF 50+ yang boleh dipanjangkan serta memberikan perlindungan yang teduh dan persekitaran yang sempurna untuk tidur. Tingkap jaringnya membolehkan ibu bapa melihat si kecil mereka apabila keluar dan ketika mahu keluar serta membolehkan peningkatan pengudaraan.
  • Bar pemegang empat kedudukan – Laraskan bar pemegang kereta sorong ini pada ketinggian yang anda kehendaki dengan bengkok siku empat kedudukan untuk untuk memberikan keselesaan tambahan semasa menolak.

Selain daripada ciri-cirinya yang menjadikan kehidupan ibu bapa lebih mudah, keluarga juga boleh menikmati pelbagai aksesori apabila berlari atau bersiar-siar dengan RIDGE, yang merangkumi penyesuai untuk bersiar-siar sama ada dengan Basinet atau kerusi keselamatan bayi i-SIZE MESA, Konsol Ibu Bapa, papan Gendongan, Perlindungan Matahari dan Pepijat Berprestasi dan banyak lagi.

RIDGE menampilkan tiga reka bentuk, BRYCE (bingkai karbon berwarna putih), JAKE (bingkai karbon berwarna hitam) dan REGGIE (bingkai karbon berwarna biru loh) dan boleh didapati daripada peruncit tempatan pada musim luruh ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang RIDGE, sila layari www.uppababy.com/RIDGE dan untuk mencari peruncit tempatan berhampiran anda, sila layari www.uppababy.com/retail-locator. Ikuti UPPAbaby di media sosial: Instagram (www.instagram.com/uppababy) dan Facebook (www.facebook.com/uppababy).

Tentang UPPAbaby
Misi UPPAbaby ialah untuk menjadikan kereta sorong, kerusi keselamatan dan peralatan kanak-kanak yang paling pintar tersedia: direka secara intuitif, bergaya dan cantik dengan ciri-ciri dan fungsi yang diinginkan oleh semua ibu bapa—serta inovasi yang tidak pernah mereka bayangkan. UPPAbaby komited untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa sama seperti produk syarikatnya. Ditubuhkan pada tahun 2006, UPPAbaby berpangkalan di Massachusetts, Amerika Syarikat dengan produknya yang boleh didapati di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.uppababy.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1631082/UPPAbaby_RIDGE.jpg?p=medium600
Logo - 
https://mma.prnasia.com/media2/1631133/UPPAbaby_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: UPPAbaby
Related Links:
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Children-related news New products/services