omniture

Polypore Menjalinkan Usaha Sama untuk Mengeluarkan dan Menjual Pemisah Bateri Proses Kering Ion-Litium di China

Polypore International, LP
2021-09-23 01:28 63

CHARLOTTE, North Carolina, 23 September 2021 /PRNewswire/ -- Polypore International, LP (Polypore) dan Shanghai Energy New Materials Technology Co., Ltd. (SEMCORP) telah memeterai perjanjian pada bulan Januari 2021 melalui anak syarikat masing-masing bagi menubuhkan syarikat usaha sama (JV) di China untuk pemisah membran proses kering bateri ion-litium (LIB). Kelulusan kawal selia yang sewajarnya telah lengkap dan JV ini telah ditubuhkan dengan nama Jiangxi Enpo New Materials Co., Ltd. di Bandar Gaoan, Daerah Jiangxi, Republik Rakyat China.

Celgard® dry-process coated and uncoated microporous membranes are used as separators in various lithium-ion batteries used primarily in electric drive vehicles (EDV), energy storage systems (ESS) and other specialty applications.
Celgard® dry-process coated and uncoated microporous membranes are used as separators in various lithium-ion batteries used primarily in electric drive vehicles (EDV), energy storage systems (ESS) and other specialty applications.

Berdasarkan lesen daripada anak syarikat Polypore iaitu Celgard, LLC (Celgard) untuk teknologi dan harta intelek yang berkaitan dengan pemisah proses kering polipropilena (PP), JV ini akan mengeluarkan dan menjual pemisah proses kering berkualiti dan berprestasi tinggi di China untuk LIB yang digunakan dalam sistem penyimpanan tenaga (ESS) dan kenderaan pacuan elektrik (EDV).

Pengeluaran dijadualkan bermula pada tahun 2022 dengan kapasiti membran PP sebanyak 100 juta m2/tahun. Melalui usaha sama ini, PPO Energy Storage Materials HK Ltd. akan memiliki 49 peratus daripada sumbangan ekuiti manakala SEMCORP akan memiliki 51 peratus daripadanya.

China mempunyai pasaran terbesar dan berkembang pesat untuk penggunaan EDV dan ESS. Oleh kerana kebanyakan negara termasuk China, menggubal dasar untuk penyahkarbonan, pertumbuhan yang signifikan dijangka meningkat disebabkan penggunaan ini dan JV baharu ini diharap dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini. JV ini bakal memanfaatkan teknologi pemisah proses kering yang canggih Celgard, kepakaran kawalan kualiti serta hak harta intelek dengan keupayaan operasi dan saluran pengedaran berskala besar SEMCORP di China.

"Dengan menggabungkan pengetahuan khusus yang dimiliki oleh Celgard dari segi teknologi, pemprosesan dan sains bahan serta kepakaran operasi SEMCORP di China, usaha sama ini bukan sahaja menyediakan pelbagai penyelesaian kepada pelanggan malah akan turut merangsang pertumbuhan industri LIB secara keseluruhan," kata Presiden Celgard, Lie Shi. "Saya teruja untuk memulakan kerjasama ini dengan SEMCORP. Gabungan kekuatan dua buah syarikat kami ini akan memberikan penyelesaian baharu terhadap cabaran yang dihadapi dunia yang berkaitan dengan alam sekitar dan tenaga."

"Usaha sama ini akan membolehkan kami meraih peluang yang besar di pasaran ESS dengan pemisah proses kering ini," tambah Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SEMCORP, Paul Xiaoming Lee. "Dengan menggabungkan teknologi canggih serta pengetahuan Celgard dengan pengalaman operasi SEMCORP yang kaya selain rekod prestasinya dalam mengeluarkan pemisah berkualiti dengan harga yang murah dan berskala besar di China, usaha sama ini akan turut meletakkan syarikat kami sebagai pembekal revolusioner untuk pemisah proses kering di China."

Tentang Celgard dan Polypore

Celgard mengkhusus dalam membran mikroliang proses kering bersalut dan tidak bersalut yang digunakan sebagai pemisah, iaitu komponen utama bateri ion-litium. Teknologi pemisah bateri Celgard memperkukuh prestasi bateri ion-litium untuk kenderaan pacuan elektrik, sistem penyimpanan tenaga dan penggunaan lain.

Celgard, LLC dan PPO Energy Storage Materials HK Ltd. merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Polypore International, LP, sebuah syarikat Asahi Kasei.

Polypore ialah sebuah syarikat global yang beroperasi selama lebih 40 tahun dengan kemudahan di sembilan buah negara serta mengkhusus dalam membran mikroliang yang digunakan dalam kenderaan elektrik dan bukan elektrik, sistem penyimpanan tenaga dan penggunaan khusus. Sila layari www.celgard.com dan www.polypore.com.

Tentang SEMCORP

SEMCORP, dikenali secara rasmi sebagai Shanghai Energy New Materials Technology Co., Ltd., merupakan peneraju global dalam membangunkan dan mengeluarkan pemisah berprestasi tinggi serta pemisah bersalut untuk industri bateri ion-litium. SEMCORP kini mempunyai enam buah kemudahan pembuatan di China dengan rancangan pengembangan di China dan di peringkat antarabangsa untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kenderaan elektrik, elektronik pengguna dan penyimpanan tenaga. Sila layari http://en.semcorpglobal.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1631270/Polypore_Celgard_joint_venture.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/798399/PolyPore_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Polypore International, LP
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Auto Chemical Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Joint ventures