omniture

Juara Dunia ASP 5 Kali Stephanie Gilmore Sertai Pasukan Luncur Air ROXY

ROXY
2013-07-09 19:20 184

HUNTINGTON BEACH, California, 9 Julai 2013 /PRNewswire/ -- ROXY, sebuah bahagian Quiksilver, Inc. (NYSE: ZQK), mengumumkan bahawa peluncur air Juara Dunia lima kali untuk kejohanan Persatuan Peluncur Air Profesional (ASP) Stephanie Gilmore akan menyertai Pasukan Luncur Air ROXY. ROXY, jenama gaya hidup luncur aktif yang pertama dan meneraju di dunia untuk wanita dan gadis, mempunyai sejarah yang panjang sebagai kuasa perintis sukan aksi wanita. Stephanie sangat bersesuaian dengan jenama ROXY – seorang atlit pelopor bertaraf dunia yang merupakan satu-satunya peluncur air yang memenangi kejohanan dunia dalam tahun pertama beliau.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130708/LA43356-a)

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130708/LA43356-b)

Stephanie Gilmore, 25 tahun, telah dilahirkan dan dibesarkan di New South Wales, Australia. Beliau dianugerahkan Gelaran Juara Dunia ASP pada tahun 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2012. Kemenangan beliau selain itu termasuklah tiga kemenangan Hawaiian Triple Crown pada tahun 2008, 2009 dan 2010. Pada tahun 2011, beliau juga memenangi Anugerah ESPY yang berprestij, Tokoh Sukan Aksi Wanita Tahunan, dan telah dianugerahkan anugerah Tokoh Sukan Aksi Dunia Laureus Tahunan pada tahun 2010.

Langkah Stephanie ke pasukan ROXY merupakan peralihan yang semula jadi bagi beliau. Beliau sudah lama mengagumi kedudukan ROXY sebagai ketua dan perintis dalam sukan luncur air wanita. Mengenai pengumuman itu, Stephanie berkata, "ROXY melambangkan imej dan gaya hidup yang saya jalani, sama ada semasa pertandingan atau di luarnya. Saya teruja dapat berganding bahu dengan jenama yang begitu ikonik dalam zaman yang begitu berpengaruh dalam bidang luncur air wanita."

Pasukan Luncur Air ROXY teruja kerana Stephanie bakal menyertai pasukan mereka. Pengerusi Quiksilver, Inc., Bob McKnight, berkata, "ROXY begitu gembira untuk mengalu-alukan Stephanie ke dalam Pasukan Luncur Air kami. ROXY mempunyai lebih ramai juara dunia dan lebih banyak gelaran kejuaraan dunia berbanding mana-mana jenama wanita dalam industri ini – jadi sudah tentulah beliau akan menjadi sebahagian daripada pasukan wanita terbaik di dunia."

Mengenai ROXY

ROXY, sebuah jenama Quiksilver, Inc. (ZQK) ialah syarikat peneraju gaya hidup wanita aktif yang menghasilkan pakaian sukan, pakaian kesihatan teknikal, pakaian dan peralatan salji dan luncur, kasut dan aksesori, yang diilhamkan daripada budaya luncur papan. ROXY mewakili wanita dan gadis yang mempunyai impian tinggi sama ada untuk sukan luncur atau tidak. ROXY percaya dengan kecantikan semula jadi, keseronokan dan semangat menikmati hidup, berani dan berkeyakinan serta berazam untuk menjadi jenama fesyen dan prestasi yang paling memberi inspirasi sama ada dalam sukan luncur atau tidak.

Source: ROXY
Related Stocks:
NYSE:ZQK
Keywords: Fashion Retail Sports Personnel announcements