omniture

"Human Brains: Conversations", sebuah projek dalam talian yang dikhususkan untuk kajian otak dan ditampilkan oleh Fondazione Prada

Fondazione Prada
2021-09-23 19:25 25

MILAN, 23 September 2021 /PRNewswire/ -- Fondazione Prada menampilkan projek dalam talian "Human Brains: Conversations" (Otak Manusia: Perbualan), iaitu fasa kedua program pelbagai disiplin "Human Brains" yang dikhususkan untuk kajian otak. "Conversations" akan berlangsung dari bulan September 2021 hingga April 2022 dan akan tersedia di laman web humanbrains.fondazioneprada.org serta di saluran YouTube Fondazione Prada. Projek dalam talian ini terdiri daripada 7 ceramah video secara berpasangan oleh para saintis antarabangsa, ahli falsafah dan penyelidik serta diikuti dengan 7 perbualan penstriman langsung yang akan merangkumi interaksi dengan khalayak jarak jauh.

Fondazione Prada , “Human Brains: Conversations”. Credit: 2x4, New York
Fondazione Prada , “Human Brains: Conversations”. Credit: 2x4, New York

"Human Brains" ialah hasil penyelidikan kompleks yang dijalankan oleh Fondazione Prada melalui kerjasama dengan ahli lembaga saintifik yang dipengerusikan oleh pakar neurologi, Giancarlo Comi dan terdiri daripada para penyelidik, pakar perubatan, ahli psikologi, pakar bahasa, ahli falsafah, pempopular dan kurator seperti Jubin Abutalebi, Massimo Cacciari, Viviana Kasam, Udo Kittelmann, Letizia Leocani, Andrea Moro dan Daniela Perani. Projek berkaitan sains ini merupakan cabaran sebenar untuk institusi kebudayaan seperti Fondazione Prada. Dialog yang dianjurkan oleh "Human Brains" ini menggariskan kepentingan kerjasama untuk memberi nilai serta menyebarkan kajian dan amalan yang bermakna buat masa kini.

"Conversations" merupakan suatu format inovatif bagi analisis, komunikasi dan popularisasi yang mendalam yang ditujukan kepada masyarakat awam yang pelbagai dan antarabangsa yang terdiri daripada para pelajar, penyelidik dan individu daripada semua peringkat umur dan latar belakang yang berminat dalam kajian neurosains dan otak secara umum.

Setiap perbualan akan mengandungi perbahasan dalam talian selama 40 minit dengan dua orang penyelidik berprestij akan berdialog antara satu sama lain melalui penstriman langsung berkaitan topik tertentu dan diselaraskan oleh seorang moderator. Ahli anatomi, pengarang dan penyiar, Alice Roberts akan menjadi moderator bagi 6 buah acara yang pertama.

Program "Human Brains: Conversations" merangkumi janji temu berikut:

  1. Syntax as the Fingerprint of Human Language
    Angela D. Friederici (Max Planck Institute for Human Cognitive and Brain Sciences, Leipzig) dan Robert C. Berwick (MITMassachusetts Institute of Technology, Cambridge, MA)
    Secara Langsung: 30.09.2021, 7 malam (CEST)
     
  2. Hemispheric Lateralization and Attentional Mechanisms
    Guido Gainotti (Policlinico Gemelli, Università Cattolica, Rome) dan Paolo Bartolomeo (ICM – Paris Brain Institute, Hôpital Pitié-Salpêtrière, Paris)
    Secara Langsung: 21.10.2021, 7 malam (CEST)
     
  3. Advantages/Disadvantages of Having a Bilingual Brain
    Ellen Bialystok (York University of Toronto, CAN) dan Jason Rothman (UiT - University of Tromsø, Norway)
    Secara Langsung: 25.11.2021, 7 malam (CET)
     
  4. Language, Music and the Brain
    Steve Mithen (University of Reading, UK) dan Stefan Koelsch (University of Bergen, Norway)
    Secara Langsung: 27.01.2022, 7 malam (CET)
     
  5. Enhancing Brain Plasticity with Neuromodulation
    Jeffrey Kleim (University of Arizona, USA) dan Álvaro Pascual-Leone (Harvard Medical School, Boston; Universitat Autònoma de Barcelona)
    Secara Langsung: 17.02.2022, 7 malam (CET)
     
  6. Relationship Between Science, Biological Evolution and Philosophy
    Simona Ginsburg (Open University of Israel) dan Eva Jablonka (Tel Aviv University)
    Secara Langsung: 24 March 2022, 7 malam (CET)
     
  7. History of Modern Philosophy
    Massimo Cacciari (Università Vita-Salute San Raffaele, Milan) dan Michele Di Francesco (IUSS – Scuola Universitaria Superiore di Pavia)
    Secara Langsung: 14 April 2022, 7 malam (CEST)

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1631505/Fondazione_Prada__Human_Brains_Conversations.jpg?p=medium600
PDF - https://mma.prnewswire.com/media/1631506/Fondazione_Prada_Human_Brains_Conversations_Live_streaming_programme.pdf
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1631507/Fondazione_Prada_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Fondazione Prada
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals Not for profit Future Events