PUNE, India, 9 Julai 2013 /PRNewswire/ --
- 420 juta liter bioetanol & 500,000 tan setahun Makanan Haiwan Berkualiti Tinggi
Vivergo Fuels Ltd secara rasminya membuka loji bioetanol terbesar UK yang berasaskan teknologi dan rekaan Praj. Praj ialah penyedia global kejuruteraan dan penyelesaian proses untuk bioetanol, alkohol & kilang bir, air & air sisa dan peralatan proses.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121106/573460 )
(photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130709/626542 )
Kilang penapisan biologi atas tanah yang belum dimajukan dan beroperasi menggunakan gandum makanan haiwan UK adalah sangat cekap tenaga dengan proses-proses penyulingan, penyahhidratan dan penyejatan disepadukan secara unik lalu mengurangkan penggunaan tenaga. Loji ini mematuhi kriteria kemampanan EU untuk penjimatan Gas Rumah Hijau (GHG).
Vivergo Fuels merupakan usahasama antara AB Sugar, BP, & DuPont. Loji ini mampu menghasilkan kira-kira 1/3 daripada permintaan bioetanol semasa UK untuk petrol dan bakal menjadi pembekal sumber tunggal terbesar UK untuk makanan haiwan. Vivergo Fuels sudah pun mendapat Pensijilan Kemampanan dan Karbon Antarabangsa (ISCC), yang mengesahkan loji etanol dan perniagaan mereka mematuhi sepenuhnya keperluan Perintah Tenaga Boleh Diperbaharui EU.
Praj menyediakan lesen untuk teknologi itu, kejuruteraan asas serta beberapa peralatan tertentu untuk blok proses teras yang termasuklah pencairan, penapaian, penyulingan, penyejatan kesan berbilang dan penyahhidratan penapis molekul. Loji itu direka untuk menggunakan 1.1 juta tan metrik gandum gred makanan haiwan untuk menghasilkan 420 juta liter bioetanol dan 500,000 tan makanan haiwan kaya protein setahun.
Peralatan dengan kelulusan CE dan sedia dipasang itu direka, dikeluarkan, dipasang dan diuji di kemudahan pengilangan Praj di SEZ, Kandla. Ini membolehkan pemasangan pantas dan mudah di tapak itu sendiri. Peralatan bersaiz besar itu dengan diameter 4.6 meter dan ketinggian 37.75 meter dihantar lengkap dipasang.
"Ia merupakan pengalaman yang hebat serta menjadi kebanggaan bagi Praj untuk dikaitkan dengan 'Projek Bioetanol Terbesar' di UK untuk Vivergo Fuels. Dengan pengalaman Praj selama hampir 3 dekad, kami telah mereka sebuah loji cekap tenaga dengan penggunaan tenaga minimum yang akan membawa kepada penjimatan sebanyak 30%-40% untuk air dan stim. Ini ialah loji bioetanol kedua di UK berasaskan teknologi Praj," kata Pramod Chaudhari, Pengerusi Eksekutif, Praj Industries Limited.
Dave Richards, Pengarah Urusan Vivergo Fuels, berkata: "Kami sangat gembira kerana loji kami sudah dibuka secara rasminya dan kami menanti-nanti sebuah masa hadapan yang cemerlang sebagai salah sebuah perniagaan bioetanol terbesar Eropah. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Praj untuk sokongan mereka sepanjang penyampaian projek ini."
Untuk maklumat lanjut lawati- http://www.praj.net.
Vinati Moghe, Naib Presiden, Korporat
Sohini Dam, Pembantu Pengurus, Komunikasi Korporat
vinatimoghe@praj.net
sohinidam@praj.net
+919822430906
Sumber: Praj Industries Limited