omniture

Pusat Rekaan Dalam Talian Baharu RS Components Sokong Kerjasama Rekaan Sumber Terbuka

RS Components
2013-07-10 10:00 164

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Pusat Rekaan Sumber Terbuka menyediakan maklumat andal dan titik hubungan untuk jurutera yang mereka dengan perkakasan sumber terbuka

RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), peneraju pengedar perkhidmatan utama dunia bagi barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah mengumumkan pelancaran 'Pusat Rekaan Sumber Terbuka'nya, sebuah panduan menyeluruh percuma bagi rekaan elektronik sumber terbuka yang dihoskan melalui designspark.com, sumber dalam talian syarikat itu untuk jurutera rekaan elektronik.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Pusat Rekaan Sumber Terbuka itu menggabungkan semua unsur-unsur yang terlibat dalam rekaan sumber terbuka dalam sebuah titik rujukan tunggal yang mudah diakses. Ia menyediakan maklumat yang andal untuk pelbagai hal termasuk garis panduan pelesenan sumber terbuka hinggalah nasihat mengenai pengurusan perkakasan dan perisian. Matlamatnya adalah untuk mendidik para jurutera dalam rekaan sumber terbuka, dan bagi membantu serta menggalakkan penglibatan aktif mereka dalam projek rekaan sumber terbuka.

RS Components telah membangunkan Pusat Rekaan Sumber Terbuka dengan kerjasama bersama Andrew Back, seorang peneraju pakar industri dalam perkakasan sumber terbuka dan ahli pengasas Kumpulan Pengguna Perkakasan Sumber Terbuka (OSHUG), peneraju kumpulan perkakasan sumber terbuka di UK yang ditubuhkan pada tahun 2010.

 "Walaupun perkakasan sumber terbuka berada pada hujung terendah spektrum rekaan elektronik sejak akhir-akhir ini, ia meningkat pada kadar yang tetap apabila peluang-peluang industri, pendidikan dan pengujikajian menjadi semakin ketara," komen Back. "Melalui kerjasama bersama RS Components, kami sedang menggunakan sekumpulan jurutera global yang luas di designspark.com, yang kebanyakannya bakal menjadi orang penting bagi memajukan perkakasan sumber terbuka dalam aliran utama rekaan elektronik."

"Populariti rekaan perkakasan sumber terbuka yang semakin meningkat telah menjadi semakin ketara dalam masa dua belas bulan lepas dengan pelancaran versi-versi baharu papan pembangunan berkos rendah seperti Arduino dan BeagleBone, serta pelancaran Raspberry Pi telah mencipta permintaan luar biasa dari seluruh dunia," kata David Tarrant, Ketua Pembangunan Komuniti di RS Components. "RS Components ialah sumber maklumat yang andal untuk rekaan baharu dan teknologi baharu untuk jurutera. Pusat Rekaan Sumber Terbuka baharu kami membawa bersama maklumat penting yang boleh pengguna kami yakini bagi menyokong mereka sepanjang kitaran penyelidikan, pembangunan dan rekaan."

Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama-jenama dagangan Electrocomponents plc, peneraju pengedar perkhidmatan tinggi dunia bagi barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Beroperasi dalam 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter belian kepada lebih sejuta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk-produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuk barangan elektronik, pengautomatan dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan mekanik.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan dalam tahun dagangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP1.24 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan-pautan ini:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan-pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E: soochun.tan@rs-components.com
T: +65-6391-5745

Edelman Public Relations
Crystal Goh
Eksekutif Klien Kanan
E: crystal.goh@edelman.com
T: +65-6347-2314

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services