omniture

Pengiktirafan Pemenang Olimpik di KIIT

KIIT
2021-09-23 22:30 70

Dua buah Stadium di KIIT akan Dinamakan Sempena Nama Pramod dan Dutee 

BHUBANESWAR, India, 23 September 2021 /PRNewswire/ -- Kalinga Institute of Industrial Technology (KIIT) Deemed to be University telah membentangkan permaidani merah untuk meraikan pemenang Sukan Olimpik. KIIT kekal sebagai tempat tertumpunya para pencinta sukan dan usaha ini telah menghasilkan peningkatan bakat sukan dalam beberapa tahun yang lepas. Inisiatif dalam bidang ini telah bermula pada tahun 2005 dan sejak itu, ia tidak pernah menoleh ke belakang.

Two Stadiums of KIIT to be Named after Pramod Bhagat and Dutee Chand
Two Stadiums of KIIT to be Named after Pramod Bhagat and Dutee Chand

Kejayaan Mengatasi Cabaran:

Dengan mengatasi segala cabaran, bakat daripada KIIT telah meraih kejayaan dalam Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini serta menambah pencapaian cemerlang dalam Sukan Paralimpik Tokyo yang baru sahaja selesai dengan menyaksikan Pramod Bhagat yang telah lama dikaitkan dengan KIIT, memenangi pingat emas dalam acara Badminton. Beliau sering berlatih bagi bidang sukan tersebut di Stadium Tertutup KIIT. Sebagai pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang beliau, Dr. Achyuta Samanta, Pengasas KIIT & KISS bersama-sama dengan kehadiran para pegawai kanan KIIT & KISS, telah memberi penghormatan kepada beliau. KIIT turut menganugerahkan beliau dengan Hadiah Wang Tunai bernilai Rs.5,00,000.

Pencapaian Muktamad:

KIIT telah memutuskan untuk menamakan Stadium Tertutup (tempat beliau menjalani latihan) sebagai 'Pramod Bhagat Indoor Stadium' (Stadium Tertutup Pramod Bhagat) . Selain itu, Encik Pramod akan dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat 'Doctor of Letters' (D.Litt.) daripada KIIT atau KISS Deemed to be University.

Dutee Chand daripada Sekolah Undang-undang KIIT telah menyertai acara olahraga Sukan Olimpik untuk dua penggal berturut-turut termasuk Sukan Olimpik Tokyo-2021 yang baru sahaja selesai. Beliau juga telah memenangi dua pingat perak di Asiad dan menjadi wanita pertama di negara ini yang memenangi Pingat Emas dalam Sukan Universiti Sedunia, dengan mewakili Universiti KIIT.

KIIT telah membuat keputusan untuk menamakan Stadium Olahraga Sintetik KIIT sempena nama Dutee sebagai 'Stadium Dutee Chand'. Dutee juga dipertimbangkan untuk anugerah Ijazah Kehormat 'Doctor of Letters' (D.Litt.) daripada KIIT atau KISS Deemed to be University pada tahun hadapan. KIIT ialah universiti pertama di India yang menamakan dua buah stadiumnya sempena nama pemenang Sukan Olimpik.

Seorang lagi Juara Dunia, Encik Rakhal Sethy turut dihadiahkan dengan cek bernilai Rs. 2.7 lakh untuk membeli kerusi roda bagi menyertai acara Lawan Pedang di Para World Cup pada bulan November.

Dua buah stadium KIIT ini akan dinamakan sempena nama dua orang pemenang Sukan Olimpik pada bulan Disember 2021, jelas Dr. Samanta. Beliau memuji Ketua Menteri Odisha, Yang Berhormat Encik Naveen Patnaik yang mempromosikan sukan dan ahli sukan tanpa henti selama beberapa tahun yang lalu. Beliau telah memberi galakan terutamanya kepada Dutee dan Promod.

Hubungan Media:
Dr. Shradhanjali Nayak
director.pr@kiit.ac.in

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1630778/KIIT_Stadiums.jpg?p=medium600 

 

Source: KIIT
Keywords: Education Higher Education Sporting Events Sports Awards