omniture

Loji Helium 2 RasGas Mulakan Pengeluaran

RasGas Company Limited
2013-07-10 17:45 106

RAS LAFFAN, Qatar, 10 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Kini Qatar Ialah Pengeksport Terbesar Dunia dan Pengeluar Heliun Kedua Terbesar Dunia

RasGas Company Limited (RasGas) hari ini mengumumkan loji Helium 2 milik mereka yang baru sahaja siap telah menghasilkan helium cecair pertama untuk dihantar kepada para pelanggan yang telah dikontrakkan.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/61941-RasGas-Helium2-plant-starts-production 

Loji Helium 2 RasGas adalah sekali ganda saiz loji Helium 1 mereka yang memulakan operasi pada tahun 2005. Loji Helium 2 dijangka menghasilkan kira-kira 1.3 bilion kaki padu setahun apabila beroperasi sepenuhnya. Dengan gabungan penghasilan tahunan sebanyak 2 bilion kaki padu, kedua-dua loji itu akan memenuhi kira-kira 25 peratus daripada permintaan global untuk helium cecair. Kedua-dua fasiliti diuruskan dan dikendalikan oleh RasGas.

Tuan yang Terutama Dr Mohammed bin Saleh Al Sada, Menteri Tenaga dan Industri Qatar, menyatakan rasa gembira beliau dengan pencapaian baharu ini dengan mengatakan, "ini merupakan bukti strategi Qatar untuk mencipta nilai tambahan dengan pembangunan kukuh dan penggunaan maksimum sumber semula jadinya."

"Dengan permulaan penghasilan di loji Helium 2 kami, yang merupakan fasiliti penapisan helium terbesar dunia, kini kami ialah pengeksport terbesar dan pengeluar kedua terbesar helium di dunia," tambah Dr Al Sada.

"Loji Helium 2, yang melalui proses pecah tanah pada bulan Mei 2010, ialah projek helium kedua yang dibina di Qatar, dan kami berbangga melaporkan selama lebih 5 juta jumlah jam manusia yang digunakan untuk menyiapkan projek ini, kami berjaya mengekalkan kadar insiden masa terbuang (LTIR) sifar. Pencapaian keselamatan yang mengagumkan ini merupakan bukti jelas komitmen RasGas mencipta dan mengekalkan persekitaran kerja selamat dalam projek pembinaan kompleks yang melibatkan ribuan kontraktor dan kakitangan," kata Hamad Rashid Al Mohannadi, Ketua Pegawai Eksekutif RasGas dan Naib Pengerusi Qatar Petroleum (QP).

Persetujuan penghantaran telah ditandatangani bersama Air Liquide, Iwatani Corporation dan Linde Gases, sebuah bahagian Linde Group dalam separuh kedua dalam separuh tahun pertama 2010. Air Liquide akan menerima 50 peratus, Linde Gases 30 peratus dan Iwatani Corporation 20 peratus daripada penghasilan tahunan sehingga tahun 2032.

Loji itu dimiliki bersama oleh Qatar Liquefied Gas Company Limited 2 (Qatargas 2), Qatar Liquefied Gas Company Limited 3 (Qatargas 3), Qatar Liquefied Gas Company Limited 4 (Qatargas 4) dan Ras Laffan Liquefied Natural Gas Company Limited (3) "RL3."  

Sumber: RasGas Company Limited

 

 

Source: RasGas Company Limited
Keywords: Electrical Utilities Gas Utilities Corporate Expansion