Sinopec menerima sijil petroleum neutral-karbon pertama dikeluarkan oleh Shanghai Environment and Energy Exchange (SEEE)
SHANGHAI, 24 September 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Environment and Energy Exchange (SEEE) telah mengeluarkan sijil petroleum neutral karbon yang pertama kepada Sinopec (HKG: 0386, "Sinopec"), Cosco Shipping dan China Eastern Airlines di majlis pensijilan untuk penghantaran petroleum neutral-karbon kitaran hayat penuh pertama China yang diadakan pada 22 September di Shanghai, China.
Sinopec, Cosco Shipping dan China Eastern Airlines telah memanfaatkan kelebihan masing-masing untuk bersama-sama membangunkan amalan yang inovatif untuk membina "model baharu pengangkutan mesra alam," meneroka laluan rentas-industri, kitaran-penuh dan emisi-sifar – satu kejayaan penting ketika sektor-sektor pengangkutan dan tenaga China menggalakkan pencapaian emisi karbon puncak dan meraih keneutralan karbon.
Minyak mentah untuk projek petroleum neutral karbon ini dihasilkan daripada bahagian minyak Sinopec International Petroleum Exploration and Production Corporation di Angola dan diimport oleh cabang perdagangan Sinopec Unipec dengan Cosco Shipping sebagai pembawa. Penghantaran minyak mentah menjelajah sejauh lebih 9,300 batu nautika merentas laut Atlantik, India dan Pasifik, tiba di Pelabuhan Ningbo Zhoushan. 30,000 tan minyak mentah ini kemudiannya dibawa ke loji penapis Sinopec Gaoqiao Petrochemical Corporation.
Sinopec secara rasminya akan melancarkan produk gasolin dan diesel neutral-karbon kepada orang awam di stesen minyak yang ditetapkan tahun ini. Dalam pada itu, Sinopec akan membekalkan 5,417 tan bahan api jet kepada China Eastern Airlines untuk membangunkan penerbangan neutral-karbon sebagai satu usaha sama.
Bagi mengimbangi emisi karbon yang dihasilkan sepanjang kitaran hayat penghantaran minyak, Sinopec, Cosco Shipping dan China Eastern Airlines melaksanakan dengan aktif strategi penjimatan tenaga dan pengurangan emisi, membeli kredit karbon Pengurangan Emisi Diperakui Cina (CCER) dan melantik SEEE sebagai pihak berkuasa pensijilan neutral-karbon.
Projek ini menjemput China Classification Society Certification Company (CCSC) sebagai agensi penentusahan pihak ketiga untuk mengukur karbon dioksida yang dihasilkan dalam seluruh kitaran hayat, bermula daripada eksploitasi, pengangkutan, penyimpanan, penapisan minyak hinggalah penggunaan produk dengan tepat dan kemudian mengimbangi emisi secara sama rata untuk menyelesaikan penghantaran minyak neutral karbon pertama China.
Ketiga-tiga syarikat ini memanfaatkan kelebihan masing-masing bagi mencapai matlamat bersama. Sinopec mengambil tanggungjawab untuk mengimbangi emisi karbon yang dihasilkan daripada eksploitasi, penyimpanan, pemprosesan, pengangkutan produk petroleum, gasolin dan diesel motor serta pembakaran LPG; Cosco Shipping mengambil tanggungjawab pengimbangan emisi karbon untuk pengangkutan minyak mentah dan pembakaran bahan api marin; dan China Eastern Airlines menggalas tanggungjawab untuk mengimbangi emisi karbon daripada pembakaran kerosin penerbangan.
"Sinopec komited untuk mencapai pembangunan mesra alam dan rendah-karbon. Projek petroleum neutral karbon ini telah mencapai keneutralan karbon daripada peringkat awal hingga peringkat akhir dengan setiap titisan minyak. Ia juga merupakan usaha pengimbangan emisi karbon pertama yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat dalam tiga industri ini, merealisasikan liputan penuh keneutralan karbon untuk pengangkutan darat, laut dan udara. Projek ini memberi kesan positif dan kami akan berusaha untuk menyediakan tenaga yang lebih selamat, lebih bersih dan pelbagai di samping memenuhi keperluan sasaran untuk mencapai puncak karbon dan juga meraih keneutralan karbon," kata Ling Yiqun, Naib Presiden Sinopec Group.
Sektor petroleum mempunyai rantaian proses yang panjang dengan proses teknologi yang rumit serta kesukaran dalam menghitung emisi karbon. Berdepan dengan piawaian puncak karbon dan keneutralan karbon yang baharu dan agar sejajar dengan trend umum peralihan tenaga, industri minyak dan gas perlu mencari hala tuju pembangunan baharu yang mesra alam, lestari dan dapat mengurangkan karbon serta emisi.
Sinopec bekerjasama dengan Cosco Shipping dan China Eastern Airlines untuk melaksanakan penghantaran pertama China bagi perdagangan minyak neutral karbon kitaran hayat penuh, mengukur dan mengimbangi emisi karbon daripada projek ini dengan tepat. Kerjasama ini meninjau laluan yang jelas untuk mencapai perdagangan minyak neutral karbon bagi mewujudkan penanda aras industri dan menjadi contoh dalam menerajui pembangunan mesra alam dan bersih bagi industri ini.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.