omniture

Huawei Anjur Sidang Kemuncak Tenaga -- Tenaga Digital, Perkasa Era Karbon Rendah

Huawei
2021-09-24 22:43 599

SHENZHEN, China, 24 September 2021 /PRNewswire/ -- Huawei menganjurkan Sidang Kemuncak Tenaga secara dalam talian yang telah diadakan dalam kerangka HUAWEI CONNECT 2021 dan bertema "Tenaga Digital, Memperkasa Era Karbon Rendah." Semasa berlangsungnya sidang kemuncak ini, pelanggan dan rakan kongsi membincangkan mengenai amalan terbaik dalam menggunakan teknologi baharu untuk mengubah industri tenaga ke arah keneutralan karbon. Huawei juga mengeluarkan Global Energy Transition and Zero Carbon Development White Paper (Kertas Putih Peralihan Tenaga Global dan Pembangunan Karbon Sifar) dan berkongsi Strategi 'Trans-Cube' Tenaganya.

'Trans-Cube' Tenaga, Cipta Nilai Baharu untuk Industri

Setelah menandatangani Perjanjian Paris pada tahun 2015, semakin banyak negara berbanding sebelum ini komited terhadap keneutralan karbon dan mengambil tindakan positif untuk mengatasi perubahan iklim. Setiap negara mengikuti laluan yang berbeza, sesuai dengan profil sumber, tenaga dan persekitarannya. "Biarpun dengan keinginan yang kuat untuk beralih kepada neutral karbon, kita perlu mengambil kira tiga cabaran: pembangunan karbon mesra alam dan rendah, pembangunan ekonomi serta keselamatan dan kelangsungan bekalan tenaga. Penumpuan antara transformasi tenaga dan transformasi digital akan membuka jalan digital untuk keneutralan karbon," kata David Sun, Naib Presiden Huawei Enterprise BG dan Presiden Unit Perniagaan Tenaga Global. Beliau menambah, "Huawei telah membangunkan kaedah 'Trans-Cube'. Ia mencadangkan bahawa untuk lebih mendekati sistem tenaga pintar karbon sifar bersih dan mencapai pembangunan karbon sifar global, kita perlu membina tiga keupayaan teras — transformasi karbon sifar bersih, transformasi tenaga dan transformasi digital."

David Sun, Naib Presiden Huawei Enterprise BG dan Presiden Jabatan Perniagaan Tenaga Global menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Tenaga
David Sun, Naib Presiden Huawei Enterprise BG dan Presiden Jabatan Perniagaan Tenaga Global menyampaikan ucapan di Sidang Kemuncak Tenaga

Keupayaan pertama — transformasi karbon sifar bersih — akan membantu pelbagai industri mengurus aset karbon mereka dan melaksanakan tindakan penyahkarbonan yang sesuai dengan konteks spesifik mereka. Dalam proses ini, mereka akan beralih daripada karbon rendah kepada karbon hampir sifar dan akhirnya mencapai keneutralan karbon.

Kemudian, transformasi tenaga akan menjadikan penghasilan dan penggunaan tenaga lebih andal, terjamin dan cekap, berubah daripada sistem terpusat tunggal kepada sistem yang pelbagai, teragih dan bersepadu. Matlamat utamanya adalah untuk mencapai penyelarasan berbilang tenaga dan mengoptimumkan kecekapan.

Akhir sekali, terdapatnya transformasi digital. Dengan data sebagai terasnya, transformasi digital akan mendayakan transformasi karbon dan transformasi tenaga sifar bersih.

Keluaran Kertas Putih — Idea Baharu untuk Menerajui Industri

Menurut Guo Xiaobo, pakar Tenaga di Deloitte China, menuju neutral karbon bererti mencapai transformasi tenaga dan pembangunan karbon sifar secepat yang mungkin menggunakan lebih banyak sumber boleh diperbaharui, mengubah cara kita menggunakan tenaga dan menggunakan teknologi baharu untuk mengurangkan emisi. Berdasarkan hal ini, Global Energy Transition and Zero Carbon Development White Paper menganalisis faktor-faktor penting yang mempengaruhi peralihan tenaga dan mencadangkan rancangan baharu untuk sektor tenaga — membina sistem tenaga pintar sifar bersih.

Sistem yang dinyatakan memfokuskan kepada saling hubungan antara sistem minyak, gas, elektrik, haba dan hidrogen serta menyasarkan untuk mencapai tenaga yang terjamin, andal, cekap, menjimatkan kos dan bersih. Anthony Hu, Ketua Perwakilan untuk Peralihan Tenaga (Keneutralan Tenaga), Unit Perniagaan Tenaga Global Huawei Enterprise BG, berkata, "Seni bina bagi sistem tenaga pintar sifar bersih akan saling menghubungkan sistem tenaga, sistem karbon dan infrastruktur IT dan akhirnya menumpukan aliran tenaga, karbon, maklumat dan nilai. Secara beransur-ansur, ia akan membentuk sebuah sistem dengan data sebagai terasnya, bagi menggalakkan pendigitalan industri tenaga."

Mendorong Data ke Barel, Menerima Kecerdasan untuk Berkembang 

Transformasi digital dan pembangunan pintar bagi industri minyak dan gas masih di peringkat awal. Menurut Lv Gongxun, Perunding Kanan Huawei dan Bekas Pengurus Besar China National Corporation for Exploration and Development of Oil and Gas (CNODC), transformasi digital menandakan empat peluang untuk industri ini: membina semula model perniagaan, mentransformasikan model pengurusan, menginovasi model perniagaan dan mempercepatkan transformasi serta pertumbuhan nilai.

Lv Gongxun turut membincangkan mengenai nilai awan untuk industri minyak dan gas: "Teknologi awan mendayakan perancangan sumber maklumat terpusat, pengurusan dan kawalan pintar, penyediaan yang fleksibel, perkhidmatan yang mudah serta keselamatan dan kecekapan yang tinggi. Ia akan dapat mentransformasikan model perniagaan sedia ada."

Grid kuasa merupakan satu lagi bidang transformasi tenaga yang penting, berkembang pesat dengan teknologi baharu. Dalam konteks ini, Felix Chifwaila, Pengurus Kanan Perkhidmatan Elektro-Teknikal di ZESCO memperkenalkan peranan video dan AI dalam meningkatkan keupayaan O&M grid. Sebagai contoh, visualisasi data saluran menjurus kepada risiko operasi yang sedikit dan menjadikan pemeriksaan 80 kali ganda lebih cekap. Video dan AI juga membantu mengesan kemungkinan kerosakan tepat pada masanya, membantu menghapuskan 90% kebocoran kuasa setiap tahun. Dengan adanya platform dan aplikasi pemeriksaan pintar dapat membawa kepada 30% respons kecemasan dan penyelenggaraan yang lebih cekap. En. Chifwaila berkata, "ZESCO mengharapkan kerjasama yang berterusan dengan Huawei, bagi membantu ZESCO menjadi hab kuasa serantau dalam transformasi digital."

ICT dan OT Dorong Transformasi Digital Tenaga

"Sebagai penyedia perkhidmatan sistem Teknologi Operasi (OT), DFE bekerjasama secara aktif dengan vendor ICT, termasuk Huawei untuk melengkapkan kekuatan satu sama lain, menggalakkan transformasi digital tenaga dan membina penyelesaian yang pintar serta inovatif." — Fang Zhengji, Pengurus Besar DFE. Beliau memperkenalkan penyelesaian inovatif yang dibangunkan oleh DFE dengan Huawei — Sistem Pemeriksaan Substesen Pintar dan Sistem Pemeriksaan Talian Penghantaran Automatik. Dikuasakan oleh teknologi DFE dan Huawei, kedua-dua penyelesaian ini dapat membantu perusahaan melanjutkan transformasi digital dan pintar mereka.

Seperti banyak perusahaan yang lain, Huawei bermula sebagai perusahaan natif bukan digital. Ini bererti syarikat ini telah mengumpul pengalaman luas dan pelajaran yang dipelajari melalui projek dalaman mahupun amalan industri. Ia mempunyai pemahaman langsung mengenai cabaran yang dihadapi oleh perusahaan tradisional semasa transformasi digital dan telah membuka "jalan digital" untuk transformasi dan pembangunan industri tenaga.

Huawei menganjurkan HUAWEI CONNECT 2021 secara dalam talian mulai 23 September hingga 31 Oktober. Tema bagi acara tahun ini ialah Menyelami Digital (Dive into Digital). Kami akan menyelami secara mendalam terhadap aplikasi teknologi yang praktikal seperti awan, AI, 5G dalam semua industri dan bagaimana ia dapat menjadikan organisasi-organisasi daripada semua bentuk dan saiz lebih cekap, lebih serba boleh dan akhirnya lebih berdaya tahan ketika kami melangkah ke arah pemulihan ekonomi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pasukan tempatan kami atau lihat https://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect

Untuk maklumat lanjut mengenai Kertas Putih Transformasi Tenaga Global dan Pembangunan Karbon Sifar, klik Kertas Putih Peralihan Tenaga Global dan Pembangunan Karbon Sifar

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services High Tech Security Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities Trade show news